Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, February 10, 2010

Jantan Ku Li Terserlah Lagi

Jantan Ku Li makin menjadi. Nampaknya beliau sudah bebaskan diri dan cukup jantan untuk menyuarakan apa yang beliau fikir betul. Beliau berani melawan arus. Pada saya orang boleh kata apa saja, Ku LI gila nak jadi PM atau sebagainya. Itu adalah hak orang itu untuk berkata tetapi pendirian dan pendapat yang ada pada Ku Li adalah haknya Ku Li.

Kenyataan di bawah saya panjangkan ke blog ini dari sumber BAWAEN TERMENUNG

PETALING JAYA (FEB 7): Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin masih lagi menjadi Menteri Besar Perak sehinggalah beliau meletakkan jawaran atas kerelaannya sendiri, atau disingkirkan melalui usul undi tidak percaya pada persidangan Dewan Undangan Negeri, kata Tengku Razaleigh Hamzah.
“Usul pada Dun sahaja yang boleh menyingkirkan Nizar daripada jawatan itu, selain itu tak kiralah berapa banyak majlis angkat sumpah, lompat melompat, sidang akhbar dan perisytiharan, atau apa jua iklan, paparan, sogokan atau tindakan dibuat ke atas persoalan ini tidak terpakai,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.
“Perlembahaan tiada memperuntukkan kuasa untuk menyingkirkan Nizar dengan apa cara sekalipun, termasuk petisyen atau arahan daripada sesiapa juapun.”

Beliau juga berkata, sebuah kerajaan yang sah daripada segi perlembagaan adalah yang diberi mandat oleh rakyat dan hanya mandat itu yang menentukannya. Mandat rakyat kerana kerajaan yang ditubuhkan adalah berasaskan perlembagaan, yang mana ia dipilih melalui pilihan raya yang adil dan saksama.

“Untuk menguji mandat berkenaan maka kerajaan yang memerintah, mesti sama ada menyerahkan kembali kepada rakyat untuk menentukannya melalui pilihan raya negeri ataupun melalui usul undi tidak percaya pada persidangan dewan undangan negeri,’ kata Tengku Razaleigh.

Beliau berkata, untuk menyingkirkan dan menubuhkan kerajaan baru dengan kaedah ataupun cara selain itu adalah bererti melanggar Perlembagaan, melanggari undang-undang dan risiko menubuhkan sebuah kerajaan haram. END/ANR

Sumber asal : Perak Daily

6 comments:

  1. mader pun tenggelam... kepondanan sayfool pulak terselah.. heeh

    Kuli buat kerana negeri beliau bukan kerana biru karat

    ReplyDelete
  2. baginda®

    Banyak cacatan Mader di blognya sudah kacau seakan lupa/nyanyok. Apa yang dia buat dulu, kini disanggahnya.

    Apa saja orang lain buat, semuanya tak betul. Cacatannya kekadang meracau tak tentu hala.

    Saya fikir Ku Li bercakap atas kapasiti Pemimpin Nasional bukan terhad kepada Kelantan sahaja.

    Yang bagusnya sekarang beliau nampak dan berani berkata benar. Yang salah tetap salah, dan yang betul tetap betul.

    ReplyDelete
  3. Kalaulah daripada dulu ramai dalam UMNO tu orangnya berprinsip, adil, tegas,bijaksana lagi bebas bersuara untuk memperjuangkan kepentingan rakyat terbanyak, walau lawan kehendak parti sendiri...oh amanlah Malaysia & mungkin dah lama kita boleh 'berdamai' & 'bersatu' - satu hati dalam hal penting. Terima kasih Ku Li dalam hal ni anda benar & patut dipuji & disokong oleh penyokong & ahli UMNO 1Malaysia.

    ReplyDelete
  4. Itu sebab Ku Li begitu 'kuat' di Gua Musang. Walau di parti mana dia berada, pemilih di Gua Musang tetap memilih Ku Li..

    Pendirian Ku Li biasanya berdasarkan pegangannya, bukan berdasarkan sentimen Parti. Dan Ku Li lebih mendahulukan kepentingan 'kawasannya'.

    ReplyDelete
  5. Hanz

    Kalau semua orang politik mempunyai prinsip dan berpendirian begitu, pastinya perpecahan Melayu tidak akan terjadi. Penyebab perpecahan kita adalah kerana prinsip "Kenyangkan perut sendiri dan sedapkan hati bini"

    ReplyDelete
  6. author faethal

    Betul. Sifat Ku Li memang pentingkan Gua Musang. Orang Asli tidak akan menderhakakan Ku Li.

    Secara terangnya tidak ada Pemimpin di mata rakyat Kelantan yang setanding dengan ketokohan Ku Li dan TGNA.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa