Pengumuman

Mulai esok (11 Julai 17) blog ini tidak akan diupdate Oleh kerana blog ini dan blog yang satu lagi mengandungi bahan yang sama, saya rasa adalah wajar untuk menghidupkan satu blog sahaja iaitu mountdweller88 untuk dilayari dengan mudah tanpa gangguan insya Allah Saudara/saudari persilakan ke - mountdweller88.blogspot.com

Saturday, March 18, 2017

Debat Tun M - Nazri: Bagus juga cadangan Nazri ni, tapi ada tujuan lain kot?

Takkan semua orang UMNO/BN faham isu ni dengan bentul dan jelas?

Di tempat aku Pengerusi dan Setiausaha JKKK pun masih ragu dan samar tentang perjalanan isu ini bila AG dan Gabenor BNM lama direhatkan dan keputusan dibuat oleh AG yang baru dilantik

Bagaimana pula persepsi orang UMNO terhadap pemimpin kerajaan sekiranya mereka tahu lebis jelas kenapa pembangkang menolak penjelasan isu ini dari kerajaan selama ni?

Itu pun kalau kerajaan/UMNO benarkan debat ni.......25 Mac tu agak lambat lagi. banyak lagi polemiknya akan timbul kewajaran debat ini

Biar penyokong pembangkang sahaja datang tengok debat saya dan Tun M - Nazri
Astro Awani |  Mac 17, 2017 19:41 MYT
Biar penyokong pembangkang sahaja datang tengok debat saya dan Tun M - Nazri
Nazri menjelaskan beliau telah meminta Setiausaha UMNO Bahagian Padang Rengas membantu pihak penganjur mendapatkan permit tersebut. - Gambar fail
KAMPAR: Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz meminta ahli-ahli UMNO dan parti komponen Barisan Nasional (BN) serta penyokong kerajaan supaya tidak hadir ke sesi debat antara beliau dan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sebaliknya, Menteri Kebudayaan dan Pelancongan itu menjelaskan biarlah penyokong-penyokong pembangkang sahaja yang mengikuti debat tersebut.

Selain penyokong pembangkang, Nazri juga mahu memberi peluang kepada pengundi Padang Rengas hadir dan mendengar hujah beliau dan Dr Mahathir.
“Cuma saya nak minta kepada ahli-ahli UMNO dan juga penyokong kerajaan, tak payah marilah, tak payah mari sebab orang UMNO dan Barisan Nasional dan tahu apa saya nak cakap.

“Jadi saya minta supaya pembangkang yang memenuhi dewan itu. Ini permintaan saya supaya tidak berlaku apa-apa keadaan yang tidak diingini.

“Jadi saya menyeru kepada ahli-ahli UMNO, penyokong kerajaan jangan datang ke Padang Rengas. Cukuplah pengundi-pengundi saya daripada Padang Rengas datang untuk sama-sama dengan pihak pembangkang daripada seluruh negara menghadiri dan mendengar wacana saya dan Tun Mahathir,” katanya selepas mengadakan lawatan kerja ke tapak pra sejarah Perang Dunia kedua di Kampar hari ini.

Mengulas mengenai kebenaran untuk mengadakan debat tersebut, Nazri menjelaskan beliau telah meminta Setiausaha UMNO Bahagian Padang Rengas membantu pihak penganjur mendapatkan permit tersebut.

Menurut beliau, perkara ini tidak ada kena mengena dengan isu tidak boleh menggunakan sekolah untuk aktiviti di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana pihaknya bukan hendak mengadakan demonstrasi.

“Ia tidak ada kena mengena dengan tidak boleh menggunakan sekolah untuk aktiviti di bawah Peaceful Assembly Act kerana kita bukan ada demonstrasi.

“Saya bentang undang-undang ini, saya tahu apa yang boleh dan tidak boleh. Apa yang kita nak buat ialah wacana bukan demontrasi,” katanya lagi.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa