Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, September 22, 2017

Zunar: Pelapor khas PBB desak gugur dakwaan hasutan

Pelapor khas PBB desak gugur dakwaan hasutan, tarik larangan perjalanan Zunar
TMI  · Diterbitkan pada 22 Sep 2017 12:53PM
Pada 2015 Zunar telah didakwa kerana menghasut apabila mengkritik badan kehakiman di Twitter, dengan sembilan pertuduhan dan kemungkinan dikenakan hukuman penjara 43 tahun. – Gambar fail The Malaysian Insight, 22 September, 2017.

MALAYSIA harus menggugurkan kesemua sembilan dakwaan terhadap kartunis Zunar, kata Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Karima Bennoune.

Karima juga menggesa kerajaan menarik balik larangan perjalanan yang dikenakan ke atas Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque, atas alasan kebebasan ekspresi artistik.

Bennoune yang prihatin dengan penganiayaan terhadap Zunar itu berkata, kerajaan Malaysia perlu membangunkan rancangan konkrit bagi jaminan kebebasan ekspresi seni.

"Ada keperluan mendesak untuk mengkaji dan menjelaskan kriteria penapisan buku dan filem, juga bagi proses membuat keputusan yang lebih telus supaya ia menjamin hak-hak budaya termasuk kebebasan ekspresi artistik.

"Terma seperti 'kontroversial' atau 'sensitif' adalah terlalu subjektif untuk akur kepada piawaian antarabangsa dalam kebebasan bersuara.

"Juga, perlu lebih banyak sokongan kepada pengeluar filem bebas dan dokumentari, termasuk platform di media nasional untuk membentangkannya," kata Bennoune dalam laporannya mengenai hak budaya di Malaysia.

Pada 2015 Zunar telah didakwa kerana menghasut apabila mengkritik badan kehakiman di Twitter, dengan sembilan pertuduhan dan kemungkinan dikenakan hukuman penjara 43 tahun.

Bennoune dan ahli-ahli hak asasi manusia PBB yang lain dijangka akan mengikuti secara dekat perkembangan perbicaraan Zunar pada minggu depan.

Bennoune juga melahirkan kebimbangannya terhadap 400 kes pertikaian tanah adat di Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata di Sabah, pasukan petugas yang diumumkan pada Semakan Berkala Sejagat (UPR) lalu, nampaknya tidak diketahui oleh beberapa pihak berkepentingan yang melaporkan bahawa mereka ini tidak didekati atau diajak berunding bagi mengenalpasti serta mengiktiraf tanah adat.

Manakala di Semenanjung pula, Bennoune berkata Orang Asli tidak mendapat pengiktirafan yang sama seperti penduduk Sabah dan Sarawak. Tambah beliau lagi, ada yang melaporkan mereka dipaksa untuk menyesuaikan diri dan menjadi Melayu di sekolah.

"Juga ada laporan menyatakan terdapat percubaan untuk mengisytiharkan Orang Asli beragama Islam pada dokumen serta dorongan untuk menukar agama," katanya.

Mereka juga dilaporkan dipaksa menyertai solat dan memakai tudung, serta sejarah dan cara hidup mereka kurang didedahkan didalam kokurikulum.

"Para guru mesti sedar pengaruh yang mereka ada kepada semua murid di dalam keals mereka, termasuk Orang Asli, dan mengintegrasikan toleransi serta menghormati kepelbagaian dalam interaksi mereka dengan murid setiap hari," katanya.

Bennoune juga khuatir dengan laporan mengenai kejadian membuli murid-murid Orang Asli yang menyebabkan ramai tidak bersekolah.

"Semua agensi berkaitan mesti mengambil pendirian keras dan melaksanakan program sistematik untuk memerangi amalan merbahaya ini. Guru-guru dan pentadbir sekolah harus diberikan kaedah untuk menghalang dan menyelesaikannya," katanya.

Terdapat juga laporan yang kampung-kampung Orang Asli dipindahkan untuk projek pembangunan berskala besar yang menyebabkan mereka hilang tanah adat mereka.

Menurut Bennoune tanah adat dan perlu diiktiraf dan dipetakan bukan sahaja untuk aktiviti semasa mereka tetapi juga untuk akses kepada hutan dan keperluan masa depan.

Beliau berkata kehilangan tanah adat bermakna memusnahkan cara hidup, termasuk ritual, keprcayaan , pengetahuan dan amalan mereka. – 22 September, 2017.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa