Pengumuman

Mulai esok (11 Julai 17) blog ini tidak akan diupdate Oleh kerana blog ini dan blog yang satu lagi mengandungi bahan yang sama, saya rasa adalah wajar untuk menghidupkan satu blog sahaja iaitu mountdweller88 untuk dilayari dengan mudah tanpa gangguan insya Allah Saudara/saudari persilakan ke - mountdweller88.blogspot.com

Monday, April 24, 2017

Kerana adik, abang jadi pembunuh......

Remaja mati dipukul akibat ber'dating'
Astro Awani |  Diterbitkan pada April 24, 2017 17:54 MYT
Mohd Ayieruchizamsyah Lambang didapati meninggal dunia di dalam biliknya pada pagi ini. - Astro AWANI

TAWAU: Polis menahan seorang lelaki berusia 18 tahun selepas dia dipercayai memukul teman lelaki adiknya sehingga mati, dalam kejadian pada petang Ahad.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata, suspek sebelum itu ternampak adik perempuannya bersama mangsa di padang taman perumahan.

“Suspek kemudiannya berang dan memarahi kedua mereka sebelum bertindak menumbuk muka serta memukul teman lelaki adiknya menggunakan kayu di bahagian tengkuk.

“Orang awam yang berada di kawasan berhampiran kemudiannya menghalang suspek daripada terus memukul mangsa.

“Siasatan awal mendapati, suspek berang kerana adik perempuannya sebelum ini pernah beberapa kali lari dari rumah mengikut teman lelakinya,” katanya dalam satu kenyataan.

Mangsa yang dikenali sebagai Mohd Ayieruchizamsyah Lambang, 16, merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kuhara di Tawau.

Selepas dipukul, mangsa pulang ke rumah dan sempat memaklumkan kepada ibunya mengenai kejadian itu sebelum ditemui tidak sedarkan diri pagi tadi.

Tambah Fadil, pihaknya kini menahan suspek bagi melakukan siasatan mengikut Seksyen 117 Kanun Keseksaan.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa