Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, September 27, 2017

Teguran kepada sang Otak Kontot!

Musibah banjir jangan dijadikan bahan politik, kata bekas Speaker Dun Pulau Pinang
MALAYSIA DATELINE  -  September 27, 2017 5:52 pm
Kerajaan Persekutuan diminta memberikan peruntukan segera terhadap janji pelaksanaan projek tebatan banjir dan mengurangkan risiko banjir di Pulau Pinang.

Bekas Speaker Dun Pulau Pinang Datuk Abdul Halim Hussain berkata, amat dikesalkan sebagai sebuah negeri yang menyumbang purata RM7 billion cukai tahunan kepada Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak di peruntukkan belanjawan yang munasabah bagi pembangunan negeri itu.

Ini ujarnya, termasuk pengurusan dan pemeliharan alam sekitar, pengurusan banjir dan pembangunan yang seimbang sepatutnya menjadi fokus dan tanggungjawab kerajaan supaya rakyat hidup dalam keadaan tenang tanpa memikirkan risiko untuk menghadapi bahaya banjir yang boleh memusnahkan kehidupan mereka.

“Dalam keadaan ekonomi negara yang meleset dan kos sara hidup yang tinggi bencana banjir ini menambah beban penderitaan rakyat.

“Bantuan adalah mekanisme yang terbaik untuk mempastikan kebajikan mangsa dapat dibela dengan baik. Mangsa banjir mengalami trauma kehilangan dan kemusnahan harta benda dan lebih teruk lagi kehilangan punca rezeki akibat kerosakan oleh banjir.

“Fokus pimpinan dan kerajaan yang sepatutnya ialah menyalurkan bantuan segera kepada mangsa banjir di dalam apa jua bentuk. Ini bukan kali pertama banjir berlaku di Pulau Pinang dan negeri-negeri di seluruh negara,” ujarnya.

Beliau mengulas kejadian banjir kilat yang berlaku di Pulau Pinang dan sebahagian negeri Kedah dan Perlis yang berlaku baru-baru ini.

Kawasan teruk dilanda banjir adalah di Arau di Perlis, Kota Setar, Kuala Muda dan Kubang Pasu di Kedah serta Daerah Baratdaya Balik Pulau, Georgetown dan sebahagian besar Seberang Perai, Pulau Pinang.

Justeru katanya lagi, dalam menghadapi musibah banjir yang menimpa, pelbagai perkara boleh dilakukan sama ada terus memberi bantuan atau mencari kesalahan orang lain.

Dengan tawaran Kerajaan Pulau Pinang untuk membina semula rumah kepada mangsa dengan bantuan kecemasan RM400 seperti yang diumumkan oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng pada 23 September lalu, ujarnya turut membabitkan bantuan kecemasan daripada kerajaan Persekutuan.

“Kerajaan Umnop BN pula menuding jari kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang bahawa peruntukkan RM2.6 bilion sejak 2006 hingga 2020 di bawah RMK9 ke RMK11 untuk projek tebatan banjir tidak dibelanjakan dengan betul menambah kemarahan rakyat.

“Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menjawab bahawa peruntukkan RM2.6 bilion yang disebut itu tidak benar kerana telah dipinda dan dikurangkan oleh Kerajaan Persekutuan.

“Hanya RM443 juta peruntukan Kerajaan Persekutuan telah dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri daripada RM461 (jumlah yang dipinda) sungguhpun RM2.6 bilion yang telah dijanjikan,” terangnya.

Abdul Halim yang juga Ketua Cabang PKR Balik Pulau menambah, dengan hanya menuding jari, menuduh secara keterlaluan dan repot polis ke atas Kerajaan Negeri tidak akan mengubah keadaan sedangkan rakyat akan terus dihimpit dengan kesusahan.

“Apa yang diperlukan adalah idea solusi dan bukannya menjadikan musibah banjir sebagai bahan politik,”tegasnya.

Beliau dipercayai merujuk kepada tindakan Pas Pulau Pinang pada Rabu lalu membuat laporan polis berkaitan tidak puashati dengan bantuan banjir oleh kerajaan pimpinan DAP di negeri itu yang dianggap sebagai ‘pilih bulu’.

Tindakan Kerajaan DAP Pulau Pinang yang didakwa gagal mengawal penggondolan bukit dan merangka pelan pembangunan kawasan lereng menjadi punca banjir kilat kerap melanda negeri itu.

Pengerusi Pas Tanjong, Yacoob Osman berkata, kerajaan negeri dianggap penyebab penduduk yang menetap di kawasan rendah terjejas akibat masalah banjir kilat yang melanda kebelakangan ini.

Baca juga kebodohan ini: PAS BUAT HAL LAGI!!!

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa