Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, September 11, 2017

Kempen anti-rasuah negara itu mengabaikan gajah di dalam bilik: 1MDB - Pengkrtik

Jumpa Trump: Najib cuba belakangkan skandal 1MDB
Rozanna Latiff & Emily Chow, Reuters   -   Hari ini, 12:04 tengahari
Dalam sebuah bilik yang penuh dengan kakitangan awam Malaysia, Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Ramlan Ibrahim mengangkat tangan kanannya sambil melafazkan ikrar anti rasuah.

Beliau adalah antara ribuan pegawai kerajaan di seluruh negara yang berbuat demikian sejak beberapa minggu lalu. Ia sebahagian daripada kempen anti rasuah oleh pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Rakyat semakin celik... mereka menuntut perkhidmatan awam yang lebih cekap, telus dan adil," kata Ramlan selepas sebuah majlis di Putrajaya.

Kempen itu dilancarkan ketika Najib bersiap-sedia untuk berjumpa dengan Presiden Donald Trump di Amerika Syarikat minggu ini, sedangkan Jabatan Keadilan (DOJ) dan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) sedang menyiasat 1MDB, dana pelaburan negara yang diselia oleh oleh perdana menteri.

Najib juga mesti mengadakan pilihan raya umum pada pertengahan 2018 walaupun beberapa penganalisi tidak menolak kemungkinan ia mungkin diadakan tahun ini.

Di bawah kempen anti rasuahnya, SPRM telah menahan puluhan pegawai tertinggi, termasuk pegawai di syarikat minyak kebangsaan Petronas dan firma minyak kelapa sawit milik negara, Felda.

Mengikut data SPRM, bagi tahun ini sahaja, lebih 600 tangkapan dibuat.

Tindakan itu dilihat sebagai sesuatu yang bukan lazim di negara-negara Asia Tenggara, di mana gejala rasuah dilihat meluas.

Empat daripada lima rakyat Malaysia yang berumur 18 - 35 menyebut rasuah sebagai isu paling serius yang melanda negara, menurut satu tinjauan bulan lalu oleh Global Shapers Community, sebuah program di bawah Forum Ekonomi Dunia.

Tetapi pengkritik berkata, kempen anti-rasuah negara itu mengabaikan gajah di dalam bilik: 1MDB.

Firma dana pelaburan negara itu sedang disiasat di sekurang-kurangnya enam negara atas pertuduhan pengubahan wang haram dan penyelewengan dana, termasuk dakwaan AS$ 681 juta dipindahkan ke akaun bank peribadi Najib.

Peguam Negara Malaysia menutup siasatan 1MDB pada Januari 2016, dan membersihkan Najib daripada sebarang salah laku.

Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat cuba merampas kira-kira AS$1.7 bilion aset yang didakwa dibeli dengan wang yang dicuri dari 1MDB. Saman sivil itu turut menyebut mereka yang terlibat termasuk anak lelaki Najib, Riza Aziz dan sekutu rapatnya, Jho Low.

Dalam siasatan mahkamah Selasa lalu, FBI yang menjalankan siasatan jenayah, mendakwa bahawa saksi-saksi berpotensi dalam kes itu bimbang akan keselamatan dan perlindungan diri mereka.

Namun siasatan ke 1MDB di Malaysia seolah-olahnya cuba ditutup. SPRM mempunyai "berbilik-bilik" fail mengenai 1MDB, kata seorang bekas pegawai SPRM kepada Reuters, namun suruhanjaya itu tidak dapat meneruskan siasatan apabila peguam negara mengisytiharkan kes itu ditutup.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa