Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, September 17, 2017

Ni sebab diperintah DAP laa...ni!

Langkawi dilanda banjir: 32 kediaman penduduk terjejas
Astro Awani |  Diterbitkan pada September 16, 2017 09:14 MYT
Di Pulau Pinang, pasu bunga bertaburan di hadapan sebuah rumah penduduk Taman Thean Teik, George Town selepas banjir surut petang Jumaat. -- fotoBERNAMA

LANGKAWI: Hujan lebat berterusan sejak malam Khamis telah mengakibatkan beberapa kawasan di Pulau Langkawi dilanda banjir dengan sekurang-kurangnya 32 kediaman penduduk dari tujuh kampung dan enam batang jalan utama sekitar daerah itu terjejas.

Air yang naik dengan cepat serta angin kencang turut menumbangkan beberapa batang pokok yang menghempap kereta dan rumah penduduk.

Antara kediaman penduduk yang terjejas ialah Kampung Bayas, Sungai Menghulu, Syed Nahar, Kedawang, Belak, Tanjung yang dinaiki air setinggi 0.5 meter.

Banjir juga telah mengakibatkan beberapa jalan yang terjejas termasuk Jalan Kuah-Padang Matsirat, Kampung Yoi, Chandek Kura, Kedawang dan Lebuh Raya Langkawi dinaiki air antara 0.3 hingga 0.5 meter.

BACA: Banjir kilat: Enam pusat pemindahan dibuka di Kedah setakat 10 malam tadi

Menurut Pegawai Daerah Langkawi yang juga Pengerusi Bencana Banjir Daerah Langkawi, Isahak Murat, Bilik Gerakan Banjir Daerah Langkawi (BGBDL) mula dibuka seawal jam 7 malam tadi bagi mengumpul maklumat dan merancang bantuan kecemasan kepada mangsa..

Selain itu beberapa agensi telah bersiapsiaga antaranya Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam dan Rela bagi menghadapi sebarang kemungkinan banjir bertambah buruk.

Malah air bukit yang kuat turut mengakibatkan perkhidmatan kereta kabel terpaksa ditutup buat sementara.

1 comment:

  1. Oi Estou no trabalho navegandoing ao redor do meu novo blog
    iphone ! Só queria dizer que eu amo lendo seu blog e estamos
    ansiosos para todos os seus posts! Continuar o soberba trabalhar!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa