Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, March 16, 2015

Mad Yaacob kena sekeh lagi!

Kenyataan MB Kelantan bahawa tiada keperluan tukar Presiden Pas diselar
Bernama |Kemas kini:Mac 15, 2015
(Diterbitkan pada: Mac 15, 2015 19:33 MYT)

Kenyataan MB Kelantan bahawa tiada keperluan tukar Presiden Pas diselar
KHALID: Kenyataan (Ahmad) itu seolah-olah menunjukkan Hadi tidak mendapat sokongan daripada anggota PAS. -Gambar fail
SHAH ALAM: Anggota Jawatankuasa PAS Pusat Khalid Samad hari ini menyelar kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob baru-baru ini bahawa tiada keperluan menukar presiden parti itu.

Khalid berkata tindakan Ahmad, yang juga Timbalan Mursyidul Am PAS, bercanggah dengan kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini yang terbuka dengan pertandingan terhadap jawatan itu. 

Pada Khamis lepas Hadi menyatakan beliau bersedia dicabar pada muktamar tahunan parti itu yang ke-61 Jun depan sekiranya pertandingan itu mendapat sokongan anggota parti.

Khalid berkata kenyataan Ahmad itu memberikan imej negatif kepada parti tersebut sedangkan Abdul Hadi telah menyatakan keterbukaannya untuk dicabar.

"Kenyataan (Ahmad) itu seolah-olah menunjukkan Hadi tidak mendapat sokongan daripada anggota PAS.

"Pemilihan jawatan presiden tidak seharusnya tertumpu kepada kehebatan ilmu seseorang pemimpin, sebaliknya lebih kepada kualiti kepemimpinan," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Mesyuarat Agung Tahunan PAS kawasan Shah Alam, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Ahmad semalam yang mahu Hadi dikekalkan sebagai Presiden PAS kerana "mampu menjalankan tanggungjawab dengan baik dalam menghadapi pelbagai situasi."

Khalid yang juga Anggota Parlimen Shah Alam berkata anggota PAS seharusnya diberi peluang memilih calon yang disukai bagi jawatan presiden parti itu seperti yang termaktub dalam undang-undang parti.

Semalam mesyuarat agung PAS kawasan Kota Tinggi sebulat suara mencalonkan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa untuk jawatan Presiden.

Pada 9 Mac lepas, PAS kawasan Kota Baharu mencalonkan Naib Presiden parti itu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man untuk jawatan presiden.

Tuan Ibrahim menolak pencalonan itu dengan mengatakan Hadi tidak perlu ditukar.

Tuan Ibrahim berkata beliau lebih berminat bertanding jawatan Timbalan Presiden parti.

6 comments:

  1. Khalid Samad boleh jadi presiden PasMa lawan dengan Mat Rozi masa muktamar PasMa. Lepas miuktamar PAS nanti akan terlihatlah parti politik baru.

    ReplyDelete
  2. Ulama adalah peneraju utama PAS tanpa ulama itu bukan Parti Islam SeMalaysia. Eloklah kalau Khalid satu kan puak2 PasMa dengan DAP dan PKR jangan nak tumpang kekuatan PAS. PRU14 nanti pilih lah PKR atau DAP sebagai pilihan di Shah Alam.

    ReplyDelete
  3. Kalau pas masih berminat utk menang dlm pru 14 nnt pastikan kumpulan UG ditendang keluar.
    Survey terkini mendapati pengundi bukan melayu dah mula tingalkan pas. Tolak kump UG ini.
    Umno sgt seronok bila perpecahan berlaku sbb kemenangan pasti ditangan mereka.

    ReplyDelete
  4. Ketepikan kumpulan UG utk kemenangan PAS pada pru 14 nnt. UG perosak pas sebenar.

    ReplyDelete
  5. Modal macai hanyalah UG, tiada isu lain lagi. Konsesus Nasional tak pernah timbul biarpun ianya serupa dengan UG oleh kerana Konsensus Nasional dicipta oleh Anwar maka apa yang dicadangkan semua nya betul pada macai2 ni.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa