Kesilapan, ketidak pekaan dan mungkin juga kealpaan Orang Tua menjadikan kita tidak perasan atau gagal mendalami hati dan perasaan orang lain terutama Jiran-Jiran terdekat.
Di atas kesilapan dan kealpaan masa lalu mungkin Allah membayar secara tunai sekarang. Semasa saya cukup dewasa untuk menilai. Pada masa yang sesuai untuk berfikir dan berhisab diri. Masa yang sesuai untuk menasihati orang lain yang lebih muda dan fikiran masih hijau.
Dulu semasa awal ramaja, saya mempunyai ramai teman-teman sebaya dan kami memang suka berkumpul membuat apa saja yang dibuat oleh remaja lain. Bermain Badminton, Indoor Game seperti Carrom sehinggakan bermain Spirit di tengah malam. Sudah tentu bersembang dengan bising dan ketawa dengan kuat akan terjadi. Dan dirumah Orang Tua sayalah yang menjadi 'Portnya'.
Biasanya kami akan berkumpul selepas Solat Isyak sebelum kami keluar ke Pekan untuk jalan-jalan atau minum-minum kalau tidak tonton wayang. Bila pulang, kami akan berkumpul lagi dan sekiranya malam minggu akan berlarutanlah sehinggakan acara main Spirit. Pada masa itu walau pun kami dekat dengan Ibadah, tetapi apa yang kami lakukan kononya semata-mata untuk suka-suka. Yang buruknya kami tidak pula fikirkan Jiran-Jiran di sekeliling sama ada mereka terganggu atau tidak.
Sekarang saya dan keluarga terpaksa menelan segala kesilapan lalu. Setelah menduduki rumah saya yang sekarang lebih kurang 10 tahun, Allah menghantar seorang jiran yang kesemua anak-anaknya laki yang berumur di peringkat awal remaja dan ada yang di sekolah rendah betul-betul bertentangan dengan pintu rumah saya. Ayahnya seorang Ustaz lepasan Al-Azhar yang tidak tahu menasihati anak-anak atau melarang anak-anak dan juga mungkin tidak pekakan keselesaan Jiran-Jiran terdekat. Rumah yang bertentangan dengan pintu rumah saya itulah juga mereka jadikan 'Portnya'.
Bayangkan bila mereka berkumpul bersama rakan-rakan mereka yang datang bersembang, bermain bola dan hilai tawa dengan nada yang menjengkelkan. Satu perkara yang amat ketara dan memanaskan hati ialah bising enjin motor yang besarkan dengan tak tentu hala.
Geng-geng mereka ini pula amat suka mengubah suai enjin motor-motor untuk lumba. Bayangkan betapa bisingnya ketika mereka menguji enjin selepas dibaiki terutamanya di Hujung Minggu dan di Hari Minggu semasa kita nak gunakan masa untuk berehat dan tidur.
Saya pernah menasihati mereka tetapi mana nak ada kesan sebab Ayah mereka sendiri pun tidak tegah dan nasihat. Ayah mereka tulikan telinga dan butakan mata serta matikan perasaan. Nasihat orang lain mana nak jalan?
Pada masa itu umur saya pun baru pertengahan 30'an. Darah masih panas, otak cepat masuk air dan telinga cepat panas. Akhirnya saya berpesan kepada seorang saudara terdekatnya dengan kata-kata yang agak 'gila'. Saya kata "Anak buat bising, bapa buat tuli. Kalau aku gaduh dengan budak, aku yang dikatakan gila dan bengong. Tapi kalau aku tampar bapa dia dan bergaduh tak apa, sebab orang akan berkata sama-sama tua tapi sama-sama bengong!"
Mungkin pesanan atau kata-kata saya disampaikan oleh saudaranya itu kepada bapa mereka.
Selepas itu dunia aman kembali.
Sekarang pula dengan sifat Allah yang Maha Kaya, Allah hantarkan lagi sekeluarga Jiran yang lain pula berselang satu lot di hadapan rumah saya dengan bilangan anak yang ramai dan juga diumur remaja. Jadi mungkin kerana sifat Ibunya (kematian suami) juga sebagaimana Ustaz jiran yang di hadapan rumah saya, maka keadaan dan suasana menjadi serupa dulu. Lansung tidak senang untuk berehat dan kekadang tu sehingga jam dua pagi masih bising dengan enjin motor dan ketawa yang kuat.
Semasa mereka mula-mula pindah dulu, saya pernah nasihatkan yang paling tua di antara anaknya supaya jangan membuat bising selepas jam 12 malam sebab semua jiran berkerja dan mahu tidur. Yang itu mereka ikut tetapi pada siangnya bising tidak kira masa dan hari. Hari-hari biasa dan Hari Minggu tidak ada beza bagi mereka.
Nak berkasar dengan budak-budak pun memang tidak patut bagi diri saya yang sekarang sudah di pertengahan 50'an tambah-tambah dengan anak-anak Yatim pula. Orang akan kata budak-budak memang berperangai begitu tetapi bagi situa akan dikatakan gila (tak berakal) pula nanti.
Saya merenung ke dalam diri dan berkata mungkin inilah akibat apa yang saya lakukan dulu atau sengaja Allah menguji kesabaran saya untuk menaik taraf keimanan saya. Saya redha!
Alhamdulillah..
perdana BW nih kesini....
ReplyDeletememamng begiulah kehidupan... apa yang kita buat satu hari akan dibalas
ReplyDeleteSalam Sahabat,
ReplyDeleteInilah cabaran bagi kita menangani masalah remaja hari ini.Siapakah yang akan jadi seperti Luqmanul Hakim era ini..
smoga ada penyelesaiannya nanti...
ReplyDeletejgn stress sgt, dh berumur ni bahaya juga.
Alrezamittariq
ReplyDeleteTerima kasih sudi singgah
mr edz
ReplyDeleteBalasan di dunia menjadikan uncle manusia yang bahagia dan bersyukur kerana balasan di akhirat tidak tahu bagaimana pedihnya.
W'salam anakmuaallaf
ReplyDeleteMasih adakah lagi manusia begitu? Tapi apa pun kita terima hakikat dan redha. Itu adalah lebih baik kan?
piewahid
ReplyDeleteSaya tunggu sehingga mereka sedar sendiri. Bab stress tu tidaklah.
Setelah berfikir redha ajalah apa yang ditentukanNya.
Sebagaimana firmanNya "Tidak akan bergerak walau sebesat zarah sekali pun tanpa izin Aku"
entri ini menginsafkan dan akan saya ambil jadikan pengajaran. salam maulidur rasul :)
ReplyDeleteAdakala sesuatu yang berlaku itu merupakan kifarah. Adakalanya merupakan ujian kepada diri kita untuk tujuan menaikkan mertabat seseorang di sisi Allah.Jadi renungkanlah.....
ReplyDeleteasalamulikum ayahnda
ReplyDeletealhamdulillah yang baik dari NYA juga
Mak Su
ReplyDeleteSaya merenung diri di masa lalu.
Betapa jahilnya ketika itu!
Nana Tanjung
ReplyDeleteTerima kasih. Hakikat itulah seharusnya kita terima dengan lapang dada.
Wa alaikumussalam anakanda b.r.u.t.a.l.s.o.l.o
ReplyDeleteItulah hakikatnya kita makhluk yang lemah. Akur sajalah pada takdirnya.
Salam,
ReplyDeletecabaran dengan masalah remaja kini. Semoga tenang dalam situasi yang dihadapi.
W'salam Budak Syburi
ReplyDeleteTerima kasih di atas sokongan. Insya Allah tidak akan apa-apa.