Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, February 12, 2010

Nak Tengok Apa Tindakan PAS

Seorang penulis blog yang juga ahli PAS mengemukakan aduan kepada ibupejabat PAS hari ini terhadap tiga pemimpin kanan PAS berhubung isu 'bai'ah ta'lik', isu kalimah Allah, kerajaan perpaduan dan pelanggaran usul muktamar PAS.

Tiga pemimpin PAS yang dinamakan dalam aduan tersebut ialah timbalan presiden, Nasaruddin Mat Isa; timbalan mursyidul am, Datuk Dr Haron Din dan pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali.

Penulis blog tersebut, Abdul Rahman Abdul Talib yang lebih dikenali sebagai 'Tulang Besi' menggariskan empat empat terhadap mereka, dengan mendakwa:

1. Dr Hasan dan Nasaruddin telah mendedahkan rahsia parti berkaitan 'bai'ah ta'lik' kepada penulis blog di kediaman pesuruhjaya PAS Selangor itu.

2. Ahli majlis syura ulama PAS telah meluluskan kertas kerja tulisan Dr Haron bertajuk 'Tahaluf Siyasi: Pasca 2008" yang telah membawa kepada perjumpaan-perjumpaan gelap dengan Umno yang juga telah menyebabkan perpecahan dalam PAS.

3. Dr Haron melanggar keputusan serta pendirian rasmi PAS dalam isu 'kalimah Allah' dengan menghadiri sebuah forum yang dirasmikan oleh ketua pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

4. Dr Hasan telah menyebarkan fitnah dan penipuan terhadap kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, justeru melanggar usul muktamar PAS di Shah Alam dan Ipoh.

Sumber asal malaysiakini

8 comments:

  1. haron + hasan + hadi = hampeh

    ReplyDelete
  2. wujud budaya baru
    pas hancur...

    ReplyDelete
  3. ha__+ ha___+ ha___ = ha ha ha = PAS has becoming a laughing stock these days. Harapnya mudah-2an segera berlaku angin perubahan atau turunnya hujan rahmat yang mencuci & mensucikan semua kekotoran dalam PAS.

    ReplyDelete
  4. asalamualikum ayahnda...
    jangan kawan dengan tukang besi

    ReplyDelete
  5. Anonymous

    Kalau dicampur satu lagi dengan Hassan apa jadinya ye?

    ReplyDelete
  6. Anonymous

    Hancur tu rasanya tidak tetapi akan hanyut dengan undi protest dan kecewa.

    ReplyDelete
  7. Hanz

    Hakikatnya begitu tapi masih tidak segan dan malu.

    Ini dah peringkat mandi bersamak dan dilimau sintukkan.

    ReplyDelete
  8. wa alaikumussalam anakanda b.r.u.t.a.l.s.o.l.o.

    Tukang besi pun ada gunanya. Kalau patah kemudi, tukang besi yang kita akan cari....

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa