Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, October 20, 2012

Anwar Menyebabkan Kita Kerugian Masa Dan Wang?

Di akhir-akhir ini malaun-malaun dari perti-parti komponen BN sering menjadikan ugutan untuk memancing sokongan

Biar pun nampak bodoh dan bangang, namun ugut dan menghina Islam adalah menjadi modal mereka

Walau apa pun biarlah rakyat dan pengundi menilainya...

Faktor ‘Anwar’ akan bantu MCA bangkit, kata Tiong Lai
October 20, 2012

KUALA LUMPUR, 20 Okt — MCA akan bangkit dalam pilihan raya akan datang dengan faktor “Anwar” akan menjadi faktor orang Cina akan kembali menyokong Barisan Nasional (BN), kata timbalan presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai (gambar).

Liow berkata amalan yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat yang memuja Datuk Seri Anwar Ibrahim serta mengangkatnya sebagai wira, hanya akan menghancurkan kempen pembangkang, kerana katanya, rekod bekas timbalan perdana menteri tersebut sangat buruk dan sering tidak menunaikan janji.

“Rekodnya amat membimbangkan,” kata Liow dalam perhimpunan agung tahunan pemuda MCA hari ini.

“Orang ramai kini lebih bijak dengan berfikir bahawa kemenangan Anwar tidak membawa kepada kemakmuran, tetapi membantutkan pembangunan negara.”

Liow mengingatkan para delegasi bahawa kegagalan 16 September 2008 atau “916’ adalah percubaan Anwar untuk mencipta ketidakstabilan dalam negara.
“Beliau bukan sahaja gagal menunaikan janji, tetapi imej negara ini hancur dan menyebabkan kita kerugian masa dan wang,” katanya.

Liow turut berkata bahawa beliau menjangka MCA akan kembali bangkit kerana perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi perhatian kepada isu-isu orang Cina, dan beliau membantu untuk memenangi hati mereka.

Beliau berkata, perdana menteri benar-benar menyelami perasaan masyarakat orang Cina, sehingga membuat akaun Facebook dengan persona Cina “Ah Jib Gor” yang berjaya memujuk pengundi Cina untuk bersama-sama dalam pembangunan negara.

“Oleh itu kita harus bekerja keras untuk memastikan kemenangan kita,” katanya lagi.
Menurutnya lagi, Anwar tidak lagi boleh dipercayai, terutamanya masyarakat Cina kerana semasa beliau menjadi menteri pelajaran, beliau tidak pernah membantu sekolah-sekolah Cina.

“Semasa beliau menjadi menteri, beliau menekan sekolah-sekolah Cina dan menghantar guru besar dan guru-guru Melayu yang tidak boleh bercakap Mandarin.

“Beliau juga bersama pembangkang hanya mahu mencetuskan porak peranda yang menggugat keamanan negara,” katanya lagi.

Katanya lagi, Pakatan tidak mungkin dapat menggantikan BN kerana konsep pemerintahan mereka yang hanya menggunakan rakyat sebagai cip politik dalam proses perampasan kuasa negara.

4 comments:

  1. cina tiong lai ni dok merapu apa dan ungkit kisah anuar dalam zaman umeno dulu.bengong sungguh cina ni.

    ReplyDelete
  2. mca dah sama standard mcm umnu tunggu masa nak di muziumkan

    ReplyDelete
  3. lijitra

    Biasanya bila merapu ni dah nak dekat dengan ajal!

    ReplyDelete
  4. opisboi

    Nampaknya begitulah, insya Allah.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa