Friday, May 15, 2009

Kenyit Mata Di pagi Jumaat

Di suatu pagi seekor kambing jantan bertemu dengan seekor ayam jantan.

Maka si kambing menegur si ayam "Waah cantiknya kamu hai siayam, memakai mahkota di kepala macam Raja, dengan kokok yang nyaring macam penyanyi dan berbajukan baldu yang berkilau macam sikaya"

Lalu dengan kembang hidung siayam menjawab "Ye ke?. Terima kasihlah. Aku memang selalu bergaya begini"

Kambing jantan menyahut "Tapi sayangnya kamu ni semuanya cantik tetapi satu sahaja yang kamu tidak sedar, kamu berkaki ayam (tanpa kasut)"

Dengan marah berkata pula ayam jantan kepada kambing "Kamu pun apa kurangnya. Memakai Coat yang berkilat macam Menteri, Boot yang berbunyi berdetup detap macam Askar, perfume semerbak macam Artis dan janggut sejemput macam Mufti"

Disahut oleh kambing "Eh.. engkau tak tahu ke, kan aku ni selalu bergaya?"

Dijawab pula oleh ayam jantan " Engkau ni kira dah ok, ada class tapi sayang telur engkau terkonteng-konteng kat luar, tak berseluar! Aku hanya tidak berkasut!"

32 comments:

pacoksiku said...

salam to pakdin ..

nakal wes n3 pakdin ni .. meh2 buntut kuali & arang kayu dok baddi ngato sapo hok hitam .. hehe

pertamo kali menyampuk di blog pakdin ni ..

2 hari saya baca baghu abis arini .. mmg banyak ilmu yg boleh saya belajar drp pakdin .. terima kasih daun keladi ..

salam ziarah .. TQ.

mountdweller said...

W'salam pacoksiku.

Dah puas bercakap secara direct.

Terima kasih kerana sudi singgah dan baca blog Pak Din. Dan sudi pula tinggalkan titipan.

wartamaya said...

Adoi .. tajam ...
memang tajam. terasa menusuk.

mountdweller said...

Wak.

Itulah dia manusia yang nampak orang lain saja yang tidak betul.

PG said...

Salam Pakdin yang segak bergaya.
Kisah Pakdin ni buat saya teringat kisah `Superman`Kesian kat `Superman`..pakai seluar kontot di luar.Tapi tak mengapalah sebab dia orang Amerika...Macam mana dengan `Suparman` di Johor? Suparman Johor lebih bijak dari Superman Amerika sebab pakai seluar kontot di dalam.

melayuangkat said...

Assalamualaikum Saudara,

Senyum pagi Jumaat yang mulia. Kadang-kadang kena release tension jugak.

Terima Kasih atas doa ikhlas, Alhamdulillah kami sihat dan dapat mengerjakan Ibadah-ibadah apa yang patut semasa di tanah suci.

Dihari yang mulia ini saya juga mendoakan kesejahteraan dan semoga Saudara sekeluarga sentiasa dalam Rahmat Allah swt.

Zaidon said...

Salam Pakcik.. bagus entry ni, dihayati ada maksud tersendiri :)

mountdweller said...

W'salam PG.

Pagi ni PG buatkan Pak Din tergelak sorang. Pak Din "bergaya?" Kalau Pak Din ni jenis bergaya nampaknya tidak adalah orang yang tidak bergaya di sekeliling kita. Pak Din rasa itu juga ungkapan positif.

Sebenarnya perlakuan begitu bukan hanya di Johor bahkan di merata tempat peranginan di negera kita seperti di pulau-pulau yang agak terpisah dari mata ramai. Nak salahkan siapa? Kita yang bagi mereka masuk dan buat perangai!

Pak Din teringatkan kisah perbezaan Seluar dalam dan Seluar Bola (short yang dipakai semasa main bola)

mountdweller said...

Wa'alaikumusalam Puan melayuangkat.

Alhamdulillah puan dan keluarga selamat melakukan ibadah dan juga selamat pulang ke tanah air dengan sihat wal'afiah.

Cerita santai yang bermakna begini biasanya saya pungut dari kedai kopi ketika kami minum dan bersembang. Saja-saja untuk cuit minda.

mountdweller said...

W'salam Zaidon.

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan jejak.

Bermakna tetapi bergantung kepada persepsi masing-masing.

Mogen Ali Rico said...

hehehehe..senyum2 kambing di pagi harii

mountdweller said...

sdr. Mogen.

Senyum kambing, beribu makna kan?

Mak Su said...

oops! ahaks.

Isa said...

Salam Ayahanda,

Adus... makan dalam tu..., sekali sekala kena sinikal juga.

antusabun said...

kehkehkeh...

mountdweller said...

Mak Su,

Ha haa...macam paku dan dulang.

mountdweller said...

W'salam anakanda Isa

Yang faham sepatutnya bertanya diri. Ayahanda kekadang tu termenung sorang memikirkan keanihan dunia ni.

mountdweller said...

antusabun.

Agak-agak siapa yang jadi kambing?

pacoksiku said...

mohon izin pakdin utk saya add blog pakdin dlm blogroll saya supaya senang saya refer di kemudian hari ..

terima kasih ..

Cheguman@Demang Lebar Daun said...

Salam,
Sempoi tapi dalam maksudnya... elok le pagi Jumaat bermuhasabah..

mountdweller said...

Sdr. pacoksiku

Dengan besar hati saya izinkan.

Pengasas said...

Salam sdra MountDweller,
Cukup seronok menghayati cerita pagi jumaat ni. Teringat saya satu soalan: Kenapa orang lelaki, kalau mandi di laut tak boleh berendam lama?

mountdweller said...

W'salam sdr. demang.

Sambil bersantai dengan hidangan ringan, saya nak sampaikan message yang tidak semua manusia sempurna. Di kalangan kita ada kelebihan dan ada kekurangan.

Carilah jalan atau kaedah yang harmoni untuk selesaikan apa-apa saja masalah yang timbul di antara kita.

UXOP said...

Salam Pakcik..
kehidupan ini biasalah utk mencari salah org amat mudah smpai terlupa kekurangan diri sendiri..
kene fikir n beringat sebelum cakap/lakukan sesutu kerana jika sudah berlaku mmg tk dpt diundur lg..malu diri sendiri..

mountdweller said...

W'salam Dr.

soalan Dr.: Kenapa orang lelaki, kalau mandi di laut tak boleh berendam lama?

Saya ni kurang arif tapi mungkin takut sakit pinggang kot?

mountdweller said...

W'salam UXOP.

Itu sebabnya orang yang bijak tidak akan bercakap sekiranya tak perlu dan bercakap hanya tentang apa yang dia tahu.

Setiap dari kita ada mempunyai kelebihan dan kekurangan. Tidak ada makhluk yang sempurna.

ASYIQ said...

hehe...sian kambing. seluar murah pun tak leh beli.

Tu laaa...sebelum ngata orang cermin diri dulu. Ntah2 lebih teruk dari orang lain. Dalam maknanya cerita ni...

mountdweller said...

Asyiq.

Satu cerita santai berkias untuk kita renungkan bersama.

hanis said...

ni berkias fan suri nih...
hihihi

Rashid said...

hhahahah!! sesuai le tu. kena sama kena..tapi kambing itu lagi teruk kenanya..

tule jangan asyik duk tengok kekurangan orang..diri sendiri tu lebih lagi kurangnya tapi tak sedar diri..

mountdweller said...

Hanis,

He...he.. berkias Pak Din!

mountdweller said...

Rashid.

Itu memang perangai orang kita. Kain orang terselak boleh nampak tetapi kita sendiri bertelanjang tak sedar.