Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, November 7, 2013

Zahid Janganlah Merapu Dan Berdolak-Dalih Dengan Beralasan Kartun Lagi.....

Bertindaklah Zahid demi keselamatan dan kesejahteraan Rakyat Malaysia
Yang ketaranya adalah bawaan penyakit dan membiaknya jenayah berat yang melibatkan mereka

Zahid perlu sasar perangi lambakan pekerja asing
Harakahdaily,07 Nov 2013
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) meminta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meletakkan sasaran dalam usaha memerangi sepenuhnya lambakan pekerja asing khususnya yang datang secara haram ke negara ini.

Bagi DPPM, isu lambakan pekerja asing sudah menjadi terlalu serius dan perlu dibanteras semaksimum mungkin sebelum sesuatu perkara yang lebih buruk berlaku terutama terhadap rakyat di negara ini.

Ketua Penerangan DPPM, Dr Riduan Mohd Nor berkata, untuk itu, Zahid perlu meletakkan suatu sasaran angka yang perlu dicapai serta jangka masa operasi membanteras pekerja asing di negara ini.

“Sasaran ini mesti dijadikan agenda utama KDN dalam tempoh beberapa bulan dan tahun mendatang agar rakyat melihat keberkesanannya,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Apa yang dikesalkan, ujarnya isu lambakan pekerja asing mewujudkan kesan yang lebih buruk kepada masyarakat di negara ini.

Menurutnya, selain industri pekerjaan yang dibolot oleh pekerja asing, peluang perniagaan turut dikuasai oleh warga tersebut.

Malah, kata beliau ada pekerja asing yang mendapat tempat membuat perumahan dan perkampungan sendiri sehingga menghilangkan identiti penduduk asal kawasan terbabit.

Katanya lagi, kesan lebih besar adalah penguasaan ekonomi serta gejala sosial yang semakin parah, lebih membimbangkan adalah jenayah yang semakin berleluasa di negara ini serta kedaulatan negara semakin terhakis.

“DPPM meminta KDN supaya meminimumkan jumlah pekerja asing dengan meletakkan mereka hanya kepada sektor-sektor yang perlu sahaja seperti sektor perindustrian, perladangan, perkilangan dan lain-lain lagi,” ujarnya.

Selain itu, kara Riduan KDN perlu bersungguh-sungguh dalam mengawal sindiket pengeluaran Mykad palsu kepada warga asing dengan menggunakan sistem biometrik di segenap tempat dan setiap pekerja diwajibkan menjalani ujian tersebut.

Tambahan lagi, ujar beliau sempadan negara perlu diperketatkan dengan pemantauan dan rondaan yang kerap.

“DPPM yakin, sempadan negara sukar ditembusi sekiranya pasukan keselamatan negara mengawal perairan dan kawasan sempadan dengan baik,” katanya.

3 comments:

  1. mesti ada integriti dalam setiap urusan bukan banyak makan roti

    ReplyDelete
  2. Pekeje asing tu kebanyakannye ade petalian sedaghe dengannye baghangkali, kenele pande men wayang. Ate ce tengok kalo demer tu india ke, cine ke, komer petiye betoi-betoi mesti bingkeih keghojenya! Tapi gebangnye halamak, jangan kate oghang, jin yg datang tanpe izin pun kecut peghot dengonye he'eh

    ReplyDelete
  3. Pekeje asing tu kebanyakannye ade petalian sedaghe dengannye baghangkali, kenele pande men wayang. Ate ce tengok kalo demer tu india ke, cine ke, komer petiye betoi-betoi mesti bingkeih keghojenya! Tapi gebangnye halamak, jangan kate oghang, jin yg datang tanpe izin pun kecut peghot dengonye he'eh

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa