Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, March 10, 2015

Langkah mula atau langkah yang akan mati?

Sekiranya Hadi tidak tamak kuasa, beliau akan insaf dengan tahap kesihatannya dan sudah pasti beliau akan berikan saja laluan untuk tokoh lain seperti mana pandangan Dr. Ahmad Atory :PAS lagi kuat kalau Abdul Hadi sukarela undur diri
Namun pada aku Tuan Ibrahim bukanlah tokoh yang setanding Hadi atau Nik Aziz

Kalau Hadi dikatakan kluk-klek........Tuan Ibrahim pun jenis koner baring gak!
Apa pun kita akan lihat sejauh mana demokrasi yang diamalkan dalam PAS

Langkah ketepikan Hadi bermula, PAS Kota Baru namakan pencabarnya
OLEH ZULKIFLI SULONG, PENGARANG ANALISIS DAN RENCANA
Published: 10 March 2015 6:54 AM
Buat pertama kali, jawatan presiden yang kini dipegang Datuk Seri Abdul Hadi Awang dicabar untuk dipertandingkan dalam muktamar PAS pada Jun ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 Mac, 2015. 

Usaha mengenepikan Datuk Seri Abdul Hadi Awang bermula secara rasmi malam tadi apabila PAS kawasan Kota Baru mencalonkan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai calon presiden parti Islam itu.
PAS Kota Baru menyifatkan pencalonan itu sebagai satu usaha memujuk Hadi agar tidak bertanding jawatan presiden pada pemilihan parti pada Jun dan menyatukan semula parti yang sedang berpecah.
Mereka percaya pencalonan Tuan Ibrahim akan menenangkan kedua-dua kumpulan dalam PAS yang bertelagah, di antara kumpulan ulama dan profesional.
"Mesyuarat Jawatankuasa malam ini bersetuju untuk mencalonkan Datuk Tuan Ibrahim sebagai calon presiden," kata Yang Dipertua PAS Kota Baru Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah kepada The Malaysian Insider sebaik saja mesyuarat itu selesai.
"Saya penuh yakin presiden akan menerima baik cadangan ini kerana ia bertujuan menyatukan parti.”
Katanya, 11 daripada 13 ahli jawatankuasa yang hadir ke mesyuarat itu menyokong pencalonan Tuan Ibrahim.
 "Kami yakin pencalonan Tuan Ibrahim ini satu tokoh yang tidak kontroversi dan mendapat kepercayaan Tuan Guru Haji Hadi sendiri.
 “Kami berkeyakinan ulama masih perlu memimpin parti,” katanya.
 Wan Rahim juga merupakan timbalan pengarah pilihan raya PAS pusat dan di antara pemimpin yang mahu parti Islam itu terus bersama Pakatan Rakyat (PR).
Katanya, keputusan untuk mencalonkan Tuan Ibrahim dibuat selepas mendapat mandat daripada mesyuarat agung PAS kawasan Kota Baru Sabtu lepas.
Keputusan PAS Kota Baru memilih Tuan Ibrahim berbanding timbalan presiden parti Islam itu, Mohamad Sabu dikatakan kerana percaya Hadi hanya akan berundur sekiranya seseorang dipercayai dinamakan untuk menjadi presiden parti.
Sabtu depan, PAS kawasan Parit Sulong di Johor dijangka akan mencalonkan calon lain untuk mencabar Hadi.
Jika trend ini berterusan, Hadi akan ditentang buat pertama kalinya selepas menang tanpa bertanding setiap kali pemilihan PAS sejak mengambil alih jawatan presiden daripada allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor pada 2002.
PAS akan mengadakan muktamarnya Jun ini di Shah Alam di mana pemilihan pucuk pimpinan parti akan dibuat ketika parti itu dilihat berada dalam dilema sama ada untuk terus kekal bersama PR atau tidak.
Pemimpin PAS yang condong kepada kepimpinan ulama dan konservatif dilihat selalu bermasalah dengan PR khasnya DAP, manakala kumpulan profesional dan progresif termasuk Wan Rahim dilihat mahu kekal kukuh bersama gabungan ditubuhkan pada 2008 itu. – 10 Mac, 2015.

10 comments:

  1. Presiden Pil Kuda ini manusia biasa ada nafsu kebendaan dan shaywatt juga. Kalau sah pemikiran ulamak , lama dah pencen dengan bangga.

    Yang sesuai ganti Hardy Boys ini adalah Salahuddin Ayob , Husam tapi ter baik adalah Mat Sabu.


    Yang lain hanya lah bebudak bahalol nak kaya ber gaya jalan mudah.

    ReplyDelete
  2. Golongan Ulama lwn Profesional, atau pun lebih tepat lagi Islamist lwn Sekular, atau dizaman 60an dulu dikatakan Kaum Tua lwn Kaum Muda.Walhasil balik asal..

    ReplyDelete
  3. bukankah dia yang bersantai ke tasik kenyir dgn geng ustaz sms muktamar pas perak dulu?

    pandailah puak ug ni main wyg. dicalonkan dia utk memperlihatkan kononnya masih ada demokerahsi dlm pas. dgn adanya pencabar, diharap pencabar lain akan tarik diri.

    dgn adanya sandiwara pertandingan, maka ahli pas diharap akan undi dia bukan kerana sokong dia tp sbb nyampah kat hadi. spt pru lepas. rakyat atas pagar undi pr bukanlah krn sokong pr. tp krn benci kt umno.

    tup2 last minit tarik diri dan hadi menang tanpa bertanding!!!

    hahahaahah...

    ReplyDelete
  4. Kebodohan tuang ibrahing ank sedara nik ajisbyg tidak mahu cabar hadi akn menyebsbkan mat sabun jd presideng bila hadi dah kojol di ijn..
    A.B.A.H
    Asalkan Bukan Abdul Hadi

    ReplyDelete
  5. Jika kita mahu berundur masa dan ketika ialah sewaktu kita ada dipuncak.Jika kita undur atau diundur ketika kita lemah ia akan jadi sejarah.Ia akan jadi bahan tohmahan dan ketawa generasi masa depan yg belum lahir.Mereka cuma baca dari sejarah PAS

    ReplyDelete
  6. PAS akan terus kukuh dibawah kepimpinan ulamak, tanpa ulamak itu bukan PAS tapi itu adalah PasMa yang mempunyai walak yang pelik terhadap kepimpinan DAP yang terang-terang menolak Al-Quran dan Ulamak.

    ReplyDelete
  7. dtitm tolak percalonan kerusi numbor wahid tu.mungkin dtitm akan dikata tak wala' pada presiden UG dan mengkhianati parti.jawbnya tghha jadi presiden pas dan UG hingga akhir hayat la nampaknya.dtitm yang mematikan langkah seterusnya.

    ReplyDelete
  8. Say no to hadi awe

    ReplyDelete
  9. Weiiiiiiiiiii Raja Petra kata Anuar buat Unity Government meeting di London 14 bulan yg lepas. Wahhhhhhh sekarang ni nampak benerrrrrrrrr yg penipu ni Anuar Ibn Beraheem. Wahhhhh Kaoooooo naya TSKI, Kaoooooo nayakan TGHA dan TGNA. Lepas tu kaoooooooo ada hati main kayu tiga plakkkk. Dasar poltician Kabaret betullah Anuar ni. Sama jugak dgn gang lilin yg menyanjungi Anuar Ibn Beraheeeem Soooooooooo inilaha proof yg Anuar ni pengkhianat reformasi.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa