Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, September 28, 2017

'Russia-gate' pula

'Russia-gate': FB, Google, Twitter diminta beri keterangan
mk  -   Hari ini, 11:24 tengahari

Para eksekutif dari Facebook, Alphabet In's Google dan Twitter telah diminta memberi keterangan kepada Kongres Amerika Syarikat dalam beberapa minggu akan datang ketika penggubal undang-undang menyiasat campur tangan Russia dalam pilihan raya AS 2016, kata sumber-sumber jawatankuasa itu pada hari Rabu.

Seorang pembantu Senat berkata eksekutif dari tiga firma itu telah diminta oleh Jawatankuasa Perisikan Senat untuk hadir di pendengaran awam pada 1 November.

Pemimpin jawatankuasa perisikan Dewan Perwakilan mengatakan panel itu akan mengadakan satu pendengaran terbuka bulan depan, dengan wakil dari syarikat teknologi yang tidak disebutkan namanya dalam usaha untuk "lebih memahami bagaimana Russia menggunakan alat dan platform dalam talian untuk menyemai perselisihan dan mempengaruhi pilihan raya kita."

Wakil untuk Facebook dan Google mengesahkan mereka telah menerima jemputan dari jawatankuasa Senat, tetapi tidak mengatakan sama ada syarikat itu akan hadir. Twitter tidak memberi respons segera terhadap permintaan untuk mendapatkan komen.

Panel Dewan itu tidak mengenal pasti mana-mana syarikat, tetapi sumber jawatankuasa itu berkata penggubal undang-undang dijangka mendengar dari tiga firma yang sama yang diminta oleh Senat untuk memberi keterangan.

Permintaan itu adalah langkah terkini penyiasat kongres untuk mendapatkan maklumat dari syarikat internet ketika mereka menyiasat sejauh mana Moscow didakwa mengganggu pilihan raya AS tahun lalu.

Para penggubal undang-undang di kedua-dua pihak semakin prihatin bahawa rangkaian sosial mungkin telah memainkan peranan utama dalam operasi Russia itu.

Facebook mendedahkan bulan ini bahawa suspek Russia membeli lebih daripada AS$100,000 iklan di platformnya semasa pilihan raya 2016, satu pendedahan yang mendorong gesaan dari beberapa pemimpin Demokrat untuk peraturan pendedahan baru untuk iklan politik dalam talian.

Pada hari Rabu, Trump menyerang Facebook dalam tweet dan menganggap rangkaian sosial terbesar di dunia itu telah berpakat dengan saluran media lain yang menentangnya.

Presiden itu skeptikal dengan kesimpulan agensi-agensi perisikan AS bahawa Russia campur tangan dalam pilihan raya itu serta menafikan wujud pakatan sulit kempennya dengan Moscow. - Reuters

1 comment:

  1. Fine way of describing, and good piece of writing to get facts on the topic of my presentation subject, which i am going
    to present in institution of higher education.

    Also visit my blog ... baju muslim anak

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa