Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, February 11, 2010

Pilihan raya Mengejut Di Sri Lanka

Bila mengguna kuasa di tangan pun gagal. Beliau masih jantan dan masih ada air muka, maka serahkan kuasa kehakiman kembali kepada rakyat. Hakikatnya beliau tidak mahu memegang kuasa secara haram.

Kalau pembunuhan ke atas Fonseka benar-benar berlaku, Beliau dan Kerajaannya yang akan malu.

Beliau dari golongan Kafir, kita yang dikatakan Islam ini bagaimana?

Baca ini

COLOMBO 10 Feb. - Presiden Sri Lanka, Mahinda Rajapakse telah mengisytiharkan pembubaran Parlimen bagi mengadakan pilihan raya mengejut ketika ketegangan politik meningkat hari ini ekoran penahanan pesaing utamanya, Sarath Fonseka.

Rajapakse, yang kembali berkuasa pada bulan lalu selepas menewaskan bekas ketua tentera Fonseka dalam satu pilihan raya sengit, membubarkan parlimen pada malam semalam, iaitu dua bulan lebih awal.

Kerajaan dalam satu kenyataan berkata, pilihan raya akan diadakan pada 8 April ini.

Tindakan itu dibuat beberapa jam selepas Kementerian Pertahanan berkata, Fonseka, yang ditahan oleh pasukan tentera di pejabatnya di Colombo pada malam Isnin lalu, akan dihadapkan ke mahkamah tentera atas tuduhan mengamalkan konspirasi terhadap kerajaan.

Sementara itu, parti pembangkang Sri Lanka memohon pembebasan segera bekas ketua tentera dan calon presiden yang kalah itu dengan amaran beliau mungkin akan berhadapan dengan pembunuhan semasa berada di bawah pengawasan.

Dalam satu kenyataan bersama, parti tersebut yang menyokong kekalahan Fonseka terhadap Rajapakse pada pilihan raya Januari lalu berkata, mereka khuatir dengan nyawa bekas jeneral empat bintang itu berikutan penahanannya.

"Kami mempunyai alasan yang kukuh untuk percaya bahawa penahanan kehakiman terhadap Jeneral Fonseka mungkin akan diikuti dengan pembunuhan semasa beliau berada di dalam pengawasan," menurut kenyataan tersebut.

Keluarga Fonseka semalam telah diberitahu bahawa beliau telah ditahan di ibu pejabat tentera laut di Colombo.

Isteri dan peguamnya dibenarkan untuk melawat beliau.

Fonseka bersara daripada bidang ketenteraan pada November lalu selepas berbalah dengan Rajapakse dan mahu mencabar bekas ketua komander itu menerusi pilihan raya.

Sejurus selepas pilihan raya pada 26 Januari lalu diadakan, yang berpihak kepada Rajapakse, kerajaan telah menuduh Fonseka berpakat untuk menggulingkan presiden dan musuh-musuh politiknya.

Awal bulan ini, Rajapakse telah memecat berpuluh-puluh pegawai kanan tentera yang dianggap oleh kementerian pertahanan sebagai ancaman terhadap keselamatan negara dan kebanyakan mereka ditahan daripada pejabat Fonseka. - AFP

6 comments:

  1. asalamualikum ayahnda

    nampaknya kita kena belajar kat sana
    kalau ada guru yang mursid kita bawak balik
    kalau ada yang tau alim bab agama kita bawak juga

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum

    msyarakat kita ni islam ke??...

    sembahyang hajat memohon kebenaran dari allah dan allah telah memakbulkan permintaan tersebut.

    kenapa pula si pemohon tidak dapat menerima kenyataan takdir dari allah walhal semua itu telah ditulis olleh allah?

    saya tak pandai agama islam mengaji pon merangkak tapi saya jadi jelik bila tidak dapat menerima keputusan dari allah melalui makamah

    inilah masalah orang islam yang merasakan dia lebih islam dari orang lain.

    apakah penanda aras keislaman seseorang pada allah? hati kecil kita sendiri pon tak boleh bagi jawapan....

    akhir kata jangan bandingkan sri langka dengan perak....kelakar sangat bunyinya....

    lain karekter lain personaliti lain situasi.

    assalamuaalikum

    ReplyDelete
  3. Waalaikumussalam anakanda b.r.u.t.a.l.s.o.l.o

    Pada ayahanda bukan masalahnya dengan Alim Ulama tetapi fahaman Agama yang memang berkaitan dengan maruah.

    Alim Ulama kita pun ramai tetapi pemahaman dan corak fikiran yang menjadi batasan.

    Perkara ini akan jadi panjang kalau nak diulas. Kalau kita berjumpa dan bersembang kita akan dapat bertukar fikiran dan cairkan ketepuan minda.

    ReplyDelete
  4. Wa alaikumussalam GAFARO

    Terus terang saya nyatakan pendapat saya."Kita Islam selagi kita bersyahadah tetapi perlakuan dan minda kita kebanyakanya tidak!"

    Saya setuju dengan ayat ini
    "kenapa pula si pemohon tidak dapat menerima kenyataan takdir dari allah walhal semua itu telah ditulis olleh allah?"

    Itulah sebabnya saya kata tidak. Mereka seolah memaksa Allah untuk mengikut kehendak mereka bukan redha dengan apa yang telah Allah rencanakan/takdirkan.

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum ape pon terimakasih kerana menyiarkan komen saya dan sudi bertukar pendapat

    ReplyDelete
  6. Wa alaikumussalam GAFARO.

    Sama-sama saudara. Nampaknya saudara memang ada idea untuk berkungsi.

    Di masa lain mungkin di topik yang lain. Silakan

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa