Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, February 18, 2010

Jenis-Jenis Manusia Yang Ghairah Mengumpul Dosa

Bagi manusia-manusia yang mengaku Muslim, renungkanlah. Fikirlah dengan otak yang berteraskan Iman, bukannya emosi yang ditunggang nafsu.

Seorang pemanggil Radio IKIM pagi tadi mendakwa bahawa Mahkamah yang membicarakan kes Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari sebagai “menghina diri sendiri”. Dakwaan itu dibuat sebagai respon kepada tajuk perbincangan hari ini iaitu tentang isu “Wajarkah kes Mahkamah dijaja di media dan dijadikan polemik dalam masyarakat”.


Majoriti pemanggil mengatakan bahawa perbuatan itu tidak wajar apalagi dalam kes seprti yang dilalui oleh Anwar Ibrahim kerana kes masih dibicarakan dan belum tentu dia bersalah.

Tindakan Mahkamah yang membenarkan keterangan Saiful pada hari pertama dirakam dan disiarkan oleh akhbar utama Kerajaan seperti Utusan Melayu, Berita Harian, Harian Metro, Kosmo, The Star dan sebagainya menunjukan bahawa “mahkamah telah menghina dirinya sendiri” dan gagal mempertahankan kredibilitinya kerana tidak menegur sehinggalah peguam Anwar, Karpal Sing membankitkan hal ini.

Pengerusi Perkasa, Ibrahim Ali pula sibuk mendesak Kerajaan mengharamkan ceramah Pakatan dari membicarakan isu Anwar kerana kononnya menghina Mahkamah, walhal dalam ceramah Pakatan semua menuntut perbicaraan yang adil. Jika Umno-BN boleh malukan Anwar mengunakan saluran media dalam isu ini, salahkah jika Pakatan mengunakan saluran yang sama serta medium ceramah sebagai medan untuk menyampaikan fakta dan hujah yang benar.

Najib juga terhegeh-hegeh arahkan Wisma Putra buat program Penerangan kepada 50 ahli parlimen Australia tentang isu Anwar. Apa yang beliau mahu terangkan. Siapa Najib dalam kamar Mahkamah. Adakah dia Hakim atau tuan lawyer. Apa hak dia untuk bagi penerangan tentang kes Anwar yang belum ada keputusan lagi.

Kalau kita membaca komen dan kenyataan didada-dada akhbar pun, kita akan melihat bahawa hanya pemimpin Umno sahaja yang ghairah nak cerita isu kes Anwar ini, sedangkan pemimpin komponen BN lain senyap dan tidak peduli.

Jika Najib dan Umno boleh gunakan segala medium yang ada bagi memalukan Anwar, kenapa Pakatan tidak boleh. Kenapa Pakatan dianggap menghina mahkamah bila cerita kes Anwar, tapi Najib dan Umno tidak?

Mahkamah kena menunjukan kredibilitinya kerana isu Anwar ini bukan sahaja dibicarakan oleh Mahkamah, tetapi rakyat diseluruh negara dan diseluruh dunia. Semua orang mahu tahu, dan semua orang mahu bercerita. Pergi kedai kopi orang cerita, pergi ke pasar orang bercerita, pergi beli belah orang cerita, pergi seminar orang bercerita, turun naik LRT dan bas pun orang…semua orang bercerita. Yang tak bercerita hanyalah orang yang dalam kubur.

Sumber asal di sini

2 comments:

  1. betul tu uncle Din,

    DS Najib & pemimpin UMNO yang 'berahi' cerita liwat DSAI ni sudah silap besar bila 'setuju/memperkenan' drama kes pertuduhan liwat Saiful vs DSAI di bawa ke mahkamah untuk tujuan memalukan DSAI, PKR & PR. Rakyat bukan mahu cerita memualkan, menjengkelkan begini dalam tatapan media. Gila (psiko). Even Dr. Mahathir dulu pun malu sendiri akhirnya bila bawak & jaja cerita liwat DSAI dulu tahun '98. Terbukti akhirnya kes tu tak sah & DSAI lepas. Kes lain pula yang DSAI sangkut (rasuah & salah guna kuasa kot?).

    Sebenarnya pada saya DS Najib akan hanya memalukan diri sendiri, UMNO-BN & negara .. impak kes ni kerugian besar kpd UMNO-BN & sebaliknya 'a breathing space' for PR di mana PR boleh 'defend tight & easily counter-attack'...hehehe..macam taktik bolasepak...wooha.

    ReplyDelete
  2. Hanz

    Kita sama-sama tengok nanti. Yang salah tetap salah dan yang bersih tetap bersih. Mahkamah menilai dari sudut perundangan tetapi kita nilai pada logik dan fakta.

    Kita nilai dengan kewarasan bukan sentimen politik atau beribadi. Yang nak kumpul dan tanggung beban dosa silakanlah. Di dunia ini yang diberikan kuasa oleh Allah memang berkuasa. Tapi adalah dapat elak dari kuasa Allah di hari akhirat?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa