Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, October 31, 2012

Menghadap Agong: Sepanjang Aku Hidup Ni, Aku Tak Nampak Lagi Faedahnya!

Hudud: Pemuda PAS putuskan mengadap Agong

Pemuda PAS memutuskan untuk mengadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi mengetengahkan isu kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek berkaitan hudud yang didakwa menghina Islam.

Tindakan itu diambil ekoran tempoh seminggu yang diberikan supaya Chua memohon maaf bermula 24 Oktober lalu bukan sahaja tidak diendahkan, tetapi juga didakwa "dibakulsampahkan".

NONE"Bagi Pemuda PAS Malaysia, sudah sampai masanya untuk Yang di-Pertuan Agong mengetahui tindakan MCA yang berulang kali telah menghina Islam selaku agama rasmi (yang termaktub) dalam perlembagaan Malaysia," kata setiausahanya Khairul Faizi Ahmad Kamil (atas).

Dewan itu pada 24 Oktober lalu berhimpun dan menghantar memorandum bantahan kepada Chua di ibu pejabat MCA di Kuala Lumpur ekoran kenyataannya bahawa seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan hilang pekerjaan sekiranya hudud dilaksanakan.

Dalam kenyataannya hari ini, Khairul Faizi berkata, pihaknya kini sedang mengatur himpunan besar-besaran ke Istana Negara dan berusaha untuk menyerahkan memorandum kepada Seri Paduka berhubung perkara itu.


Katanya, acara itu dirancang diadakan dalam masa terdekat sejurus Baginda berangkat pulang daripada mengerjakan ibadat haji di Mekah. - mk

2 comments:

  1. Bhai MountDweller...

    Hehehe.... takder efek ler bhai... dah boleh agak dah aper hasil mengadap tue... hahahaha

    ReplyDelete
  2. Sdr. C++

    Baik Raja atau pun Agong memang sesungguhnya hanya menjadi 'lambang' sahaja.

    Puak-puak yang berkuasa tidak akan menuruti titah atau arahan istana sebagaimana yang sudah-sudah.

    Mereka cakap saja berdegar-degar yang sayang dan taatkan Raja-Raja @ YDP Agong, tapi itu hanya selagi YDP Agong dan Raja-Raja mengikut kehendak mereka, kalau tindakan Raja-Raja bertentangan dengan kahendak hasrat mereka hakikatnya tindakan mereka macam 'cibai'

    Lain di'ikrar' lain dibuat!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa