Pengumuman

Mulai esok (11 Julai 17) blog ini tidak akan diupdate Oleh kerana blog ini dan blog yang satu lagi mengandungi bahan yang sama, saya rasa adalah wajar untuk menghidupkan satu blog sahaja iaitu mountdweller88 untuk dilayari dengan mudah tanpa gangguan insya Allah Saudara/saudari persilakan ke - mountdweller88.blogspot.com

Saturday, March 18, 2017

Hah..apa jadi dengan draf yang Hadi dok baca tergagap-gagap tuh?

Korang baca link kat bawah tu......semacam confirm UMNO jadikan PAS umpan untuk dikaut laba pada PRU 14 nanti dan inilah permulaan kerjasama baru PAS-UMNO

Hadi kata nak tengok dulu draf UMNO tu.......maknanya yang UMNO nak bentang tu draf yang berlainan, dan apa jadi dengan draf Hadi?

Tentang kerjasama yang Zahid kata tuh ada faktanya.......agak-agak macam mana pula PAS berauta menepis isu ini?

Pas mahu teliti dahulu draf RUU355 BN
NINA FARZUID MD SHAROM - 18 MAC 2017
Pas mahu teliti dahulu draf RUU355 BN Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (tengah) di sidang medianya di Cyberjaya.

CYBERJAYA - Pas mahu meneliti terlebih dahulu draf cadangan BN yang akan membentangkan Rang Undang-Undang 355 (RUU355) pada sidang Parlimen kali ini.

Presidennya, Datuk Seri Hadi Abdul Awang berkata, penelitian itu perlu bagi memastikan ia selari dengan matlamat Pas dalam perjuangkan RUU355.

"Kita tidak anggap ia sebagai satu yang muktamad kerana kita belum melihat drafnya.

[ARTIKEL BERKAITAN (jaminan kerajaan): Kerajaan beri jaminan akan bentang RUU355 kali ini]

"Kita tidak tahu kalau ia sama atau tidak seperti apa yang kita mahukan," katanya pada sidang media selepas Konvensyen Profesional Malaysia, hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini mengesahkan BN akan membentangkan RUU355 pada sidang Parlimen kali ini.

Beliau berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak komited untuk menterjemahkan hasrat berkenaan tanpa menggugat kepentingan agama serta kaum lain di negara ini.

Sementara itu, Abdul Hadi turut menekankan pentingnya pendekatan kerjasama yang baik dalam memperjuangkan RUU355.

"Kita tidak mahu bertindih atau berlawan dalam soal ini tapi kita mahu kerjasama yang baik dalam perkara kepentingan orang Islam yang tidak menjejaskan orang bukan Islam," katanya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa