Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, September 11, 2017

RCI Forex: Komen menarik dari blog Sanusi Junit

Sunday, September 10, 2017
KOMEN SEKITAR RCI ( ROYAL COMMISSION OF INQUIRY)

OLEH KERANA SEGALA PENDEDAHAN MENGENAI 1MDB, FELDA, KWAP, KWSP, LUTH, GST DLL TIDAK DAPAT DAPAT DITUTUP LAGI MAKA KEPUTUSAN OLEH PEMIKIR BN TERPAKSA DIPINDAHKAN KEPADA USAHA UNTUK MENGUNGKIT DAN MENGHIDUPKAN KEMBALI SEGALA PERISTIWA, SEPANJANG 22 TAHUN TUN DR. MAHATHIR DENGAN HARAPAN IANYA DAPAT MEMBUAT PENGUNDI LUPA KEPADA DOSA-DOSA YANG SEDANG BERLAKU MASAKINI.

BAGI YANG KURANG CERDIK PULA MEREKA CUBA MEMBANTU UNTUK MENUTUP PENYELESEWENGAN YANG SEDANG BERLAKU DENGAN MEMADAM FOTO DAN KISAH TUN DR. MAHATHIR DALAM BUKU-BUKU SEJARAH DAN SETERUSNYA DALAM PAPAN-PAPAN MAKLUMAT SEPERTI YANG DILAKUKAN DI PETRONAS BARU-BARU INI.

KEDUA-DUA USAHA INI PASTINYA AKAN MELESET DAN BACK-FIRED, ATAU 'MEMAKAN DIRI' SEBAGAI YANG BOLEH PEMBACA LIHAT DARI KARANGAN-KARANGAN DALAM MASUKAN BLOG KALI INI. MASUKAN INI AKAN DITAMBAH DARI MASA KE MASA DAN PIHAK PEMBACA JUGA BOLEH TURUT MENAMBAH DI DALAM KOMEN MASING-MASING.

FOREX: Petikan dari Malaysian Watch Group

Dunia mengetahui dengan jelas bahawa Tun Dr. Mahathir Mohamad telah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun. (Perkara ini adalah fakta yang nyatan walaupun ada buku sekolah yang tidak menyebut nama Tun Mahathir sebagai salah seorang dari Perdana Menteri Malaysia)  Pada masa itu Tun Mahathir telah berhadapan berbagai keadaan dan situasi seperti pemberontakan dalam parti, protes jalanan, namun beliau berjuang dengan gigih dan berterusan untuk mengekalkan ekonomi yang terbaik semasa krisis jewabgab Asia.

2. Cita-cita Tun Mahathir untuk berehat setelah bersara tidak berkesampaian. Keadaan Negara dalam bahaya dan Tun Mahathir berusaha menyelamatkannya.

3. Tun Mahathir berada di barisan hadapan dalam mengkritik Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Abdul Razak atas berbillion billion ringgit yang didakwa disalahgunakan daripada dana 1MDB. Malaysia kini terkenal di antara sepuloh Negara di dunia yang mengamalkan rasuah.

4. Pentadbiran Najib berusaha berbagai cara bagi memindahkan/memesongkan pikiran rakyat mengenai skandal 1MDB yang melihat isterinya, Rosmah, anak tirinya Reza Azi dan mastermind mereka Jho Low di mana melibatkan penipuan wang kecurian dan salahguna kuasa.

5. Salah satu usaha Najib mengorek zaman pemerintahan zaman Tun Mahathir. Akhirnya Najib berpendapat bahawa isu forex yang kerugian wang di zaman Tun Mahathir dapat digunakan bagi memberikan tekanan kepada Tun Mahathir. Sekali gus menghilangkan/memesongkan isu 1MDB di fikiran para pengundi. Bagi Najib di fikiran para pengundi. Bagi Najib dan kuncu-kuncunya yang penting Mahathir dapat di persalahkan.

6. Perdana Menteri Najib dan cabinet berkeyakinan bahawa Tun Mahathir akan dapat dipersalahkan dengan isu forex. Ini diikuti oleh para macai/balaci duapuloh sen mereka.

7. Dengan pantasnya, Suruhan Siasatan Di Raja (RCI) ditubuhkan oleh kerajaan Najib. Penyokong dan macai/balaci Najib bersorakan dan terloncat-loncat macam kerana kegembiraan kononnya Tun Mahathir akan didapati bersalah. RCI yang berkenaan telah memulakan siasatan ke atas kerugian berbillion bllion ringgit oleh Bank Negara Malaysia dalam spekulasi pertukaran mata wang asing pada awal 1990an.

8. Kerajaan Najib juga berura-ura untuk menubuhkan Suruhan Siasatan Di Raja bagi tragedy berdarah Memali.  Tragedi itu berlaku di zaman pemerintahan Tun Mahathir. Ini juga kempen memerangi Tun Mahahtir serta usaha dilakukan membuat goncangan pikiran rakyat terhadap Tun Mahathir dan melupakan skandal 1MDB dan penipuan dan kecurian wang.

9. Malang sangat bagi Najib Tun Razak apa yang diharapkan dengan penubuhan RCI mengenai Forex tidak menjadi.

10. Ini apabila Tan Sri Nor Mohamed Yakcop memberitahu RCI bahawa 'saya bertanggongjawab atas kerugian uruss niaga mata wang asing Negara yang berlaku sekitar tahun 1986 hingga 1993. Saya tidak pernah pada bila-bila masa berbincang dengan Perdana Menteri (ketika itu Tun Dr. Mahathir Mohamad) mengenai urus niaga itu antara tahun 1986 hingga 1993'.

11. Manakala bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berkata Tan Sri jaffar Hussein, terpaksa bertanggongjawab terhadap apa apa yang berlaku semasa beliau menjadi gabenor bank pusat itu.

12. Bila disoal Tan Sri Zeti menegaskan bahawa Jaffar sebagai gabenor BNM, mempunyai kuasa tertinggi dalam menguruskan bank pusat itu dan pengurusan rizabnya.

13. Bagi Najib dan kuncu-kuncunya, malang sekali seperti sudah jatuh ditimpa tangga apabila bekas pedagang Forex memberitahu RCI bahawa Tun Mahathir tidak pernah sekali pun menjejak kakinya ke bilik urus niaga tukaran asing Bank Negara Malaysia.

14. Jelas, apabila Najib dan kuncu-kuncu ingin menjadikan RCI sebagai alat poolitik, untuk menghapuskan Tun Mahathir, perbuatan sedemikian tidak di Redhai oleh Allah SWT. Ini kerana Allah tidak bersama mereka yang mengamalkan rasuah

15. Maka kecewalah Najb dan Kumpulan penyamunnya untuk menindas dan memalukan Tun Mahathir.

16. Tun Mahathir sememangnya jujur dan ikhlas dalam apa yang diperjuangkan. Tidak terbit di dalam hati sanubari Tun Mahathir apa yang dilakukan dan diperjuangkan untuk kepentingan diri atau ahli keluarganya.

Masukan dalam WA MBB- M Vertical di dalam grup MELAYU BERANI BERSATU pada 10.9.2017 adalah seperti berikut:

Dari bilik sebelah:

Kesimpulan (RCI Forex):

1. Forex untung RM50 billion (Najib senyap)

2. Forex rugi RM32 billion (Najib bising)

3. Nama pun berniaga, ada untung ada rugi.

4. Mereka yang terlibat tidak curi 1 sen pun duit dari urusniaga ini.

5. PM dan TPM tak tahu menahu pasai urusniaga ini sebelum ia terjadi... dah jadi baru tahu.

6. TS Noh dah pun letak jawatan sebab rasa dirinya bertanggung jawab.

7. TS Nor  guna pula ilmu dan pengalaman belajar dari rugi forex RM32 billion ini untuk selamatkan Negara Malaysia berates billion masa krisis matawang 1998 pula... kalau tak Malaysia dah lama telingkup.

8. Takde elemen jenayah.. sekadar kelemahan pengrusan dan patuh SOP.

9. Tun M tak curi satu sen pun duit dan kerugian forex tu. .. tak macam kes 1MDB... kalau tak caya cer buat RCI untuk 1MDB ... Najib ada berani? Confirm tak berani punya.

10.  RCI forex buang masa. .. hakikatnya orang yang suruh buat tu adalah agenda tersendiri yang akhirnya backfired.

Posted by Sanusi Junid at 5:04 PM   

4 comments:

  1. rci memali ada berani ka... mau komen tgk la apa lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ai, RCI memali pula? Dah malu ke rci forex anti klimaks? Buat gelak dek orang je. Kits gelak sama dia hahaha

      Delete
  2. Greetings! Perfect posting! I appreciate the way you mentioned Blogger: MOUNTDWELLER.
    Great! Now it's beans are known my personal
    personal blogs! It is actually a good sized fulfillment to
    study writes produced by this type significant owner .
    I'd like to start my own, unbiassed writings nevertheless i 'm quite wrong to posting .

    May be an intensive problem despite the fact that there
    will be appear to be unique check places, like the one
    you can travel to while clicking this url http://www.ibotube.com/,
    where ghost writers as well as , reviewers analyse selection crafting articles program to
    help those who may be searching beneficial building can help

    ReplyDelete
  3. Amboi senangnya puak2 taik ni cuci tangan!........ Semudah basuh berak utk menghilangkan tahi dipunggung! Cuba kalau kesalahan tersebut dibuat oleh kakitangan kerajaan atau awam....... Pasti dikorek hingga ke lubang cacing dan Ketua Jabatan turut terheret kerana di tuduh cuai........ Hai dunia! dunia! Memang tiada keadilan...... Yg hanya ada...... parti keadilan yg hidup segan mati tak mahu!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa