Tapi adakah reputasi Tun Siti Hasmah seburuk itu?
Pastinya yang rakyat tengok adalah apakah yang dilakukan
Pernahkah Tun Siti Hasmah mendahului/terkedepan dari suaminya di dalam sesuatu majlis?
Pernahkah Tun Siti Hasmah handir bersama kita suami hadiri mesyuarat penting kementerian atau kabinet?
Pernah Tun Siti Hasmah atau Datin Seri Endon menayangkan perhiasan berharga ratus ribuan atau jutaan?
Rosmah tangkis tanggapan 'queen control'
Datin Seri Rosmah Mansor menangkis tanggapan bahawa beliau mahu merampas peranan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri dan bersikap “queen control” ke atas suaminya itu.
Katanya, tanggapan bahawa beliau menentukan polisi negara seperti kuasa PM itu timbul memandangkan beliau sentiasa bersama Najib.
“Orang yang mempunyai pandangan cetek sebegini wajar mengkaji sejarah dan perlembagaan negara. Macam mana saya boleh jadi perdana menteri sedangkan saya bukan ahli parlimen. Saya hanya ahli Umno biasa, tiada kuasa apa-apa,” katanya.
Jelasnya, beliau hanya ingin menjadi isteri Najib dan akan terus bersama dengan anak Tun Razak Hussein itu selagi jodoh di antara mereka berpanjangan.
“Kalau dia orang biasa pun, saya akan bersama dia,” tambahnya lagi dalam tulisan berbentuk soal jawab dalam buku yang dilancarkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, semalam.
Mengulas mengenai tanggapan bahawa beliau bersikap queen control itu, Rosmah berkata perkara itu timbul daripada tohmahan pihak yang iri hati dengannya.
Sedangkan, Najib gemar berada di rumah kerana gembira dengan keadaan di rumah mereka, kata Rosmah lagi dalam buku setebal 180 halaman itu.
“Kalau suami duduk rumah orang kata kita queen control, tapi sebenarnya seorang suami yang gembira memang gemar duduk bersama keluarga di rumah dan sentiasa mahu pulang ke rumah.
“Apatah lagi sebagai perdana menteri, dia memang penat selepas seharian bekerja dan mahu segera pulang.
“Tapi kalau suami isteri asyik bergaduh tentulah malas nak balik rumah dan serabut bila sebut rumah,” katanya lagi.

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa