SEORANG suri rumah, Fawziah Abdul, 50, ingin mengucapkan terima kasih kepada bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad kerana memberikannya hak sebagai warganegara 10 tahun lalu selepas dia tiba dari selatan Filipina dalam misi mencari kehidupan yang lebih baik.

Wanita itu yang kini tinggal di sebuah pondok berbumbungkan zink, di mana kanak-kanak bermain di sebelah timbunan sampah, di sebuah perkampungan yang mempunyai lebih 1,000 penduduk yang terletak di pinggir bandar Kota Kinabalu.

Bagaimanapun, Fawziah berharap, dia dan tiga anaknya akan mendapat rumah baru dan kad pengenalan jika dia mengundi parti kerajaan itu sekali lagi.

Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan diadakan bila-bila masa. Bagi Barisan Nasional (BN), gabungan 13 parti, Sabah  merupakan 'peti simpanan'. Begitu juga Sarawak.

Tanpa sokongan dua negeri itu, penganalisis melihat BN pasti akan kecundang, lapor Reuters.

Malah laporan itu menambah bahawa kehadiran imigran telah meningkatkan rungutan terhadap kerajaan.

Tanpa sokongan kedua-dua negeri itu, kemungkinan besar BN telah hilang kuasa pada pilihan raya umum pada 2008, ketika kebanyakan negeri di Semenanjung dimenangi parti pembangkang.

Sokongan di Sabah dan Sarawak kini dilihat agak rapuh.

Sebelum ini, penduduk di Sabah mengadu terpaksa bersaing dengan pendatang asing terutamanya yang datang dari Filipina dan Indonesia terutamanya dari segi peluang pekerjaan di negeri yang kaya dengan hasil minyak dan gas itu.

Penganut Kristian yang kebanyakannya terdiri daripada kumpulan pribumi seperti Kadazandusun di Sabah, Dayak dan Iban di Sarawak yang merupakan hampir separuh daripada penduduk Sabah tetapi kini membentuk kurang daripada satu pertiga daripada 3.2 juta orang.

Bagaimanapun, mereka masih boleh memberi rangsangan yang berpotensi penting kepada pihak pembangkang, yang memenangi majoriti undi di Semenanjung, namun pada 2008 pembangkang hanya mendapat tiga daripada 56 kerusi di Sabah dan Sarawak.

Pilihan raya umum akan dipanggil dalam masa terdekat.

Penganalisis politik di Universiti Teknologi Mara Sabah, Arnold Puyok berkata, kekecewaan boleh diterjemahkan kepada undi untuk pembangkang yang diketuai oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan mampu merampas sekurang-kurangnya 10 daripada 25 kerusi di Sabah.

Strategi pembangkang mengatakan bahawa, mereka perlu memenangi 10 kerusi tambahan masing-masing di Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia untuk memenangi pilihan raya dengan majoriti mudah sebanyak 112 kerusi.

Pembangkang menubuhkan parti gabungan di Sabah-Sarawak dan di Semenanjung Malaysia bersama-sama melaungkan kempen untuk ketelusan sebelum ini telah memenangi 15 kerusi daripada parti memerintah dalam pilihan raya negeri Sarawak dan menunjukkan rekod terbaik dalam tempoh 24 tahun.

Undi tersebut turut melibabitkan undi penganut Kristian pribumi dan kumpulan minoriti etnik Cina.

Bulan lalu, sebuah persatuan penganut Kristian terbesar di Malaysia telah mengadakan perhimpunan selama 40 hari termasuk mengadakan upacara berdoa untuk mencari resolusi kepada masalah imigran.

Kerajaan Pusat pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan sebuah suruhanjaya diraja bagi meneliti isu pendatang asing yang menjadi perhatian banyak pihak di Sabah, termasuk pemimpin parti komponen BN itu sendiri.

Menurut Stephanie Rainier, seorang yang berbangsa Kadazandusun yang ditemui di kalangan 7,000 hadirin pada stadium di Kota Kinabalu, terdapat beberapa orang Sabah tidak berpuas hati dan kecewa.

“Orang Sabah biasanya tidak menunjukkan perasaan itu secara terbuka sebaliknya, mereka melakukannya melalui doa.

"Mereka mengambil alih perniagaan malah, mereka adalah di mana-mana," katanya mengenai pendatang asing itu,” katanya.