Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, September 14, 2017

Hebat: Umur baru 23 tahun dah bijak menipu sehingga 44 pertuduhan

Lelaki hadapi 44 pertuduhan kes skim pelaburan tipu
14/09/2017 2:58pm
Oleh ZULKIFLI MANZOR
Aravind Singh (dua dari kiri) menghadapi 44 pertuduhan tipu pelaburan yang tidak wujud di Mahkamah Majistret Seremban hari ini.

SEREMBAN - Seorang lelaki berusia 23 tahun berhadapan 44 tuduhan di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dakwaan melakukan penipuan menerusi skim pelaburan Focus Capital Growth yang tidak wujud.

Tertuduh, Aravind Singh Sarjit Singh yang didakwa melakukan kesalahan itu antara Mac hingga Jun lalu bagaimanapun mengaku tidak salah sebaik semua pertuduhan dibacakan keatasnya.

Semua pertuduhan yang dihadapinya itu dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mohd. Zaki Abd Rahman.

Terduduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, sebat dan denda jika sabit kesalahan.

Mengikut kertas pertuduhan, Aravind Singh didakwa dengan curang menipu dua mangsa, V. Vekneswaran, 26, dan S. Dievendran, 28, bagi menyertai pelaburan Focus Capital Growth.

Wang dimasukkan ke dalam akaun tertuduh oleh mangsa secara atas talian di Seremban dan Nilai dekat sini antara Mac hingga Jun lalu menyebabkan mangsa kerugian kira-kira RM68,000.

2 comments:

  1. An outstanding share! I have just forwarded this onto a friend who was doing
    a little research on this. And he actually ordered me dinner simply because I stumbled upon it for him...
    lol. So let me reword this.... Thanks for the meal!!
    But yeah, thanx for spending some time to discuss this issue here on your blog.

    ReplyDelete
  2. After straddle peeing with sandy. I am so with you on this.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa