Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, July 18, 2012

Makan Ubat Layan 10 Pelanggan

Oleh NASRUL FAIZ ABU AZAL

Sebahagian pelacur warga asing yang ditahan dalam Ops Noda di bandar Puchong, Selangor malam kelmarin.


PETALING JAYA – Bandar Puchong dekat sini yang mendapat jolokan Hatyai Selangor digempur habis-habisan oleh anggota polis malam kelmarin dalam usaha untuk membanteras kegiatan urut dan pelacuran yang berleluasa membabitkan kira-kira 40 premis yang dikenal pasti.
Dalam serbuan yang dinamakan Ops Noda selama dua jam setengah itu, seramai 20 orang pelacur warga asing, dua penjaga premis dan 12 pelanggan warga tempatan telah ditahan, kesemua mereka berusia 20-an hingga 30-an.
Ketika ditahan, mereka sedang memberikan perkhidmatan seks di sebuah pusat urut yang terletak di sebuah bangunan kedai tiga tingkat.
Pelacur-pelacur terbabit yang masing-masing terdiri daripada 10 warga Vietnam, enam dari Thailand dan empat lagi dari China memasuki negara ini dengan menyalahgunakan pas lawatan sosial.
Di bawah ni saya petik komen dari blog Kerajaan Rakyat
Sejak tahun 2000 hingga 2007, Kerajaan Rakyat punya pejabat peniagaan di Pusat Bandar Puchong. Sekitar tahun 2002 KR pernah meronda dan menghitung kedai dan rumah kediaman yang dijadikan sebagai pusat perjudian, pelacuran dan rumah urut di sekitar Pusat Bandar Puchong, Taman Puchong Industri, Bandar Puteri Puchong, Puchong Perdana, Puchong Batu 14 dan Taman Tenaga Puchong. Bilangan permis perniagaan bagi 3 kegiatan sundal itu (tidak termasuk pusat snuker) di 6 kawasan tersebut tidak kurang daripada 200 buah!

Nota: Tahun 2002, kerajaan haramjadah mana yang perintah negeri Selangor?. Dalam masa yang sama Kerajaan Rakyat tidak menafikan kealpaan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor (terutama Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan) dalam menangani isu pelacuran ini sepertimana yang pernah dititipkan di sini.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa