"Isy..isy.. Nuar buat pulak!"
Itulah perkataan yang keluar dari mulut seorang Pesara Guru apabila dia ambil kerusi di hadapan saya semasa minum pagi semalam di sebuah warung. Bekas Guru ini umurnya jangkaan saya sudah melewati penghujung 70'an tahun. Memang sudah agak tua dan uzur pula dengan Kencing Manis dan Darah Tinggi.
Saya tersentak dan bertanya "Buat apa pulak, Cikgu?"
"Dia itulah... liwat pulak. Dulu dah kena enam tahun tak serik-serik lagi" Sambung Cikgu itu.
Saya mencelah lagi "Cikgu yang dulu kena enam tahun tu kes apa?". "Dulu pun kes liwat juga kan?" Cikgu menikah.
"Dulu yang enam tahun tu atas tuduhan salah guna kuasa. Rasuah kuasalah tu. Itu pun didapati salah kerana diputar belit ajer. Polis yang meminta untuk menyiasat dan bertindak dengan kebenaran dari Anwar tetapi akhirnya menjadi Anwar yang mengarah Polis. Itu saja. Orang lain buat lebih dari itu pun tak pernah kena sebab kerajaan tidak mahu kenakan". Jawab saya.
"Eh... dulu bukan kena kes liwat ke?" Cikgu Pencen mahukan penjelasan. Saya jawab lagi "La... bukan kes liwat Cikguuu. Kes liwat dia lepas dan didapati tidak bersalah".
Saya kata "Beginilah Cikgu, kita sama renung dan hisab diri dulu. Cikgu dah hampir 80 tahun dan saya 44 tahun lebih. Kita sama-sama akan mati dan sama-sama akan dihisab nanti. Bezanya antara kita tidak tahu siapa yang akan pergi dulu. Jadi tidak payahlah kita memikul dosa yang tidak sepatutnya kita bawa ke sana nanti. Tak cukup lagikah dosa kita sendiri yang kita tanggung, dosa bini dan anak-anak pun terpalit juga kat kita sebagai Suami dan Bapa. Jadi kalau mereka buat dosa dengan tuduhan yang mungkin tidak betul, buat apa kita pun nak tumpang sekaki menimbunkan dosa kita. Takkan Cikgu tak tahu?"
Saya sambung lagi khutbah saya " Lebih baik kita tengok dan fikir segala fakta yang akan keluar di Mahkamah nanti. Kalau salah, salahlah. Tetapi didapati salah di Mahkamah dunia bukan mutlak. Mereka hanya bergantung kepada fakta dan putar belit Peguam, kekadang Hakim pun senget. Salah atau tidak kita fikir dengan waras berdasarkan keadilan Agama berdasarkan fakta dan berdasarkan sikap Hakim dan Pendakwaraya".
Saya sambung lagi " Kes ini adakah kes yang besar di sisi Islam dan Hukum. Kes ini melibatkan Hukum Hudud. Jadi tak payahlah kita menghukum sebelum terhukum. Kalau terhukum pun kita kena nilai dengan kecerdikan dan keadilan naluri yang tidak berpihak. Buat apa kita nak tanggung dosa Hudud untuk menghadapi kematian kita. Bukankah lebih baik kita pandang dengan berbaik sangka?. Kita jangan pandang tetapi kita kena lihat. Jangan kita lihat dengan mata yang celik tetapi hati yang kelabu dan otak yang rabun".
Saya menambah lagi "Dalam kes liwat dulu, usung tilam usung cadar, buat buku, keluarkan saksi semasa perbicaraan, semua tidak sangkut. Menampakkan kebodohan tu adalah. Tapi kepada orang-orang ini apa dah jadi?. Semuanya telah menerima balasan tunai di dunia. Dr. Ristina, Hakim Hacks, Mokhtar Dungong, Bini Driver Wan Azizah, Megat Junid, Khalid Jefri apa dah jadi? Semuanya sudah mampus baham tanah. Sempat taubat atau tidak kita tidak tahu. Ada yang Allah berikan derita sakit teruk sebelum diragut nyawa mereka. Bab mati memangnya tidak sapa pun boleh pertikaikan tetapi adakah kematian yang diiringi taubat dan mohon maaf?" Saya menambah.
Saya sambung lagi " Ummi Hafilda apa dah jadi? Dengan abang dan ayah pun gaduh, kena bengkrapsi pula kalau tak silap berita saya dengar. Rahim Noor siGedebe pun Allah dah balas, Aziz Shamsuddin pun dah jadi kain buruk. Mahathir sendiri pun dah melalut hampir nyanyok mengikut penilaian saya bila membaca blognya. Yang masih boleh beronggeng hanyalah Musa Hassan dan Mohd. Rodhuan".
Cikgu pencen terbungkam bodoh melopong mendengar sanggahan saya.
Salam Ayahanda,
ReplyDeleteRamai lagi sebenarnya yang 'keliru' seperti Cikgu pencen itu.
Ramai yang beranggapan Anwar dipenjarakan kerana isu liwat Siri-1. Sedangkan ia atas tuduhan salah guna kuasa.
Dan hujah Ayahanda mountdweller sangat bernas!. Ramai individu2 penting semasa kes liwat siri-1 dah takdak..
Apa khabar arwah2 mereka di sana ya??
ada gaya seorang pendebat.....
ReplyDeletemasih juga ada penerbit nak 'sponsor' buat 'drama/filem' "Jangan Main Belakang Part II" ??? Pengarahnya siapa agaknya? Olahan cerita nampaknya memualkan langsung tak ikut trend selera orang ramai yang suka tengok 'hantu' berlakon dlm layar perak macam filem mistik "Jangan Pandang Belakang" etc. tu. At least filem kat wayang sana boleh hit 'boxoffice', malangnya 'wayang' cerita "Jangan Main Belakang Pt. II (baca: kes liwat DSAI) ni tak berapa nak laku dah. Tapi memang masih ada jugak ramai nak pecaya/tengok/ikut jalan ceritanya di kitab suci sekian lama orang ramai e.g. Utusan Malaysia, Berita Harian, et al.
ReplyDeleteBila 'utusan meloya', 'berita hairan' & tv3 suku dijadikan sumber maklumat beginilah jadinya.
ReplyDeleteTu nasib baik ada pak Din, kalau tak sampai umur 80 tahun pun 'cikgu pencen' tu takkan tahu duduk sebenar kes DSAI ni.
pukul anak sindir tok bisan....
ReplyDeleteW'salam anakanda author faethal
ReplyDeleteInilah akibatnya kalau bersumberkan media satu hala yang dicanang oleh manusia-manusia munafiq. Macam Cikgu pencen tu. Bukankah bodoh jadinya kita?
Ini bermakna ramai lagi di kalangan masyarakat kita buta hakikat keliling kerana diperbodohkan oleh medium berita yang seketurunan dengan Abdullah bin Ubai.
a kl citizen
ReplyDeleteKita bersangka baiklah kepada mereka yang telah ke dunia lain tu sempat bertaubat dan diampunkan Allah.
Hanz_Azdi
ReplyDeleteApa nak dikata? Dunia hari ini masih penuh dengan manusia yang suka diperbodohkan oleh sibodoh yang tidak sedar yang ianya bodoh!
Uncle rasa ianya juga satu amal kebajikan jika kita menyedarkan mereka.
Mereka yang menyumbangkan modal ke dalam kerja-kerja yang hasilnya melawan arus adalah manusia yang bebal dan tidak peka alam keliling. Mahukan untung tetapi akhirnya tertiarap, bankrupt!
Kitab suci mereka tetap juga akan tercetak setiap hari walau sekarang ini segala berita sudah diragui oleh manusia berotak.
best1of4
ReplyDeleteOrang antik bersumberkan berita antik yang sudah nyanyok dan meraban. Kesian orang-orang lama macam Cikgu tu..
firdaaus
ReplyDeleteAda masanya kena lakukan.
asalamualikum ayahnada
ReplyDeletetak sangka tak sangka .. kenapa bagi sikit sangat
saya terlewat lagi
KES SODOMI1...9 DARI 10 HAKIM BERSETUJU MMG ADA AKTIVITI LIWAT DARI ANWAR,CUMA KESILAPAN TEKNIK JE YG MENYELAMATKAN ANWAR
ReplyDeleteWa alaikumussalam anakanda b.r.u.t.a.l.s.o.l.o
ReplyDeleteAyahanda nak bagi brutal sangat pun hormat Cikgu tu. Dia orang tua.
anwar peliwat
ReplyDeleteAnda ikut betul-betul ker kes itu sehingga selesai?
Apa pun penghakiman masing-masing akan memuaskan hati. Penghakiman di Mahkamah bukannya mutlak.