Satu soalan yang mempunyai banyak jawapan. Tapi semua jawapan yang akan diberi hanya alasan untuk melepaskan tanggung jawab dan mengekalkan ego masing-masing. Ada yang salahkan Kerajaan, salahkan sekolah dan guru, salahkan kawan-kawan anak mereka, salahkan keadaan dan berbagai kesalahan yang di letakkan ke tengkuk orang lain.
Pada diri saya dan pengalaman saya sejak dari zaman kanak-kanak sehinggalah sekarang dah menjejah umur 54 tahun banyak yang saya alami, lihat, dengar dan berfikir. Kesimpulan pahitnya ialah semuanya salah kita, salah kita sebagai Ibu Bapa kepada zuriat yang Allah amanahkan kepada kita. Kita gagal tunaikan amanah Allah
Di zaman ini cuba hitung berapa ramaikah anak-anak yang kena pukul kerana ponteng Kelas Qur'an dan ponteng Solat?. Berapa orangkah daripada anak kita yang terpaksa bangun kerana tilam basah disimbah air kerana liat bangun solat subuh? Berapa ramaikah yang akan memarahi atau merotan anak-anak bila anak-anak balik mengadu yang dia didenda gurunya di Sekolah kerana kecuaian atau kenakalannya sendiri?.
Berapa ramaikah Ibu Bapa yang menyiasat kesalahan anak-anak mereka bila mendapat aduan dari jiran atau penduduk se tempat? Berapa ramaikah di antara kita sebagai Ibu bapa melakukan lawatan rutin ke sekolah dan berjumpa dengan Guru Kelas atau Pengetua bertanyakan hal-hal anak kita semasa di sekolah? Berapa ramaikah antara kita yang test bacaan Qur'an anak kita di rumah sekiranya anak kita diajar oleh orang lain? Berapa ramaikah di antara kita yang memeriksa buku kerja anak-anak kita sekurang-kurangnya sebulan sekali?
Dan di akhirnya adakah kita tahu ke mana anak kita pergi semasa kita tiada di rumah kerana tugas dan dengan siapa pula mereka berkawan? Pedulikah kita jam berapa anak kita pulang dan di mana mereka makan? Pernahkah kita tanya di mana dan bagaimana mereka mendapat barang atau pakaian baru bila mereka membawa benda-benda itu pulang?
Tetapi di zaman saya seorang kanak-kanak dan di zaman remaja semua itu dilakukan oleh Ibu Bapa. Di lakukan oleh semua penduduk sekampung. Di usahakan oleh kebanyakan Guru-Guru di Sekolah. Di amalkan oleh semua Guru-Guru Qur'an dan Imam Muqim.
Kepada semua penduduk kampung di zaman itu, semua anak-anak kampung adalah anak-anak mereka. Mereka boleh marah dan merotan anak siapa saja. Sebab apa? Sebab Ibu Bapa di zaman itu merelakan anak mereka ditunjuk-ajar oleh siapa saja.
Perkataan "Eh, anak saya baik, anak saya tak buat" tidak ada pada mereka. Kalau Ibu Bapa merasa was-was dengan aduan dan sebagainya mereka akan turun padang siasat sendiri sebelum menidakkan apa yang orang lain kata.
Di zaman ini, mana boleh tegur anak orang? Jangankan nak merotan. Guru merotan pun kena saman!
Bersambung....
sangat betul apa yang dikatakan tuan .. salam uhuwah selalu
ReplyDeleteasalamualikum ayahnda
ReplyDeletezaman saya dah ada bapak bawak rantai cabar cikgu..
saya tak boleh mengadu... mak saya tambah lebih banyak pada cikgu..
Salam..
ReplyDeleteSaya setuju dgn pendpt En. Anak2 sekarang terlalu dimanjakan dgn materialistik dan segala kerja mendidik anak diswastakan sejak anak masih bayi. Susu anak diswastakan kpd lembu, jagaan diswastakan kpd org gaji (Indon) dan bila ke sekolah diswastakan kpd guru. Jangan hairan jika anak2 hanya berlakon solat (sbb dipaksa guru dalam kelas amali solat) kerana di rumah mak bapa pun tak solat. Dan tak menghairankan anak yg berjaya dpt 8A (PMR) tp tak solat krn ibubapa lebih risau kejayaan anak di dunia drp akhirat.
Salam saudara Mountdweller,
ReplyDeleteSaya setuju sesangat dengan apa yang diperkatakan. Sesetengah ibu bapa hanya mahu mendengar yang baik-baik saja tentang anak mereka tetapi yang negatif, mereka tak suka.
Pada saya lebih baik kita tahu sikap negatif anak-anak supaya senang dibendung dan tangani dengan segera. Apa yang penting.. kita perbaiki yang negatif demi masa depan mereka yang lebih positif.
Jangan malu untuk menerima laporan negatif tentang anak kita. Terima ia dengan lapang dada serta hati dan minda terbuka.
Biar kita bersusah-susah dahulu agar hati senang di kemudian hari. Ingat sesal dahulu pebdapatan, sesal kemudian tak ada gunanya.
salam..
ReplyDeleteYang baik itu semua dari ALLAH SWT..
Yang buruk itu dari diri sendiri...
Tapi punca keburukan datang dari kelemahan pemimpin...
Salam Ayahanda,
ReplyDeleteSetuju 100% dengan penghuraian ayahanda. Part yang ayahanda sentuh berkaitan bangun solat subuh.
Saya tetap praktikkan pada anak2. Mana taknya saya dulu pun kena macam tu jugak.
Pertama kali liat bangun subuh, kena simbah dengan sebaldi air.
selang tak berapa lama, kali kedua pula di simbah lagi, untuk kali ketiga saya buat2 lena... lalu di dukung ke bilik air dan dimandikan terus... padan muka aku yang pada masa itu berumur 10 tahun...
Nostalgianya apabila di paksa solat... ha..ha..ha.... tapi alhamdulillah.... terima kasih abah...
hakikatnya begitulah...tentu ada salah ibu bapa kalau kita selidik atau halusi budak yang bermasalah ni. Upbringing kat rumah semasa kecil tu asas keidupan. Bukan saja soal solat, mengaji Quran,ilmu agama lain..tu mesti ada asas. Tapi juga hal mentaliti,spiritual & psikologi anak-anak selalu terabai ketika awal remaja. Tak seimbang. Semakin besar semakin celaru & bermasalah.
ReplyDeletehehe. Teringat zaman dulu2, klau buat apa2 kesalahan walau sekecil manapun pasti akan dirotan atau dikejar sekeliling kampung oleh Ayah. Sampai saya sanggup lompat dalam sawah padi. Zaman tu, jgn kata takut ngn Ayah, ngn jiran2 sekampung pun takut,sebab diorang ada "kuasa" nk pukul dan marah kita. ;)
ReplyDeletebawean termenung
ReplyDeleteTerima kasih. Apa yang saya katakan adalah dari pengalaman yang patut dikungsi.
Wavalaikumussalam anakanda b.r.u.t.a.l.s.o.l.o
ReplyDeleteDi zaman ayahanda pun sama. Kalau mengadu kita yang kena tapi ada juga sibapa yang berotak kuno macam tu cuma tidak ramai macam sekarang. Siap repot polis dan saman. Akhirnya anak siapa yang bodoh dan bebal?
shaniza
ReplyDeleteItu dah jadi trend zaman ini. Semua disuastakan kerana keadaan tetapi takkanlah langsung tidak ada masa untuk mereka?
Itulah sebabnya ramai anak-anak manusia dah bertabiat binatang. Derhaka dan lupa Tuhan. Tapi pada saya binatang tidak akan lupa Tuhan.
Ramai Ibu Bapa yang pandang dengan sebelah mata ia itu hanya dunia saja. Akhirat keciciran. Agaknya bagi mereka hidup di dunia lebih lama dari akhirat kot?
W'salam A Mum Of Three Mohd
ReplyDeleteItulah masalahnya. Nak dengar hanya baik-baik saja. Kelau berita yang kurang baik pun dengar dulu dan siasat. Jangan menidakkan terus.
Ada juga Ibu Bapa yang marahkan siPengadu kononnya sengaja nak jaga anak orang, anak kita dah cukup baik ker? Inilah tahap mentaliti Ibu Bapa sekarang.
Akhirnya kalau anak kita tak jadi orang, kita juga yang menderita.
W'salam baginda®
ReplyDeletePemimpin yang primary adalah kita sebagai Ibu Bapa dan seterusnya adalah Penggubal Undang-Undang dan Pelaksananya.
Yang teratas adalah Pemimpin sebuah Masyarakat dan Negara.
W'salam anakanda Isa.
ReplyDeleteHa..hah.. Ayahanda pun biasa kena dulu. Tapi bukankah itu yang membentuk kita sekarang?
Hanz_Azdi
ReplyDeleteBak kata Hadith, anak-anak dilahirkan bagai kain putih. Ibu Bapalah yang mewarnakannya.
alang
ReplyDeleteBetul. Dengan cara itulah kita diajarkan dan besarkan. Tapi kenapa Ibu Bapa sekarang lupakan cara begitu untuk dipraktikkan sekarang dengan disesuaikan yang mana patut dengan peredaran masa?