Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, March 16, 2017

PAS akan saman SR selepas RUU 355 disokong?

THURSDAY, MARCH 16, 2017
PAS AKAN SAMAN SR!
1. Pihak pertama yg dedah Pas terima RM90j ialah SR. Husam hanya perkukuh fakta bahawa transaksi berlaku melalui akaun di Affin Bank. Sehingga kini, SR tidak berundur drpd dakwaannya dan sedia disaman. Husam juga sanggup ke mahkamah utk kes ini.
2. Jawapan menteri, bahawa SPRM tiada bukti Pas terlibat bukan muktamad. Adakah siasatan sudah menyeluruh? Sanggupkah menteri BN menjawab, memang SPRM ada bukti Pas terlibat? Jika itu jawapannya, Najib dan Umno juga terheret. Bodoh benarlah menteri mengheret PM terlibat dgn kes ini. Jika itu jawapannya, terjun tingkaplah menteri itu.
3. Jawapan itu tidak menyucikan Pas. Bahkan menambahkan lagi keyakinan umum, memang Umno dan Pas sama-sama terlibat. Jawapan menteri menjadi bukti, Pas tukang makan, Umno tukang hulur umpan. Mulut Pas sudah terjangkit kail Umno. Nak telan tak lepas, nak luah tak boleh.
4. Cara utk Pas bersihkan diri ialah saman SR. Soalnya, jika Umno turut terlibat, sanggupkah Pas saman? Takkanlah Pas nak gigit jari Najib yg masukkan duit ke dalam koceknya? RM90j sudah terima, mustahil Pas akan khianati Najib dan Umno. Bukankah Pas parti Islam? Parti Islam tidak khianati kawan...!
5. Pada tahun 2007, Pas saman Mirror Daily (MD) apabila akhbar itu kaitkan Presiden Pas sekarang dgn pengganas. Pas menang bergaya. Presiden Pas bergambar girang bersama Hanifa dan Dr Dzulkefli di London. Cepat saja Pas saman, tanpa ragu-ragu, tangguh-tangguh dan berduit jenuh pula.
6. Kenapa dalam kes SR, masih tangguh, nak kumpul duit dulu, padahal dakwaan SR sama teruk dgn dakwaan MD kpd batang tubuh presiden Pas yg sama? Pas tak cukup duit, tak ada peguam handal, tak tahu nak berurusan? Ini mustahil. Bukankah Pas semakin hebat selepas singkirkan kelompok Anwarinas?
7. Jawapan kepada semua soalan itu ialah, Pas 2017 bukan Pas 2007. Pas dulu berani saman sebab konsisten lawan Umno. Pas kini tak berani saman sebab sudah makan kail Umno. Kalau saman juga, alamat 'miss syorula...', kata anak-anak muda.
8. Tapi, saya yakin Pas akan saman SR. Mungkin selepas aryuyu disokong oleh menteri Umno atau kes baiah talaq tiga sampai ke mahkamah. Semua itu akan berlaku selepas kucing bertanduk tiga atau harimau berkaki lima.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa