Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, April 29, 2017

Kes pukul lagi: Apa yang tak kena dengan sekolah-sekolah tahfiz sekarang ni?

Ustaz di Klang pukul belakang, dada pelajar tahfiz
 | ARIF ATAN
Kes pukul pelajar terus jadi isuKes pukul pelajar terus jadi isuBelum reda kematian pelajar tahfiz Mohamad Thaqif Amin di Kota Tinggi akibat dipukul pembantu warden hangat diperkatakan, satu lagi kes pukul berlaku di Klang, Selangor.
Kali ini didakwa dilakukan seorang ustaz yang bukan sahaja mendera bahkan mengancam untuk mengenakan hukuman lebih berat jika perkara itu dimaklumkan kepada ibu bapa kanak-kanak lelaki tersebut.
Muhammad Resan Abdullah, 11, memberitahu ustaz tersebut mengugut bahawa dirinya tidak akan mampu menghafal ayat al-Quran jika mengadu.
"Dia juga berkata otak saya tidak akan dapat menghafal al-Quran jika saya mengadu tentang apa yang berlaku," katanya.
Sementara itu, ibu kanak-kanak tersebut, Suraya Fatima Abdullah berkata, ustaz terbabit telah didakwa di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan.
Bagaimanapun apabila membaca nasib malang menimpa Thaqif, beliau telah menghubungi peguamnya untuk mengkaji semula kes tersebut.
"Dia sebaya dengan anak saya. Saya fikir apa yang berlaku kepada anak saya adalah kes terpencil tetapi nampaknya tidak.
"Kami telah bercakap dengan peguam kami untuk melihat apa yang boleh kami lakukan," ujar Surya.
Menurut laporan perubatan, Muhammad Resan dikatakan mempunyai pelbagai kesan lebam di bahagian belakang dan dada.
Pada masa sama, kanak-kanak berusia 11 tahun itu turut menghidap sembelit yang teruk kerana rendahnya pengambilan serat dan cecair.
"Anak saya dirawat di Hospital Klang (Hospital Tengku Ampuan Rahimah) selama dua minggu," kata Suraya lagi.
Sehubungan itu, beliau mendesak kekerasan fizikal terhadap kanak-kanak sekolah tahfiz tidak harus dibiarkan.
"Penderaan seperti ini perlu dihentikan. Ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama untuk mendapatkan pengetahuan dan menjadi Muslim yang baik, bukan untuk dipukul seperti ini," tambahnya lagi.

3 comments:

  1. Lebai2 dah bising dalam khutbah, berita2 yang diviralkan seperti ini menyebabkan Mahaad Tahfiz miss soruuu. Kalau nila satu dua titik bolehlah nak salahkan nila, tapi dah bertimba2 nila takkan salah nila kot.

    ReplyDelete
  2. Ustaz2, tlg check akhlak anda. Klu gian sgt nak belasah org pergi berjuang di syria la. Dahlah bila baca kitab atau berceramah suka menjerit2, sambil guna mikrofon pula tu. Dia tak sedar dia mengganggu penduduk sekeliling. Kawal sikit aggression anda

    ReplyDelete
  3. Check Dari mana ustaz Ni belajar ,ada r tempat luar negara Cara mereka gagal mengajar gagal ganas
    Ada pelajar yang dipaksa oleh ini bapa untuk menjadi Hafiz tetapi pelajar tiada Minat how come?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa