Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, October 31, 2012

Hargai Pemimpin Yang Amanah: Aku Setuju Dengan Najib

Abe Jib kata :Pilihlah pemimpin yang amanah, tidak munafiq (tunai janji) dan bercakap benar. 
Maknanya tidak rasuah, tidak membalun dan membazir wang rakyat
Tidak pulun harta rakyat, balak, minyak dan segala sumber bumi hak rakyat

Aku sangat-sangat setuju tu

Aku nak tanya sikit lagi, Warak dan Taqwa tak termasuk ker? 
Yang dayus pula macam mana Abe Jib?

Agak-agak berapa orang yang ada sifat begini di keliling dan di kalangan BN?
Abe Jib sendiri menepatikah kriteria tu?
Rakyat Perlu Hargai Pemimpin Yang Amanah Dan Tepati Janji - PM
SUNGAI PETANI: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu rakyat menghargai pemimpin yang sentiasa amanah dengan tanggungjawab yang diberikan serta menepati janji.
Beliau berkata pemimpin yang tidak pernah mengkhianati amanah yang dipertanggungjawabkan wajib disokong oleh rakyat demi kesejahteraan negara.
"Kita (pemimpin yang) tidak pernah bercakap bohong, kita bercakap benar, jadi kita mesti faham bahawa apa yang kita lakukan itu memang menepati kehendak agama kita, menepati hadis Rasulullah SAW.
"Ini amanah yang kita galas, tidak pernah khianati dan setiap janji kepada rakyat kita tepati," katanya dalam ucapan pada majlis Perhimpunan Peladang, Penternak dan Nelayan negeri Kedah di Pantai Merdeka di sini Rabu.
Kira-kira 15,000 orang menghadiri majlis anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani itu.
Yang turut hadir pada perhimpunan itu ialah ialah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Johari Baharom dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah. - mStar

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa