Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, April 18, 2017

Berangan pun janganlah sampai orang gelak!

* Kita tengok hasil PRU14 nanti sebagai kayu ukur di negeri yang majoriti Melayu.
Adakah mereka berupaya membentu kerajaan di negeri-negeri Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Pahang dan Johor? Kalau tidak sembang jerlah kencang ibarat kentut, bau jer memuntahkan tapi isinya illek!

Orang Melayu kini pilih Pas
WARTAWAN SINAR HARIAN - 18 APRIL 2017
Mohd Amar Nik Abdullah

MUKTAMAR Pas ke-63 yang bakal berlangsung di Kedah bermula 29 April hingga 1 Mei ini, dijangka menjadi platform penting bagi Pas untuk mengatur strategi PRU14. Pentas muktamar kali ini juga penting buat barisan kepimpinan baharu parti menterjemahkan kemenangan mutlak semua kerusi Parlimen dan Dun yang ditandingi Pas.

Penyandang jawatan NAIB PRESIDEN PAS, DATUK MOHD AMAR NIK ABDULLAH berkongsi kemungkinan, keyakinan dan juga hala tuju muktamar, keyakinan Pas mendepani kemelut politik semasa tanah air kepada wartawan Sinar Harian, NOOR AZURA SAHRIL dan NURUL KHALEEDA RASHIKIN serta juru foto Rosli Talib dalam pertemuan eksklusif, kelmarin.

Apa tumpuan utama muktamar hujung bulan ini?

Berbanding muktamar dua tahun lepas, pemilihan kali ini lebih rileks dan tenang. Dulu, sewaktu pemilihan kita lihat suasananya jauh lebih panas dan agak tegang, di mana keluarnya rakan-rakan kita dalam parti.  Kali ini, saya jangkakan perbincangan yang panas menyentuh soal tahaluf siyasi antara Pas dan PKR yang menjadi fokus perwakilan.

Keduanya, mengenai persiapan pilihan raya yang kita jangkakan pada tahun ini atau selewat-lewatnya awal tahun hadapan. Saya rasa inilah fokus utama dan jika panas pun (pemilihan), bukan menyentuh masalah dalaman Pas seperti muktamar lepas.

Saya berharap perjalanan muktamar  berlangsung dengan baik dan berjalan dalam suasana persaudaraan yang kita amalkan meskipun adanya pertandingan.

Saya juga berharap ia menghasilkan keputusan yang bermanfaat untuk masa depan Pas bagi menghadapi PRU14.

Harap perwakilan juga dapat menggembleng tenaga untuk mengukuhkan parti dan meningkatkan kemampuan berdepan dengan BN.

Kita terima kemasukan ahli yang ramai, pada bulan ini sahaja 7,000 ahli baharu yang diluluskan dan pada bulan sebelum ini, Pas mencatatkan 5,000 keahlian baharu. Ini menunjukkan perkembangan pesat terhadap Pas dan Pas juga berjaya menarik minat golongan muda menyertai parti ini.  Digambarkan orang muda tidak berminat dengan Pas tetapi kita tengok sebaliknya.

Beberapa jawatan utama parti berlaku pertandingan. Apa komen Datuk?

Saya  melihat pertandingan dalam pemilihan kali ini seperti kawan-kawan. Dalam bola sepak kita panggil perlawanan persahabatan, itu sahaja. Berbanding dua tahun lepas ia pertembungan pemikiran antara dua kelompok yang berbeza.

Kali ini ada pemilihan. Jika bertukar pemimpin, adakah Datuk yakin ia akan mengukuhkan jentera Pas hadapi PRU14?

Kalau kita lihat kepada  barisan kepimpinan tertinggi Pas, boleh dikatakan semua tidak berlaku  pertukaran. Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dicabar dan ini menunjukkan sokongan dan kepercayaan ahli parti kepada mereka.

Dalam kalangan Naib Presiden, kalau berlaku pertandingan pun, hanya sama-sama kita. Jadi kedudukan kepimpinan yang ada hari ini muafakat dan kesefahaman begitu kemas dalam Pas. Ini keadaan yang baik untuk kita hadapi PRU14, kerana kita boleh fokus dan turun dalam kesatuan.

Datuk kata ada dua isu hangat muktamar, soal tahaluf siyasi dengan PKR dan persediaan jentera PRU. Kenapa hangat?Ada dua isu yang besar yang saya rasa  akan menjadi fokus, iaitu dari segi  politiknya tentulah tahaluf siyasi. Banyak kawasan yang mencadangkan kita putus hubungan dengan PKR. Di semua kawasan di Pulau Pinang misalnya, mencadangkan hubungan itu diputuskan. Begitu juga di Kelantan. Itu menunjukkan perkara ini mungkin menjadi isu utama kepada perwakilan.

Keduanya, soal pilihan raya, sebab tahun ini adalah tahun pilihan raya. Tidak munasabah jika tidak dibincangkan hal ini.

Jika usul tahaluf siyasi dengan PKR lulus, apa kesannya kepada pentadbiran kerajaan negeri di Selangor?

Ada dua perkara, pertama seandainya usul ini diluluskan, ia akan masuk ke peringkat kedua iaitu pelaksanaan. Jawatankuasa Pusat Pas yang akan tentukan sama terus dilaksanakan atau tidak. Itu bergantung.

Perkara itu bukan terus dimuktamad apabila diputuskan pada muktamar. Ada tempohnya dan biasanya Jawatankuasa Pusat Pas yang buat keputusan, melihat kepada suasana dan maslahah.

Adakah kerjasama dengan Bersatu akan dibincang pada muktamar kali ini?

Majlis Syura telah memberi pandangan, oleh kerana Bersatu telah masuk dalam Pakatan Harapan, maka Pas tidak  boleh mengadakan hubungan dan perbincangan dengan mereka.

Itu keputusan muktamad, maka tidak  perlu bawa kepada muktamar, kerana ini keputusan yang boleh di buat di peringkat Majlis Syura sahaja.

Kalau kalah balik kampung.

Selepas penarikan diri Datuk Takiyuddin Hassan bertanding Naib Presiden, adakah ia laluan mudah untuk Datuk mempertahankan jawatan?

Saya tidak anggap mudah, cuma bagi saya ini adalah semangat persahabatan yang ada dalam Pas. Dalam kalangan kita tidak berebut mendapat jawatan. Sesiapa menang pun tidak menjadi masalah. Kalau ada pertandingan pun, pertandingan biasa. Saya ucap tahniah kepada beliau (Takiyuddin) kerana bertindak bijaksana dan matang bagi mengurangkan isu dalam pemilihan parti.

Kalau dia bertanding, pastinya akan berlaku pertembungan meskipun tidak panas. Bila beliau menarik diri, mengurangkan ruang untuk berlaku pertembungan.

Datuk menonjol dalam isu Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) Pindaan 1965 (RUU355). Ramai berkata, ia kelebihan yang mengukuhkan pengaruh Datuk?

Itu tanggungjawab, saya diberikan amanah untuk menguruskan hal ini terutama di peringkat negeri Kelantan.

Sebab itu saya ke depan dalam isu ini untuk menunaikan tanggungjawab, walaupun mungkin ada yang lebih baik dari saya.

Oleh kerana ia amanah, maka saya kena hadap dan pikul. Itu sahaja, bukan sebab ia memberi kelebihan kepada saya dan hendak menonjolkan diri.

Bagaimana dengan Nasrudin Hassan? Saingan dan keupayaannya bagaimana?

Saya tidak bincang dengan kawan-kawan lain bila mendapat pencalonan ini. Begitu dengan orang lain. Saya menerima pencalonan untuk mempertahankan jawatan kerana menghormati kepercayaan yang diberikan oleh perwakilan memandangkan pencalonan yang saya terima agak tinggi.

Kalau pencalonan rendah, mungkin saya perlu melihat diri saya, prestasi dan kemampuan saya .

Bila pencalonan tinggi, maka saya melihat ada keyakinan dan kepercayaan dalam kalangan ahli parti yang tidak boleh saya hampakan.

Apa perancangan jika Datuk berjaya mengekalkan jawatan?

Saya sendiri tidak ada perancangan apa-apa kerana pertandingan dua tahun lepas, saya sendiri tidak berkempen. Hanya kawan-kawan yang tolong.

Saya juga tidak ada ‘team’ untuk berkempen. Sejak dulu saya memang begini. Bagi saya, ini amanah yang besar, bukan perkara yang boleh kitarasa seronok. Kalau menang saya perlu terima. Kalau kalah, alhamdulillah. Oleh sebab itu, pada kali ini saya tiada persiapan apa-apa.

Ahli yang menilai apa yang saya buat dalam masa dua tahun ini. Kalau mereka puas hati mereka undi kalau tidak puas hati mereka akan buat pertukaran.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa