Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, September 10, 2017

Isy...isy..isy....merapu ker buang tabiat?

Sunday, 10 September 2017
CEHHH....TAK BERGANTUNG KERUSI KONON!!!
Benarkah Pas tidak bergantung kepada jumlah kerusi?

Apakah hanya parti lain selain Pas saja yang mementingkan kerus?

Jika tidak ada kerusi, bagaimanakah Pas mahu meneruskan perjuangannya dengan lebih berkesan?

Kalau benar tidak mengutamakan kerusi, sediakan Pas tidak bertanding apa-apa kerusi dalam pilihanraya akan datang dan menumpukan sepenuh tenaga ceramah dan kempennya untuk membantu calon-calon UMNO dan BN saja?
Tetapi, ini apa?

Pemimpin parti manakah yang mengatakan akan bertanding 100 kerusi dan matlamat kemenangan 40 kerusi?
Ini juga apa?

Pemimpin parti manakah yang meminta parti-parti pembangkang lain agar jangan kacau kerusi-kerusi yang pernah ditandingi Pas jika ingin menjalin kerjasama dengan mereka?
Ini lagi apa?

Pemimpin parti manakah yang berani "mengarahkan" parti-parti lain jangan masuk bertanding di kerusi-kerusi yang akan ditandingi Pas?

Atau, adakah kenyataan terbaru Hadi Awang ini kerana beliau kini semakin sedar Pas akan kalah banyak kerusi dalam pilihanraya umum akan datang? (ShahbudinHusin 10/09/2017).

Posted by Shahbudin Husin at 18:59

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa