Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, October 25, 2012

Soalan : Siapa Yang Buat Melayu Jadi Pengemis?

Pembangkang tak pernah lagi perintah negara ini
Selepas merdeka, lebih dari lima puluh tahun Malaysia/Malaya diperintah oleh BN/Perikatan

Jadi angkara siapakah sebenarnya Melayu menjadi pengemis di tanah air sendiri?
Sendiri buat sendiri pecah tembelang!
October 24, 2012

Dr M mengatakan orang-orang Melayu adalah pengemis di tanah sendiri. — Gambar oleh Choo Choy May.















KUALA LUMPUR, 24 Okt — Masyarakat Melayu kini umpama pengemis di tanah air sendiri dan perlu menyokong Umno walaupun terdapat kekurangan, ataupun mereka tidak akan diendahkan," kata Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

"Kita penggemis di tanah air sendiri dan memerlukan pertolongan daripada orang lain walaupun sedikit," kata bekas perdana menteri itu dalam Kongres Ekonomi Melayu hari ini.

Jelas Dr Mahathir (gambar), kedudukan Melayu telah terpecah ekoran perbezaan politik dan mereka perlu bersatu di bawah Umno bagi memastikan mereka mendapat tempat dalam kepimpinan negara.

"Walaupun mereka cacat, jika mereka menang atas sokongan kita, dan kesatuan kita, kita akan jadi lebih efektif kerana mereka bergantung kepada kita," katanya.

Perdana menteri paling lama berkhidmat itu turut berkata ekonomi Melayu turut bergantung kepada politik.
"Menguatkan politik kita adalah cara untuk kita mencapai kejayaan ekonomi," tambahnya lagi.

"Saya tidak yakin resolusi daripada kongres hari ini akan diambil kira kerana mereka (Umno) tidak cukup kuat," katanya, dan menambah "kita perlu beri mereka kuasa, jadi kita akan dihormati."

Dr Mahathir turut berkata apabila Melayu semakin lemah, bangsa lain juga akan turut memandang rendah terhadap hak mereka.

Beliau bagaimanapun menegaskan dirinya bukanlah bersifat perkauman.
"Saya hanya mahu mengagihkan kekayaan negara dengan adil.
"Kita 60 peratus daripada populasi, kita hanya minta 30 peratus, ambil lah yang bakinya."

Mengakhiri ucapannya, Dr Mahathir kemudiannya menyeru Melayu untuk melihat diri sendiri dan mencari penyelesaian terhadap masalah mereka.

Menurutnya, beliau turut berbangga kerana ramai antara masyarakat Melayu berjaya menjadi jutawan dan hartawan, malah ada yang menempa nama di persada antarabangsa tanpa bantuan kerajaan.

"Kita perlu tanya diri kita sendiri, adakah kita gagal kerana gangguan orang lain?
" Kerajaan tidak membantu kita? Atau kita tidak beri peluang kepada diri sendiri," katanya lagi.

2 comments:

  1. MADEY KUTTILAH PEMBELOT NEGARA MENGKELENTONG MELAYU ! MELAYU INGAT SELAMANYA ! ABU !

    ReplyDelete
  2. tak kan 30 aja mana pi 70 lagi

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa