Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, September 21, 2017

Gesa penduduk Sabah dan Sarawak dibenarkan mengundi di Semenanjung

Benarkan penduduk Sabah dan Sarawak mengundi di Semenanjung, kata Bersih 2.0
Diterbitkan pada 21 Sep 2017 12:53PM 
Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya dan Putrajaya meminda undang-undang bagi membolehkan mereka dari Malaysia Timur mengundi di Semenanjung. – Gambar fail The Malaysian Insight, 21 September, 2017.

PENDUDUK Sabah dan Sarawak yang tinggal atau bekerja di Semenanjung perlu mempunyai pilihan membuang undi di kawasan mereka tinggal, bukannya kembali ke negeri asal untuk mengundi.

Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Putrajaya meminda undang-undang bagi membolehkan mereka dari Malaysia Timur mengundi di Semenanjung.

"Pembaharuan ini diperlukan dengan segera," kata Maria di pejabat Bersih di Petaling Jaya hari ini.

"Terdapat lebih daripada 150,000 pengundi Sabah dan Sarawak yang menetap di Semenanjung Malaysia.

"Dalam setiap pilihan raya, pengundi-pengundi tersebut perlu membelanjakan ratusan ringgit dan mengambil masa untuk pulang dan mengundi di kawasan asal mereka. Kesulitan ini mengakibatkan peratusan keluar mengundi yang lebih rendah." – 21 September, 2017. - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa