Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, March 16, 2015

Ada ker sesiapa yang kata Jho Low pernah bekerja di 1MDB?

Betul ker Najib berikan jawapan bertepatan pada soalan?

Jho Low tidak pernah bekerja di 1MDB
 | March 16, 2015
Semua keputusan dan urus niaga 1MDB dibuat oleh pengurusan dan lembaga pengarah 1MDB
Najib Tun Razak_AidilFitri_2013KUALA LUMPUR: Ahli Perniagaan Low Taek Jho atau lebih dikenali dengan panggilan Jho Low tidak pernah bekerja dengan syarikat milik Kementerian Kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan dalam jawapan bertulis bahawa semua keputusan dan urus niaga 1MDB dibuat oleh pengurusan dan lembaga pengarah 1MDB.
Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datuk Dr Tan Kee Kwong yang meminta Menteri Kewangan menyatakan jika wujud sebarang urus niaga atau kaitan antara 1MDB dan usahawan popular, Low Taek Jho.
Sebelum ini Portal Sarawak Report melaporkan Jho Low didakwa mempunyai kaitan dengan 1MDB melalui urus niaga bersama syarikat itu dan PetroSaudi International pada 2009 bagi melarikan AS$700 juta daripada syarikat pembangunan strategik kerajaan itu.
Laman berpusat di Britain itu mendedahkan bayaran balik hutang syarikat usaha sama 1MDB-PetroSaudi sebanyak AS$700 juta kepada PetroSaudi pada 2009 hanyalah bagi mengaburi mata, sedangkan wang itu disalurkan kepada Good Star Limited, sebuah syarikat yang didakwa dimiliki Low.
Peruntukan pinjaman AS$700 juta itu merupakan sebahagian perjanjian usaha sama di antara PetroSaudi International dan 1MDB, kata Sarawak Report lagi.

2 comments:

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa