Berangan siapa pun boleh berangan selagi kepala tak bengang
Tapi adakah.....
Pertama - Masih ada ke lagi dia pada masa itu?
Kedua - Kekalkah dia sebagai menteri Penerangan?
Ketiga - Akan kekalkah agaknya kerajaan BN selepas PRU13 nanti?
Keempat - Akan kekalkah kebebasannya sekiranya ditakdirkan BN kalah?
Aku bimbang nanti angan-angan akan tersepit di celah perangan!
Rais mahu sambutan Hari Kemerdekaan 2013 luar biasa
23 Oktober 2012
KUALA LUMPUR - Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim hari ini melahirkan harapan agar sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 tahun depan akan lebih hebat dan menonjolkan sesuatu yang luar biasa.
Rais, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Ulang Tahun Hari Kemerdekaan Ke-55 Tahun 2012 berkata harapan itu tidak mustahil untuk dicapai jika semua pihak memberikan sumbangan dan komitmen padu.
"Oleh itu, keringat, sumbangan dan penyesuaian sebagai satu kontinjen perlu untuk capai kejayaan," katanya pada majlis penghargaan dan penyampaian sijil sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55 Tahun 2012 di sini malam tadi.
Selain itu Rais berkata, kejayaan sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 pada Ogos lepas adalah berkat sokongan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pada majlis itu Rais dan Maznah turut menyampaikan hadiah kepada lapan pemenang Pertandingan Keceriaan Merdeka 2012 anjuran Jabatan Penerangan yang merangkumi kategori bangunan kerajaan, bangunan swasta, kampung, sekolah, taman perumahan, individu (rumah kediaman), pintu gerbang dan Anjung Komuniti 1Malaysia.
Antara pemenangnya ialah Kampung Tanjung Parang Kota Samarahan Sarawak bagi kategori kampung dan Rancangan Perumahan Awam Arau, Perlis bagi kategori taman perumahan, sementara JKKR Felda Kledang, Kota Tinggi Johor untuk kategori pintu gerbang dan kesemua pemenang menerima RM10,000 bagi setiap kategori.
Sementara Sekolah Kebangsaan Abang Ali, Kampung Baharu, Sibu, Sarawak memenangi kategori sekolah dan memenangi hadiah wang tunai RM5,000.
Pertandingan yang bermula pada 18 Julai hingga Ogos lepas berjaya menarik 871 penyertaan dari seluruh negara, meningkat lebih daripada sekali ganda berbanding 356 pada 2011.
Pertandingan bertujuan menggalakkan cetusan kreativiti rakyat dalam menyemarakkan sambutan hari kemerdekaan melalui pengibaran Jalur Gemilang di premis dan kawasan masing-masing.
sambut tu sambut ni nak hebat tapi kesian ramai lagi hidup melarat
ReplyDeleteAnon 12:56 PM
ReplyDeleteMana ada yang berjawatan di dalam kerajaan fikirkan rakyat marhaen yang serba daif. kalau ada bantuan pun hanya untuk raih sokongan politik