Abai keluarga waris, pengetua tahfiz minta maaf
Nabihah Hamid
Diterbitkan pada 25 Sep 2017 6:57AM
Perjumpaan diadakan antara keluarga mangsa dan pengurusan pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, malam tadi selepas berlaku perselisihan antara mereka sebelum ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 25 September, 2017.
SELEPAS perselisihan faham di antara keluarga waris dan pengurusan pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang terbakar sehingga mengorbankan 23 nyawa baru-baru ini, pengetuanya tampil meminta maaf untuk menjernihkan keadaan.
Menghadapi kekurangan tenaga pekerja kerana turut trauma, Mohd Zahid Mahmood berkata pihaknya menghadapi kekangan masa kerana menguruskan pelbagai perkara termasuk membantu siasatan pihak berkuasa.
“Perjumpaan semalam lebih berbentuk hubungan sebelum berlaku kes (perselisihan faham). Hubungan itu lebih kepada keharmonian, kedamaian dan kasih sayang.
“Yang tinggal ustaz muda-muda. Yang sebetul-betulnya membantu saya (dalam pengurusan tahfiz) yang meninggal dua orang itu. Yang betul, ustaz Yusof yang kerja. Ustaz Azahari (timbalan pengetua) pergi haji. Jadi saya tidak sempat. Kejap polis tarik. Sekejap bomba tarik.
“Jadi benda-benda macam ini yang mencengkam masa kami daripada berinteraksi dengan keluarga mangsa. Dan saya sudah mohon maaf dengan keluarga,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insight.
Salah seorang waris mangsa, Burhan Abdul Manan berkata pihaknya memahami dan menerima permohonan maaf tersebut.
“Memang dia minta maaf, dia pun sibuk tetapi Alhamdulillah dia minta maaf banyak-banyak sangat. Lagipun ada stafnya dalam trauma. Timbalan dia pun pergi haji.
“Kesimpulan (mengenai hak sumbangan waris) dia setuju dan suruh waris lantik seorang sebagai wakil untuk agihkan sumbangan. Dia akan hubungi mana waris yang jauh suruh datang pada 30 September ini,” kata bapa kepada pelajar terselamat, Danial.
Semalam, pada jam 9 malam, satu pertemuan dibuat bersama lebih 10 keluarga waris bagi memberikan penjelasan mengenai kejadian. Namun, isu keselamatan bangunan tahfiz bukanlah fokus utama.
“Kita tidak fokus keselamatan. Ia lebih kepada hubungan terputus disambungkan kembali. Kalau ada terguris kita tampal. Kalau ada kesalahan kita maafkan supaya kita bersatu,” katanya yang akan menerangkan isu keselamatan untuk bangunan baharu pada pertemuan kedua.
Pengetua pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Mohd Zahid Mahmood tampil memberi penjelasan mengapa tidak dapat memberi maklumat kepada keluarga ketika kebakaran berlaku. – Gambar fail The Malaysian Insight, 25 September, 2017.
Sebelum ini, The Malaysian Insight melaporkan waris keluarga berkumpul pada Jumaat lalu dan bersetuju untuk melantik peguam sebagai orang tengah untuk menuntut keadilan.
Waris kecewa dengan pengurusan tahfiz yang mengabaikan keluarga selepas seminggu berdiam diri tanpa sebarang penjelasan mengenai kejadian, aspek keselamatan bangunan dan jumlah sumbangan derma diterima.
Susulan itu, Zahid mempersoalkan semula kenapa isu keselamatan dibangkitkan sekarang dan bukannya sewaktu keluarga menghantar anaknya.
Tarik balik kenyataan, mahu jaga sensitiviti keluarga
Bagaimanapun, Zahid yang juga presiden Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Kebangsaan (PINTA) menarik balik kenyataan kerana tidak bermaksud sedemikian.
“Ada keluarga baca dari blog saya kata mereka terdiam. Saya tidak kata begitu, kumpulan ketiga memburukkan lagi keadaan.
“Saya minta maaf. Saya tidak mahu lagi keruhkan keadaan. Untuk isu keselamatan itu pun saya tidak ada ilmu. Kita pun menumpang di bangunan orang.
“Tetapi lepas ini akan datang untuk bangunan tahfiz kita akan buat terbaik ikut arahan bomba,” katanya.
Noor Azizan Abdul Aziz yang kehilangan anak lelakinya berumur 16 tahun dalam kebakaran itu mempersoalkan kenapa isu keselamatan dipulangkan kembali kepada keluarga.
“Sebelum kita buka sekolah atau madrasah kita mesti tahu keselamatan di bawah pihak madrasah bukannya ibu bapa. Kalau tidak ok kenapa buka?,” katanya yang tidak dapat hadir ke pertemuan kerana berada di luar Kuala Lumpur.
Sementara itu, seorang waris yang hadir mempersoalkan ketiadaan pengawal keselamatan terhadap bangunan tersebut.
“Fahami konsep, usaha dan tawakal dulu. Baru serah pada takdir. Kenyataan dia membuka ruang netizen menyalahkan kepada waris.
“Bangunan percuma, gaji guru dibayar. Gagal menyediakan pengawal keselamatan sehingga orang boleh bawa naik tong gas dan tilam ke atas,” kata ibu kepada salah seorang mangsa terkorban yang enggan dinamakan.
Namun, Zahid mengulangi pihaknya hanya menumpang di bangunan tersebut dan isu yang dibangkitkan di luar kawalannya.
“Sini kita menumpang tempat, adat orang menumpang. Takkan kita hendak tanya semua. Sebab itu kita tidaklah sampai ke situ (isu keselamatan).
“Orang memberi itu tahulah. Kita, (pengurusan) tahfiz, keselamatan tak tahu pelan macam mana. Kita masuk atas keizinan pihak bangunan. Apa yang berlaku luar daripada ustaz,” katanya.
Beliau bagaimanapun memberi jaminan keselamatan di bangunan baharu akan dipertingkatkan demi masa depan pelajar.
“Kita akan buat yang terbaik. Kita akan ambil pengawal dan akan pasang 24 CCTV (kamera litar tertutup),” katanya.
Bangunan yang didakwa di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAWIP) itu beroperasi tanpa kelulusan yang sah daripada pihak berkuasa tempatan.
Ia juga serta tidak mempunyai sijil perakuan siap dan pematuhan serta tidak ada laluan kecemasan sekiranya berlaku kebakaran. – 25 September, 2017.

Outbust, Denial, Apology and Acceptance.
ReplyDeleteTolong ustaz gunakan musibah ini untuk beri kesedaran pada golongan ulama. Bukan tunding jari mencari salah orang. Jangan disebabkan kita lalai tragedi ini akan berulang lagi. Berjuang demi agama dalam masa yang sama muhasabah diri. Semoga ustaz jadi pelopor untuk perbaiki kelemahan Tahfiz2 yang ada.