Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, October 28, 2012

Ini Pula Kata Harun Taib Menyangkal Dr. MAZA

Dewan Ulamak yang terasa 
Jadi Ketuanya yang jawab

Ulama PAS bukan Ayatullah, tegas Ustaz Harun

Harakahdaily, 


KUALA LUMPUR: Ulama PAS berpegang teguh mempertahankan ajaran dan prinsip Islam sepertimana yang terkandung di dalam Al-Quran dan As-sunnah dan PAS tidak boleh disamakan dengan Ayatullah sama sekali.

Demikian tegas Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib (gambar) ketika mengulas kebimbangan individu tertentu terhadap pemimpin PAS yang kemungkinan mengambil pendekatan Ayatullah dalam pemerintahan sekiranya diberi peluang menjejakkan kaki di Putrajaya.

"Sejarah Islam membuktikan betapa telusnya corak pemerintahan Islam itu sendiri apabila dikurniakan oleh Allah s.w.t akan tampuk pemerintahan.

"Rasulullah s.a.w sendiri tidak memulakan peperangan Badar kecuali setelah mengadakan perbincangan dengan kaum Ansar, inilah pendekatan PAS yang menjadi pegangan kita selama ini," ujar beliau ketika dihubungi.

Menurut beliau lagi, sudah menjadi tradisi pemerintahan Islam bersikap telus ketika memerintah.

Jelasnya, Saidina Abu Bakar r.a. ketika mula dilantik sebagai khalifah telah mengisytiharkan bahawa beliau sanggup diperbetulkan sekiranya melakukan kesalahan.

Begitu juga, ujarnya Saidina Umar r.a yang mengistiharkan perkara yang sama sehingga rakyatnya menyambutnya dengan keazaman untuk memperbetulkan beliau walaupun dengan mata pedang.

Ulas beliau lagi, pernah berlaku pada zaman Saidina Abu Bakar r.a. dalam peristiwa memerangi golongan yang murtad.

“Walaupun terdapat perbezaan pandangan pada peringkat permulaan tetapi kerana keterbukaan yang ditunjukkan oleh saidina Abu Bakar r.a. dalam perbincangan diantara hujah-hujah yang berbeza maka para sahabat akur.

“Inilah keterbukaan yang ditunjukkan oleh sejarah berkenaan pemerintahan Islam. Dan keterbukaan penghujahan inilah yang akan terus diperjuangkan oleh para Ulamak PAS.

“Begitu juga pada zaman Saidina Umar ketika seorang wanita menegur beliau berkenaan dengan mahar, beliau tidak melenting bahkan mengakui tentang kesilapan beliau dan mengiktiraf pendirian wanita tersebut,” jelas beliau.

Ustaz Harun yang juga Adun Manir menyangkal sama sekali kebimbangan yang tidak berasas bahawa PAS akan mengikut pendekatan Ayatullah.

Beliau menyifatkan kebimbangan itu seperti Nujum Pak Belalang yang meramalkan sesuatu tanpa bukti.

"Kalau perkara yang ditegur atau dikritik itu betul, PAS tidak teragak-agak untuk menerimanya dengan jiwa yang terbuka dan PAS telah membuktikannya, sejarah telah membuktikan bahawa PAS telah sanggup bermuzakarah dengan Umno , dan sejarah telah membuktikannya," katanya lagi.

Beliau berkata, bermuzakarah dan perbincangan merupakan tradisi yang telah diamalkan oleh PAS sejak dari penubuhannya lagi bukan sahaja dari sudut dalaman parti apatah lagi dengan pihak luar yang tidak sealiran dengannya.

2 comments:

  1. Aku bukan ahli mana-mana parti tetapi setiap kali PRU aku undi pembangkang. Pada pendapat aku cara menjawab pandangan Dr Maza tu tak kena. Sepatutnya kita kena berterimakasih atas ingatan yang disampaikan oleh Dr Maza bukan bersikap "defensive". Jangan lupa kita tidak maksum seperti Nabi. Belajarlah dari sejarah, bukan saja sejarah dari revolusi Iran tetapi sejarah khalifah-khalifah kerajaan Islam selepas berlalunya pemerintahan Khulafa ar-Rasyidin.

    ReplyDelete
  2. Anon 8:44 AM

    Sikap beginilah yang dimaksudkan oleh Dr. MAZA di dalam tulisannya itu

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa