Ahli PKR yang setia kepada Rakyat dan Parti serta Pengundi/Penyokong mereka meluahkan rasa senang hati apabila hujan turun pada Musim Tahun Baru Cina menyegarkan katak-katak busuk di dalam lubuk PKR dan memulakan lompatan ke Lubuk yang paling busuk untuk bermain lumpur dan limbah bersama-sama species seketurunan mereka.
Ini adalah satu petanda yang PKR akan lebih segar dan lebih tenang selepas ini terutamanya untuk menyusun persediaan bagi menghadapi PRU13 nanti. Yang busuk di dalam PKR telah relai dan tanggal dengan sendirinya. Maka sudah pastinya yang tinggal adalah anggota yang sihat dan segar serta utuh untuk memikul perjuangan dan harapan rakyat yang mengundi mereka. Tidak ada lagi siMunafik yang mengkhianati amanah dan harapan rakyat yang mengundi mereka di PRU12 dulu. Harap tidak ada lagi Ular menyerupai Belut.
Selepas ini PKR bolehlah berlimau sintuk dan madi bunga membuang sial!
Bagaimana pula dengan rakan kungsi PKR iaitu PAS?. PAS masih lagi bercakaran antara fraksi-fraksi yang terwujud akibat idea UG yang didokong oleh sekerat dua pemimpin atasan yang berpengaruh di dalam parti itu. Tidak tahu pula bagaimana dan mengapa bahana ini menimpa PAS. Mungkin Allah meletakkan nafsu keduniaan untuk ditangani oleh mereka sebagai ujian kemenangan yang Allah anugerahkan kepada mereka di PRU12 dulu. Mereka terlupa yang rakyat mengundi mereka dulu adalah kerana perasaan meluat kepada UMNO dan mungkin juga mereka terlupa yang kalau diharapkan Ahli PAS sahaja yang mengundi mereka, mereka tidak akan mencapai kejayaan yang secemerlang itu.
Sudah terang dan nyata mereka takut untuk menyapu habuk di lantai untuk membesihkan rumah dari hama dan kutu yang sememangnya sinonim dengan habuk dan debu yang menyesakkan hidung serta memedihkan mata.
Bila ada suara yang mahu segala habuk dan debu yang membawa penyakit itu dibersihkan, ada pula yang suara yang mengatakan rumah tidak berhabuk lagi. Rupanya siTukang sapu hanya berpura-pura menyapu dan mob lantai tetapi hakikatnya menyapu dan memerapkan habuk di celah lantai dan di bawah karpet. Kutu dan Hama yang membawa penyakit tetap memerapkan diri tunggu masa untuk bertebaran semula di udara.
Ahli yang menyuarakan yang rumah kotor dan berhabuk pula yang kena sentai dan di cloroxkan! Ahli pula dibiuskan dengan ketaatan melulu. Tapi adakah Pengundi dan Penyokong juga di dalam dimensi yang sama? Hanya empunya badan boleh menjawabnya.
Bagaimanakah PAS akan mendapat semula kepercayaan Pengundi seandainya segala anggota yang sakit disorokkan tanpa membubuh ubat atau diubati? Yang pasti ramai Pengundi dan Penyokong akan berubah hati dan jijikkan penyakit dihidapi. Tengoklah nanti di PRU13 apa akan jadi.
Sehingga ini di dalam PAS, segala muncung senapang dihalakan kepada rakan. Bukan kepada lawan. Nampaknya seolah-olah sengaja memberikan ruang yang selesa kepada lawan menyusun dan menyusup untuk untuk menjahanamkan PAS dari dalam dan luar.
PAS masih jauh dari segar dan sihat untuk bertarung di medan sebenar. Ahli PAS mesti mencari penawar sebelum terlambat. Masa mengejar mereka. Rakyat menilai mereka!
...antara yg boleh disemak jiwa setiap individu ialah...amalan peribadi iaitu hablumminallah dan matlamat dalam perjuangan.samada ahli biasa atau pemimpin paling atas semuanya sama di sisi Allah kecuali dengan taqwa...malah pemimpin harus sentiasa insaf bahawa di bahu mereka itu amanah dan tanggung jawab... bukannya kuasa atau kedudukan.
ReplyDeletesalam tok,
ReplyDeletePKR seboleh-bolehnya tak mahu Adun atau MP keluar dari parti, sebaliknya Adun & MP itu yang keluar sendiri... PKR membuang buruk tu tak sesuai ayatnya..
- parti jahat -
asalamualikum ayahnda
ReplyDeleteberkias nampaknya
tak sangka orang kelantan boleh berkias
tinggi pula kiasan itu
ummi
ReplyDeleteBenar kata-kata ummi. Kalau ada hasrat ke arah harta dan pangkat bermakna mereka mengkhianati Allah, perjuangan dan rakyat yang menyokong mereka.
Wa alaikumussalam anakanda b.r.u.t.a.l.s.o.l.o
ReplyDeleteCuba tukar cara dari bwerterus terang ke berkias dan berteka.
Wa alaikumusalam Cu Anonymous
ReplyDeleteApa yang cuba tok sampaikan adalah dengan cara berkias. Membuang buruk tu bukannya tuan atau pokok yang tolak bunga dan buah tetapi buah dan bunga itu sendiri berkualat tangkai. Bila tangkai berkut akan Reput dan gugur dengan sendirinya.
"Buang Buruk" adalah bahasa yang Orang Kelantan untuk pokok muda yang baru berbuah dan kebanyakan bunga dan buah muda akan gugur/hampa.