Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, September 11, 2017

“Hanya sebuah parti bodoh akan tunduk kepada skandal bodoh”

ANINA LUAH PERASAAN SELEPAS DIPINGGIRKAN PADA ULANGTAHUN BERSATU
Bekas ahli Wanita Umno Anina Saadudin menyoal adakah PPBM mahu melupakannya walaupun beliau salah seorang daripada 7 pengasas parti itu, sempena ulangtahun pertama PPBM hari ini [8 Sept, 2017].

Anina yang memegang nombor keahlian 0000005 berkata beliau tidak menerima sebarang undangan ke majlis meraikan ulangtahun PPBM yang diadakan di Muar, Johor, walaupun dirinya satu-satunya “wanita” yang mengasaskan parti itu.

Anina dilantik ke majlis tertinggi PPBM pada November 2016 namun dilaporkan tersingkir dari semua jawatan parti berikutan satu skandal mesej seks.

Kejatuhan Anina bermula selepas tangkap layar perbualan intim dalam aplikasi WhatsApp yang didakwa antara beliau dan seorang lelaki tidak dinamakan tersebar baru-baru ini. Anina menfaikan dakwaan itu.

“Hanya sebuah parti bodoh akan tunduk kepada skandal bodoh,” katanya lapor Free Malaysia Today.

Menjadi trend politik di negara melayu Islam ini untuk mudah percaya bahan video atau gambar fitnah politik yang disebar di media sosial dan blog yang tidak ditentusahkan [bahan bukti rasmi] oleh mahkamah untuk membuat penghakiman sendiri. [nota: tidak seperti cukai GST yang kamu disahkan mesti bayar setiap hari]

Untuk rekod Anina menjadi terkenal selepas mengkritik Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak pada mesyuarat Umno Bahagian Langkawi pada 2015 dengan ungkapannya ahli Umno ‘kena kencing’.

Ia disusuli pendedahan Najib menerima sebahagian daripada RM2.6 bilion dalam akaun bank peribadinya, wang yang dikatakan sumbangan keluarga diraja Arab Saudi untuk Umno yang mana kemudian beliau menjadi ahli Umno pertama menyaman PM agar memulangkan wang tersebut kepada parti namun akibat dipecat dari Umno menjadi sebab saman itu ditolak. [nota: Bijak….kan….] – Susunan Berita Mimpi – Ana Ghoib….

oleh Anina Saadudin

Parti PPBM ditubuhkan setahun yang lalu, dan hari ini adalah ulangtahun penubuhannya yang pertama. Saya adalah salah seorang dari 7 orang pengasas parti dan kini parti ini telah memiliki lebih kurang 90 ribu ahli di seluruh Malaysia.

32 juta rakyat Malaysia, saya adalah satu-satunya marhaen yang menyaman Perdana Menteri Malaysia dalam saman sivil berkaitan isu RM 2.6 billion. Lebih 3 juta ahli UMNO, saya adalah satu-satunya ahli UMNO yang mengkritik lantang Presiden parti dalam mesyuarat Agung di seluruh Malaysia. 1.5 juta penandatangan Deklarasi Rakyat, saya satu-satunya wanita Melayu yang ke barisan hadapan dan mendesak DS Najib Tun Razak melepaskan jawatan Perdana Menteri. Mungkin atas dasar itu juga mereka memilih saya sebagai satu-satunya wanita untuk membarisi barisan Pro Tem PPBM.

Begitu ramai wanita hebat di seluruh Malaysia, tetapi saya satu-satunya wanita yang dipujuk rayu untuk menjadi Ketua Srikandi PPBM. Begitu cepat dalam tempoh 3 bulan juga saya satu-satunya pemimpin parti yang tidak diperakui angkat sumpah jawatan di hadapan Tun Dr Mahathir Mohammad, TS Muhyiddin Yasin, Mukhriz Mahathir serta lebih 30 orang ahli Majlis Pimpinan Tertinggi parti.

Hanya watikah angkat sumpah saya seorang dari lebih 30 orang itu yang diklasifikasikan sebagai tidak sah oleh pucuk pimpinan parti. Maka di hadapan Setiausaha Agung Parti, Mukhriz Mahathir memaklumkan kepada saya bahawa jawatan saya tidak disyorkan oleh Majlis Presiden. Dalam erti kata lain, saya dipecat. Sudah 9 bulan berlalu namun saya masih setia bersama parti.

Saya difitnah oleh ahli-ahli parti kononnya menerima RM 7 juta dari UMNO dan PPBM gagal membela saya. Jika saya yang berkorban begitu banyak untuk parti juga gagal dibela oleh parti, beritahu saya bagaimana mungkin saya yakin mereka mampu membela 32 juta rakyat Malaysia.

Baru-baru ini saya telah dikeluarkan dari kesemua Whatsapp group kepimpinan tertinggi PPBM dan tiada satu surat rasmi diberikan kepada saya untuk memaklumkan sebab musababnya. Jika parti ini gagal bersikap professional dalam pentadbirannya, beritahu saya bagaimana mungkin saya yakin ianya mampu professional dalam mentadbir sebuah kerajaan.

Hari ini majlis ulangtahun pertama penubuhan PPBM. Baru umur setahun, satu-satunya ibu yang mengasaskan parti ini langsung tidak menerima sebarang jemputan ke majlis yang diadakan di Muar, Johor. Jika saya dilupakan, beritahu saya bagaimana mungkin saya percaya parti ini akan mengingati begitu ramai insan yang menggerakkan perjuangan ini sejak lebih 2 tahun yang lalu.

Jika dahulu saya diam ramai rakyat yang beranggapan benar Anina diam kerana dia menerima sogokan RM 7 juta dari UMNO. Bagaimana jika hari ini saya meminta saudara dan saudari meletakkan diri anda atau isteri, kakak, adik atau mungkin anak anda di tempat saya. Adakah anda masih mahu Anina Saadudin terus bersuara?

Jangan pertikai kasih sayang saya kepada negara kerana anda sendiri menjadi saksi pengorbanan saya.

Walau dari jauh saya kirimkan ucapan Selamat Ulangtahun Pertama PPBM kepada semua! Berjuanglah bukan untuk mana-mana individu atau untuk parti TETAPI hanya untuk RAKYAT!

Pengorbanan ikhlas tidak perlu dibayar tetapi jangan lupa untuk menghargai pengobanan kecil insan lain walaupun dia bukan dari golongan elitis atau anak bekas Perdana Menteri.

Anina Saadudin
Ahli PPBM 0000005

sumber

1 comment:

  1. Kah Kah Kah..... Kalau parti parti Bersatu dikatakan bodoh oleh pengasasnya........ Cuba bayangkan apa gelaran yg sesuai utk parti gabungan spt Amanah yg dibarisi oleh mat sabu yg telah u-turn 100% dpd menganggapnya pengerusinya sbg kepala perompak kpd wira penyelamat dan org2 yg menyokongnya spt admin?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa