Cerita Wala' dari al-bakistani-copy n paste dari blog Isa
Daripada Ali bin Abi Talib bercerita; "Rasulullah telah melantik seorang lelaki dari ansar untuk mengetuai satu kumpulan tentera. Dalam perjalanan, lelaki itu telah mengarahkan para tentera agar menghimpun kayu api, lalu dibakar dan disuruh tentera-tentera itu terjun ke dalam api itu. Ada sebilangan tentera mahu terjun ke dalam api, tetapi dihalang oleh seorang pemuda, lalu menyuruh tentera agar hal ini di rujuk kepada Rasulullah SAW terlebih dahulu."
Ketika mereka berjumpa dengan Rasulullah SAW, dan bertanyakan hal itu, menyebabkan baginda SAW terus berkata;
لو دخلتموها ما خرجتم منها أبدا
Maksudnya;
”Kalau kamu masuk dalam api itu, pasti kamu tidak akan keluar sampai bila-bila (baca : masuk neraka)” Sahih Al-Bukhari : 4340 dan Sahih Muslim : 1840. (dari Al-Bakistani)
Salam ayahnda,kesetiaan kepada Rasulullah mutlak sebab Rasulullah di jaga oleh Allah dan akan ditegur oleh Allah jika buat silap tp kesetiaan kepada pemimpin selagi pemimpin itu masih setia kepada Perjuangan untuk menegakkan Islam.
ReplyDeleteTapi menegur pemimpin juga ada adatnya.sama macam menegur kesilapan imam dlm solat.kalau salah tegur solat kita yg batal tp kalau dibiarkan pun solat imam dan makmum akan batal.
akum ayahnda
ReplyDeleteno comment
penin tgk dunia..
ReplyDeletetgh2 penin2 td, bukak blog pak mountdweller baca cerita naik gunung.Aman sikit rase nyer.
Kalau ade kesempatan, pe kata kita ramai2 wat retreat ke..naik gunung ke ngn geng2 blogger.
try tgk leadership through outdoors kot kena gaya.hehehe
W'salam anakanda ijoks
ReplyDeleteBetul, kesetiaan kepada Allah dan Rasul adalah mutlak. Bab menegur Ulamak itu ayahanda setuju. Tapi jangan sama tarafkan dengan Nabi dan Rasul
Xenan
ReplyDeleteKalau ikutkan nak fikir memang akan pening. Releks dan lapangkan fikiran itu juga satu seni pengurusan.
Pak Din memang ada bercadang nak pergi bersama-sama geng veteran bila habis musim hujan ni nanti. Nak rehat sana dalam 2 malam.
Haa... satu lagi jaga si Aduka tu, jangan terbabas lagi.
W'salam anakanda b.r.u.t.a.l.s.o.l.o
ReplyDeleteOk, no problem.
tegur apa lagi,
ReplyDeletetakkan tak tahu apa yang dibuatnya.
Abu Muhammad Haikal
ReplyDeleteBergantunglah. Kita bebas menegur atau tidak. Yang melakukanya pun bebas untuk memlakukan atau tidak.
Tetapi Allah suruh kita tegur menegur.
demokrasi ni islam ke?tang politik demokrasi,tang tgur mnegur ikut islam,kne sopan n akhlak.nk dmokrasi amk full,freedom of speech.nk islam amk full tinggl demokrasi...
ReplyDeleteSalam Sahabat,
ReplyDeletePada pendapat peribadi saya setiap kesilapan itu wajib ditegur.Tetapi teguran itu biarlah berhemah.
rakuban
ReplyDeleteDemokrasi yang di amalkan sekarang bukan dari Islam. Tetapi Demokrasi juga adalah dari Islam cuma di dalam bentuk yang lain. Sila semak peristiwa perlantikan Khulafaurrasyidin terutama Khalifah Abu Bakar.
Wa alaikumussalam sahabatku
ReplyDeleteanakmuaallaf.
Benar sekali pendapat itu. Nak tegur siapa pun kenalah berhemah, walau pun kanak-kanak.
Sampaikan salam Hari Lahir saya kepada suami.. dengan doa istikamah di dalam perjuangan.
Ciri yg penting dlm Hizbullah, iaitulah ciri kepimpinan.
ReplyDeleteFirman Allah SWT, maksudnya:
"Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah)." (Al-Maidah: 55)
Kerana masalahnya ialah tuntutan Akidah dan hubungan Harakah Islamiyah dan Parti Allah itu dgn Akidah. Maka wala' (kesetiaan, kepimpinan) kpd Allah dan Rasul secara mutlak, menjadikan Akidahnya agar Islam itu benar2 diakui sebagai Ad-deen dan seterusnya agar berlakunya pemisahan antara penerimaan Islam sebagai Ad-deen ataupun tidak, mestilah berlakunya pemisahan diantara saf Islam dan saf yg x menerima Islam, mestilah wujud kepimpinan manusia yg menerima Islam yg dilahirkan di atas Akidahnya.
Agar Islam itu tidak sekadar lambang, sepanduk, atau bendera yg ditiup angin di hujung tiang atau slogan yug dilaungkan, atau keturunan yg dibanggakan, maka Allah menghuraikan sifat2nya.
Firman Allah SWT, maksudnya:
"orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah)." (Al-Maidah: 55)"
Diantara sifat mereka ialah mendirikan sembahyang, ..bukan sekadar menunaikan sembahyang. Mendirikan sembahyang bermakna menunaikannya dgn sempurna dan melahirkan kesan2nya seperti yg dinyatakan oleh firman Allah.
Firman Allah SWT, maksudnya:
"Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari melakukan kejahatan dan kemungkaran".
Orang2 yg sembahyang tetapi tidak mencegah kejahatan dan kemungkaran, sebenarnya dia tidak mendirikan sembahyang dgn sebenarnya.
Diantara sifatnya lagi ialah menunaikan zakat, melaksanakan kewajipan terhadap harta benda dgn rela hati kerana Allah SWT bukan kerana cukai, tetapi kerana ibadat.
Inilah keistimewaan Islam berbanding berbanding dgn ideologi yg lain.
Itulah antara sifat Hizbullah yg tidak berlaku sekadar di bibir shj.
Wallhu'alam
FZY
ReplyDeleteApa yang anda tulis itu benar. Tetapi sebagaimana yang anda kata, kebenaran itu tidak apa-apa impak selagi kebernaran itu tiada di dalam diri.
Salah satu sebab kenapa manusia yang kuat Solat pun kemungkaran gagal dihindari ialah kerana gagal mengenal Allah dan gagal menyelami diri.
ooh, jgn ikut membuta tuli?
ReplyDeleteMak Su
ReplyDeleteBenar, jangan jadi Hang Tuah terjun lubang taik selamatkan kuda Raja!
Maaflah aku tak mahu setia membabi buta macam Hang Tuah. Namun biarlah setiaku berpada-pada. Aku tak juga mahu menyanggah ala gaya Hang Jebat yg terdorong nafsu amarah hingga tersilap langkah. Tapi sikap berani ala pendekar umpama Jebat tu mau ada. Kalau tak orang atasan tak kira depa tu orang kenamaan atau orang agama, depa tu suka perkuda orang yg 'sgt taksub' lagi setia 'tak berbelah bagi' ni, dlm banyak hal dunia.
ReplyDeleteHanz_Azdi
ReplyDeleteJangan melulu, mesti bertindak waras.
Ikut/patuh ada tempat dan masanya, menentang dan menegur ada masa dan tempatnya.
Silap langkah kita akan jadi biadap atau ikut membuta tuli/lurus bendul.