Bapa mahu pindah bayi ke hospital di KB
Bapa kepada bayi lelaki yang menjadi mangsa dalam kejadian kereta dilarikan oleh seorang remaja di Dungun, Isnin lalu mahu anaknya itu dipindahkan ke hospital di Kota Bharu, Kelantan.
Abdul Pirhat Karim, 34, berkata ini bagi memudahkan keluarga mentuanya yang tinggal di Tumpat menguruskan anak dan isterinya, Che Mastura Che Awang, 31, yang turut cedera dalam kejadian itu.
"Saya pun masih cedera di tangan dan pergerakan agak terbatas. Jika balik ke kampung isteri, dapatlah mereka sama-sama membantu meringankan beban kami," katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di Kuala Terengganu hari ini.
Katanya beliau sudah mengemukakan permohonan untuk memindahkan anaknya Muhammad Ashraf Ikhwan yang berusia sembilan bulan itu ke hospital di Kota Baharu kepada pihak pengurusan HSNZ.
Mengenai keadaan Muhammad Ashraf Ikhwan yang baru sedar selepas dua hari koma susulan kejadian, beliau berkata anaknya itu semakin stabil dan sudah dapat menyusu seperti biasa.
Abdul Pirhat adalah antara dua keluarga yang berdepan detik cemas apabila mereka "dilarikan" bersama kereta masing-masing oleh seorang remaja lelaki dalam dua kejadian yang berlaku secara berturut-turut, bermula di kawasan rehat dan rawat Lebuhraya Pantai Timur di Bukit Besi-Ajil.
Selepas kereta yang dinaiki keluarga Abdul Pirhat terbabas dan terbabitkemalangan, remaja itu bertindak menahan dan melarikan sebuah kereta lain yang juga dinaiki oleh sebuah keluarga.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun Supt Ahmad Zailani Yaacubmemberitahu Bernama polis masih menyiasat motif sebenar kejadian.
Suspek memberi kerjasama baik sepanjang siasatan dan memberitahu dia berbuat demikian kerana mahu pulang ke kampungnya di Kelantan, katanya menambah beliau juga sedang menunggu hasil siasatan bagi memastikan sama ada suspek perlu dirujuk kepada pakar sakit mental. - sumber

Tak ada akal budak tu, patutnya ditambat di puncak menara api kat Kerteh. Biar cukup hitam baru boleh lepas dgn izin mangsa.
ReplyDeleteSimpati sangat pada seisi 2 keluarga malang tersebut