Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, April 13, 2017

Orang kata 'Padan muka Zahid'

Orang kata padan muka Zahid, kata bekas menteri

  | April 13, 2017
Bekas menteri penerangan itu berkata timbalan perdana menteri itu sudah 'terlambat' susulan pelantikan mengejut menteri pertahanan ke jawatan kedua Kabinet.
PETALING JAYA: Pelantikan mengejut Hishammuddin Hussein sebagai menteri tugas-tugas khas semalam turut mendapat perhatian Tan Sri Zainuddin Maidin, bekas menteri penerangan yang kini lantang mengkritik pentadbiran Umno.
Zainuddin atau dikenali sebagai Zam itu menerusi Twitter memuat naik kiriman sinis mengenai pelantikan itu, yang menguatkan spekulasi ada usaha daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menggantikan timbalannya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
“Tahniah keberanian Najib,” kata Zam.
“Apapun alasan diberikan PM, namun pandangan ramai tiada kepercayaan penuh Najib pada Zahid. Ia mematahkan semangatnya.”
Kiriman Twitter itu turut memuatkan gambar Zam bersama Zahid.
Rata-rata penganalisis politik semalam melihat pelantikan Hishammuddin itu sebagai petanda buruk masa depan politik Zahid.
Dr Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya berkata pelantikan itu mesej jelas yang menteri pertahanan itu, yang juga merupaka sepupu kepada Najib, sedang disesuaikan untuk mengambil alih jawatan timbalan perdana menteri daripada Zahid.
“Ini juga merupakan cara perdana menteri menguji reaksi ahli Umno lain dan juga komponen Barisan Nasional selain melihat reaksi rakyat Malaysia,” katanya.
Hishammuddin bagaimanapun menafikan motif politik di sebalik pelantikan itu.
“Jangan ada pihak cuba melaga-lagakan kita. Kita teruskan (tugas) berbanding melayan pihak yang tidak pernah setuju dengan kita,” katanya.
Padan muka
FMT difahamkan pengumuman pelantikan itu juga hanya diketahui beberapa ahli kabinet pada hari sama.
Zam berkata Zahid sedia maklum kesan pelantikan Hishammuddin, sambil berkata beliau dapat membaca apa akan berlaku seterusnya.
Namun, Zam membayangkan tidak banyak yang dapat dilakukan Zahid.
“Bila Hishammuddin dilantik jadi menteri tugas khas di JPM, reaksi umum ialah padan muka Zahid. Apa pun Zahid dah terlewat,” tambahnya.
Pelantikan menteri tugas khas bukan sesuatu yang baru, dan pernah berlaku sebelum ini termasuk di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pada 1998, bekas menteri kewangan dibawa masuk ke dalam kabinet sebagai menteri tugas khas, dalam apa yang dilihat cara Dr Mahathir meminggir menteri kewangan ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tiga bulan selepas pelantikan Daim, Anwar dipecat daripada kerajaan dan parti.
Kaitan: 

1 comment:

  1. Pokcik jaganla ngutok Mr zahid hamadi sebeno benonya mike cuba buat gagasan dari dlm party jalanya agak rumit, mike ditekan dri dlm.. jadi apa yg mike buat semua nampak canggung.. zahid kebih integrate dari Ank tun husin ini.perlantikan itu adalah langkah mengkaburkan bagi melindunggi para penista2 yg berhadas beso.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa