Kita ada dengar Najib Razak membuat kenyataan politik tentang 7 dosa besar Pakatan Rakyat. Saya ingatkan ada berita yang menggegarkan bumi dan alam dari Najib. Rupa-rupanya tidak ada apa-apa signifikens. Walaubagaimanapun, rakyat mesti bersyukur kerana ada PM yang maksum menyenaraikan dosa orang lain. Amin.
Kepada rakyat Kelantan khususnya dan rakyat Malaysia amnya, bagaimana agaknya kalau kita bandingkan kebersihan Najib dengan Nik Aziz?
Saya dapat dengar carutan para pembaca dan gelak hilai sebahagian dari mereka. Tentu mereka kata, Najib lebih bersih dari Nik Aziz. Hoho.
Bolehkah kita pautkan apa-apa signifikens kepada orang yang tidak tahu memberi contoh mugallazah ini? Sejak bila PM yang paling terpalit dengan pelbagai lumpur ini, memperolehi status maksum dan kemudian boleh pula naik saksi keatas orang lain?
Oh ya, saya lupa; ini dia pemimpin parti Melayu yang terbesar yang menyuruh orang Melayu menjadikan prinsip wasathiyah sebagai pedoman hidup mereka. Rakyat disuruh wasathiyah, pemimpin Umno tak perlu wasathiyah kerana mereka dapat 30 peratus sabsidi dari Tuhan. Yang demikian pemimpin Umno boleh lakukan rasuah, penganiayaan, merompak khazanah rakyat, mencuri kekayaan negara. Pemimpin tak perlu ikut wasathiyah.
Jawabnya, kita tidak letakkan apa-apa signikens kepada kenyataan-kenyataan Najib. Satu dunia sudah tahu Najib kaki temberang dan auta. Semua kenyataannya sudah tidak releven. Rakyat hanya menanti PRU13 untuk membuktikannya. Kita menanti tarikh untuk menterjemahkan mimpi ngeri Najib kepada reality. Rakyat tidak sabar menterjemah kepada realiti kesukaan Najib pada nombor 11 yang melambangkan batu nisan di perkuburan itu. Kita mahu talqinkan pemimpin Umno yang semuanya korap dan membuang budaya rasuah yang di wasathiyahkan oleh Umno.
Apa sudah jadi kepada konsep 1 Malaysia selain dari orang ramai berhimpun sana sini, menunjukkan jari telunjuk? Orang Islam menunjuk jari telunjuk dalam tahayyat, Najib ajak rakyat menunjuk kepada mimpi ngeri yang dia rancangkan.
Dimana dia perpaduan semua kaum dan usaha perangkulan (inclusiveness) semua kaum dalam menikmati faedah kemajuan negara? Rakyat di pingirkan, pemimpin didahulukan! Golongan bangsawan dan putera-putera orang atasan mendahului mengambil kekayaan, rakyat bumi ketinggalan dibelakang.
Pemimpin Umno bersekongkol dengan cukung-cukung Cina, rakyat dibawah disuruh berkelahi dan bermusuhan dengan orang Cina.
Jadi apa ada pada 1 Malaysia? Apa yang ada ialah penaklukan 1 Malaysia dibawah hegemony Umno. Itulah maksud sebenar 1 Malaysia — 1 Malaysia tunduk kepada pemerintahan Umno.
1 Malaysia tidak lain suatu seruan untuk meletakkan negara ini dibawah telunjuk pemimpin Umno yang mahukan kuasa mutlak. Orang Umno mahu jadi diktator dan fascis. 1 Malaysia adalah seruan untuk memusatkan semua kausa dalam tangan Umno. Pemusatan kuasa hanya dilakukan oleh pemerimtan fascis dan kuku besi.
Hakikat nya, rakyat sudah tidak percaya kepada Najib dan Umno. Penjara Sungai Buloh menanti para pemimpin Umno yang korap dan rasuah! — sakmongkol.blogspot.com
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa