Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, March 16, 2015

Letak jawatan: Kewibawaan Hadi dicabar!

JK PAS Batu letak jawatan, kecewa dengan Hadi
mk - 12:00PM - 16 Mar 2015

Barisan pemimpin PAS Batu mengumumkan peletakan jawatan mereka serta merta kerana kecewa dengan kepimpinan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Yang Dipertua PAS Batu, Ishak Surin berkata, mereka hanya akan kembali ke jawatan itu selepas Hadi berjaya menyelesaikan krisis dalam PAS dan juga isu dengan parti dalam Pakatan.

“Dengan pengistiharan ini, sekali gus gugurlah dengan serta–merta segala jawatan yang diamanahkan kepada kami dalam Mesyuarat Agung Tahunan PAS kawasan Batu kali ke-29 (2013) yang lalu.
 
“Kami berharap pada Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Batu kali ke-30 yang akan berlangsung pada 19 April 2014 depan, tiada sebarang cawangan dan dewan-dewan yang mencalonkan kami untuk sebarang jawatan di peringkat PAS kawasan Batu,” kata Ishak.

Dalam sidang media itu, Ishak berkata, 17 orang daripada 25 orang pemimpin PAS Batu menandatangani persetujuan untuk tindakan bermufarakah ini.
 
Ia melibatkan Ishak sendiri di jawatan yang dipertua selain timbalan, baib yang dipertua, setiausaha, ketua penerangan, pengarah pilihanraya, bendahari dan 9 orang ahli jawatankuasa.
 
Ishak Surin menjelaskan, tindakan “bermufarakah” bererti tidak lagi bersetuju atau mengikut presiden tetapi mereka tidak keluar parti.

“Kami kecewa, sedih dan kesal terhadap sikap Hadi Awang yang gagal menyelesaikan isu-isu dalaman sehingga mencetuskan krisis yang berlarutan dalam PAS.
 
“Ini merupakan krisis paling teruk sejak kepimpinan ulama diperkenalkan pada tahun 1982 selepas presiden PAS ketika itu Dato Mohd Asri Muda dijatuhkan, kira-kira 30 tahun yang lalu.
 
“Malah, krisis PAS semakin meruncing parah ekoran kempen menghadapi pemilihan kawasan untuk Muktamar Tahunan PAS kali ke-61 Jun ini.
 
“Namun, tiada usaha jelas daripada presiden untuk mered
akan atau menghentikan krisis dalam PAS,” jelas Ishak Surin.

11 comments:

  1. Satu keputusan dan tindakan yang bijak dilakukan oleh pimpinan Batu. Senangkan macam ni? Tak perlu bersusah payah PAS nak lakukan pembersihan, elok undur diri dulu. Diharap ramai lagi yang tak sehaluan dengan pimpinan tertinggi PAS yang undur diri, biar cepat sikit proses pemutihan berjalan. Kepada pimpinan Batu, pilihan dah ada didepan mata. Buat lah pilihan yang bersesuian dengan kehendak kamu.

    ReplyDelete
  2. setuju sangat...........kat luar sana banyak parti sekular. Hanya Pas satu2nya Parti perjuangkan Islam. Biarlah ulamak terajui Pas. Kalau tak puas hati boleh masuk MIC yg sekarang ni pun sdg hadapi masalah. Pi rebut jawatan kat sana dan bawa masuk PR utk memperuatkan PR. Ini lebih berbaloi dpd rebut jawatan dlm Pas dan mengheretnya ke alam sekular krn org ramai tiada lg pilihan utk memilih parti Islam. Ingatlah dlm dunia ada pelbagai agama tp hanya Islam satu2nya agama bertuhan TuHan yg Esa / yg satu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sian ko..sistem demokrasi itu sendiri ialah sejenis sekular bhai oi..ko x tau ke?pas umno pkr dap mic sama je guna jalan sekular ni utk berpolitik..ko tol2 wat lawak la bhai..pentaksub umno dan pkr pun tau hal ni..ko pentaksub pas xkan x tau..?pas x gtau ko hal sebenar ke?

      Delete
    2. Parti yang perjuangkan Islam? Tetapi sesetengah pemimpin tidak mempamerkan akhlak yang diajar oleh Rasullulah SAW. Jangan terus menerus dalam denial mode. Parti sedang mereput.

      Delete
  3. PAS parti politik syok sendiri nampak nya.

    Dengan gaya kopiah serban dan jubah , semua nak jadi ulamak dan kawanan TOHAN walau otak gred 3 gagal kawal nafsu sendiri.


    Semua nak jadi kawanan TOHAN dapat pangkat jawatan mudah tanpa kerja kuat.

    Ulamak tapi gila mengata orang lain , melepak dan merokok sambil kuat sifat hasad dengki

    Nasib baik Ketam Ketam Batu tak berebut nak jadi Ulamak , kalau tidak habis lah kopiah serban jubah di India.


    Hadi sudah GAGAL jika ada pemikiran Ulamak sudah pasti pencen.

    ReplyDelete
  4. Macm le pejuang pas islamik sgt... Mcm bank islam le pekerjenya bkn islamik sgt pun baik berckp mahupun cara layanan terhadap orng ramai... Pejuangbpas pun ramai yg xislamik.. Tgk ustaz wilayah yg dok doakan mat sabu kira tu teaching pas le kot... Tgk hj hadi senyap seribu bahasa.., tgk kejatuhan terangganu dan kedah adakah hasil usaha amno? Tidak kan tp kelemahannpemimpin mcm hj hadi ... Hj hadi dah xlayak memimpin dia cuma layak jadi ustaz dan nelayan aja.. Bg le ke org lain yg jauh lebih baik dari dia... Xsemua pemimpin besar ulamak boleh memerentah dan xsemstinya pemerentah tu ulamak... Nik aziz tu bonus sbb dia ustaz dan dia pandai memerentah... Yg lain belum d uji... Cara berckp pun emosiona.., so xlayak le utk memimpin..

    ReplyDelete
  5. Hanya PAS yang mempunyai Ulamak, kalau kita benci mereka kita boleh join PKR atau DAP atau UMNO. Tiada siapa nak halang kita melainkan diri kita sendiri. Kita tak perlu nak tunjuk sikap benci kepada ulamak kerana kita bukan dikawal oleh mereka. Tepuk dada tanya selera, pilihan ada didepan mata. Jadilah manusia berguna didunia dan akhirat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu intro memang bunyik dia sedap..cuba cite sampai habis politik demokrasi ni camne..
      bunyinyek...
      akhirnya kena juga mintak izin semua manusia2 termasuk penyembah2 berhala di pru dan parlimen..

      Delete
  6. hoho...anom7:34. kalu kata bingai kang marah pulok.bukan bodo...tapi kurang cerdik. Pimpinan tertinggi PAS yg dipilih dalam muktamar...top 5....ada mat sabu....husam....salehuddin.....2/5 hadi n TITM.....MSU dilantik bang...bukan dipilih ahli....sapa pimpinanan tertinggi PAS ni bang??....bangun bang....mentari dah tinggi
    berapa ramai lg yg bingai macam abang ni ye....ishkk

    ReplyDelete
  7. Tanya selera itu iblis bai. Selera mana yang betul. Patutnya tanya iman bai

    ReplyDelete
  8. Bro otoote, pimpinan tertinggi PAS adalah Presiden, tak perlu nak disebut lagi kerana isu yang diketengahkan pun berkaitan presiden. Jangan keluar dari tajuk asal.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa