20 rumah setinggan musnah dalam kebakaran
ROSALWANI CHE SOH - 23 SEPTEMBER 2017
KOTA BHARU - Sebanyak 20 kediaman kayu musnah dalam kebakaran di Wakaf Mek Zainab sini hari ini.
Dalam kejadian jam 2. 30 pagi, itu berlaku begitu pantas sehingga menyebabkan keserluruhan kediaman kayu musnah keseluruhannya.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Timbalan Penguasa Bomba Kanan, Zaini Bidin berkata, pihaknya menerima panggilan dalam jam 2.52 pagi.
"Semasa kami tiba hampir 40 peratus kediaman terbakar dan dengan kekuatan 26 anggota kita mengambil masa hampir 40 minit untuk memadam kebakaran.
"Setakat ini kita anggarkan 15 kediaman yang berpenghuni manakala 5 lagi tidak berpenghuni dan kesemuanya berjumlah 20 buah yang terlibat," katanya.
Zaini berkata, buat masa ini punca dan kerugian masih dalam siasatan dan menyerahkan kepada pihak forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, seorang mangsa, Nek Wok Che Ibrahim, 73, berkata, kejadian berlaku begitu pantas.
"Dia terjaga selepas dikejutkan mengenai kejadian dan terus bangun dan ditolak dengan kerusi roda oleh cucunya ke luar rumah.
"Memang agak terkejut memandangkan inilah kediaman yang saya duduki lebih 50 tahun lalu akhirnya musnah sekelip mata," katanya.

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa