Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, October 22, 2012

Spesis Baru Di Malaysia: Katak Berlidah Biawak

Baru dua hari memfatwakan 'Haram Undi MCA'
Hari ni pulak kata akan sokong Calon BN termasuk MCA
Dia ni nyanyuk ke, haru ke atau maru?
Kalau maru, kata orang tua dah dekat nak mamposs!
Ahli Perkasa Sokong Calon BN - Ibrahim Ali

SHAH ALAM: Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali memberi jaminan bahawa beliau akan memastikan anggota pertubuhan itu menyokong calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU) ke-13.
Beliau berkata walaupun Perkasa merupakan pertubuhan bebas tetapi pihaknya melihat hanya BN sahaja yang mampu mengekalkan keamanan dan keselamatan di negara ini.
"Kita terpaksa mengundi antara BN dan Pakatan Rakyat dan kita tiada pilihan dalam menentukan kuasa politik pada PRU akan datang, hanya BN sahaja yang dilihat berkemampuan.
"Justeru saya akan pastikan dan menyeru anggota Perkasa di peringkat akar umbi supaya memberi sokongan kepada calon BN termasuk calon MCA," katanya kepada pemberita selepas perasmian persidangan khas tahunan Perkasa Selangor oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar di sini, Ahad. mStar

2 comments:

  1. Salam Tuan mountdweller.

    Ahli Perkasa adalah ahli UMNO dan ahli UMNO tak semestinya ahli Perkasa. Ahli UMNO ada 3 juta ahli dan 1 juta ahli UMNO mengundi pembangkang.....tu yang tengah kelamkabut tubuh jawatankuasa disiplin sabotaj calon UMNO.

    ReplyDelete
  2. W'salam gmu

    Itulah yang menyebabkan mereka sakit kepala tuu...!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa