Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, October 21, 2012

Melayu Muak Dengan DAP Atau Dengan UMNO?

Cian Abe Jib melalak sana sini menjaja 'serabe basi' 
Raja porno mengeji Islam depan mata
Abe Jib takleh kata apa-apa 
Sebab cacing dah naik ke mata!
Segala Ularmak jadi bisi tak terkata-kata.....
Kelingking dah menjolok mata

 Melayu sudah muak dengan DAP — Najib
October 21, 2012

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berucapa dalam mesyuarat agung MCA hari ini. — Gambar oleh Choo Choo May

KUALA LUMPUR, 21 Okt — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata orang Melayu sudah muak dengan DAP, mencabar parti pembangkang itu yang mendakwa sebagai parti pelbagai kaum untuk bertanding di kawasan Melayu.

“Jika DAP sebuah parti pelbagai kaum, saya cabar mereka bertanding di kawasan Melayu. Anda tahu orang Melayu sudah muak dengan DAP... semuanya karut,” katanya semasa merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan MCA ke-59 di sini hari ini.

Antara yang hadir ialah Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Timbalan Presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai, dua Naib Presiden Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, Senator Datuk Donald Lim Siang Chai dan pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) termasuk Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Presiden MIC Datuk Seri G Palanivel dan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Najib juga bersetuju dengan Presiden MCA bahawa pemimpin-pemimpin DAP kononnya mengutamakan pelbagai kaum tetapi pada hakikatnya tidak begitu.

“Bersikap demokratik...adakah mereka lebih demokratik daripada kami (BN). Jika anda mahu tahu, tanya Tunku Aziz (bekasl naib pengerusi DAP kebangsaan Tunku Abdul Aziz Ibrahim), beliau akan beritahu anda,” kata Najib sambil menegaskan mesej BN ialah perubahan sebenar dan kemajuan pesat sedang berlaku di Malaysia.

“Reformasi hanya sekadar satu slogan,” katanya. — Bernama

2 comments:

  1. Salam Tuan Mountdweller.

    Abe Jib kecek sedak sokmo..gah sebab cakap sorang-sorang,tukang dengor tepuk2 tangan dan hidup Melayu.

    Takdak hal kalau DAP letak calon dikawasan Melayu, yang takutnya UMNO letak calon dikawasan cina, ghuyup!...

    ReplyDelete
  2. W'salam gmu

    Memang kalau berbahas sorang-sorang memang sedap, tapi kalau bercakap sorang-sorang tu orang gila namannya!

    Kalau UMNO letak calon di kawasan cina memang bungkus, letak di kawasan melayu pun belum tentu. Nasib-nasib jadi abu...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa