Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, September 25, 2017

Kalau terlepas kayalah, kalau kena cekup pula........

Penjenayah larikan 11 kilogram jongkong emas bernilai jutaan ringgit
Astro Awani |  September 25, 2017 17:24 MYT
Penjenayah larikan 11 kilogram jongkong emas bernilai jutaan ringgit
Dalam kekalutan itu, pengawal keselamatan telah melepaskan empat das tembakan ke arah kenderaan tersebut dari tingkat satu kilang. - Gambar hiasan
BUTTERWORTH: Tiga penjenayah bersenjatakan kapak dan penukul melarikan beg berisi jongkong emas seberat 11 kilogram dan rantai emas dari sebuah kilang memproses emas di Jalan Siram, di sini, pagi Isnin.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 9.30 pagi ketika dua pekerja syarikat terbabit yang baru turun dari kenderaan diserang dua lelaki dihadapan bangunan terbabit, sambil seorang lagi menunggu di dalam kereta.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Supt Abd Aziz Daud berkata, beg berisi jongkong emas dan rantai emas itu dipercayai hendak dibawa ke kilang di Kuala Lumpur.
Abd Aziz berkata, dalam kekalutan itu, pengawal keselamatan telah melepaskan empat das tembakan ke arah kenderaan tersebut dari tingkat satu kilang itu.

Pemeriksaan forensik di tempat kejadian menemui empat kelongsong peluru.

Kes disiasat di bawah Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyamun.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes tersebut agar tampil ke hadapan bagi membantu siasatan untuk mengesan penjenayah yang terlibat.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa