Pengumuman

Mulai esok (11 Julai 17) blog ini tidak akan diupdate Oleh kerana blog ini dan blog yang satu lagi mengandungi bahan yang sama, saya rasa adalah wajar untuk menghidupkan satu blog sahaja iaitu mountdweller88 untuk dilayari dengan mudah tanpa gangguan insya Allah Saudara/saudari persilakan ke - mountdweller88.blogspot.com

Monday, April 24, 2017

Biar betul dakwaan ini: Belum berkuasa apa-apa dah jual jawatan?

Bayar RM250,000 jika mahu jawatan Bersatu?
FAIRUZ JUMAIN, NURUL RIDHUAN NOR ASHAHA - 24 APRIL 2017
Bayar RM250,000 jika mahu jawatan Bersatu? Tawaran menjual jawatan ketua bahagian dengan harga RM250,000 menerusi WhatsApp didedahkan sumber kepada Sinar Harian

SHAH ALAM - Belum pun reda kemelut ahli keluar parti, Bersatu terpalit pula dakwaan wujud aktiviti jual jawatan tertinggi peringkat bahagian di Johor.

Mendedahkan perkara itu kepada Sinar Harian, sumber yang berkepentingan dalam parti itu mendakwa, seorang individu telah ditawarkan jawatan ketua bahagian Bersatu di negeri itu namun perlu mematuhi syarat-syarat tertentu.

Beliau mendakwa, antara syarat tawaran yang diberikan menerusi aplikasi WhatsApp itu ialah individu itu perlu membayar RM250,000 untuk mendapatkan jawatan tersebut selain syarat sampingan yang perlu dipatuhi ketika jawatan itu menjadi miliknya.

"Selain wang tunai yang perlu diberikan, syarat lain yang perlu dilaksanakan ialah menyediakan pejabat kekal, mengekalkan ahli jawatan kuasa sedia ada dan elaun bulanan mengikut ranking, memberikan gaji kepada setiausaha dan meneruskan serta menambah program di bahagian tersebut.

“Itu baru satu bahagian. Bagaimana pula dengan bahagian Bersatu yang lain?,” dedahnya kepada Sinar Harian.

Sumber tersebut turut mendedahkan, ada kalangan ketua bahagian parti itu berstatus muflis tetapi tetap dilantik.

“Malah, beberapa ketua bahagian juga didakwa mempunyai rekod dikehendaki polis.  Bagaimana lantikan dan sumpah ikrar terhadap presiden parti itu boleh dilakukan sekiranya ada ketua bahagian muflis dan mempunyai rekod polis?

“Sebelum lantikan dibuat, seharusnya kesemua calon ketua bahagian diselidik latar belakang mereka. Tidak sukar untuk menyemak sejumlah nama ini,” katanya.

Sementara itu, sumber tersebut mempersoalkan adakah pucuk pimpinan tertinggi Bersatu menyedari perkara tersebut atau adakah lantikan itu dilakukan secara tangkap muat bagi membuktikan bahawa mereka merupakan parti yang sudah bersedia berdepan PRU14 nanti.

“Pucuk pimpinan tertinggi Bersatu seharusnya memandang serius berhubung apa yang berlaku di negeri ini. Jangan kerana nila setitik, perjuangan Bersatu terus berkubu,” katanya.

Katanya, tindakan beberapa individu ini telah merosakkan parti dan ia telah melemahkan semangat akar umbi.

“Mereka membawa budaya politik dari parti-parti tertentu. Kita di bawah mahukan pemimpin yang benar-benar ikhlas bagi membawa negara ke arah yang tepat,” katanya.

Sementara itu, Sinar Harian sedang berusaha mendapatkan respons Bersatu berhubung dakwaan ini.

KaitanAhli mohon pemimpin 'bersihkan' Bersatu

3 comments:

  1. Propaganda UMNO untuk melemahkan semangat juangan yang padu oleh pembangkang apayang UMNO harapkan sekarang ialah supaya pembangkan bertelagah sesama sendiri seperti mana telah berlaku dalam PAS yang sekarang telah terlalu terdesak hingga presiden PAS telah tersaruk tali yang direntangkan oleh UMNO keatas pemimpin PAS dengan usul RRU yang ditangguhkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini bukan propaganda UMNO. Dah berlaku di beberapa tempat. Pemimpin atasan tidak mahu mendengar pandangan ahli bawahan. Asal keluar UMNO terus diberi jawatan tanpa selidik status. Yang penting pernah rapat dgn mukhriz atau Muhyiddin walaupun ada masaalah pecan amanah semasa dalan UMNO. Budaya UMNO dah meresap dalam PPBM.

      Delete
  2. Bila cerita sebegini dan akar umbi berduyun2 keluar bersatu masuk amno, maka tandanya PRU dah dekat...... kih kih kih.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa