Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, February 27, 2010

Tulang Besi Pula Dijadikan Punching Bag

Ada wakil Pemuda PJS dalam Facebook ni buat statement macam ni:

Nampaknya, agenda usrah Pemuda2 PAS (bukan semua lah)dah bertambah satu. Dulu, kalau usrah, 5 minit bincang teks, lagi 55 minit maki PKR, DAP, Khalid Samad, Husam Musa. Sekarang tambah satu lagi agenda, maki Tulang Besi.

Tulang Besi dengan rela hati MENERIMA cabaran camel Pemuda PJS ini. Di bawah Tulang Besi membawa kata-kata Ustaz Nasaruddin sendiri. Mengapa? Kerana nak buktikan pada Pemuda PJS siapa dia yang memecah belahkan PAS.

Dalam dialog dengan Bloggers, Ustaz Nasa berkata:

“Kita bincang dalam pertemuan tu delete perkataan UMNO takut sensitif sangat, kita kata mengadakan perbincangan dengan sesiapa pun. Keputusan mesyuarat 24th of April tu saya rekod. Mesyuarat Majlis Syura Ulama pada 24 April 2008 memutuskan untuk memberi mandat kepada Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung untuk mengadakan perbincangan dengan mana-mana pihak bagi kepentingan Islam dan umat Islam. Yang asal wordingnya UMNO, kita tahu benda tu sensitive, kita delete perkataan UMNO itu, tapi the meaning of the particular clause is reference to UMNO.

Saya nak tanya Pemuda PJS, bukankah tindakan ini yang telah menyebabkan PAS berpecah? Kertas kerja dibentang dalam Mesyuarat Syura yang tak rasmi, dan keputusan diambil TANPA MERUJUK kepada AJK PAS PUSAT seperti yang dikehendaki Perlembagaan Parti. Mursyidul Am pun tak tau keputusan ni tiba-tiba dah pergi berjumpa dengan UMNO dalam gelap.

Siapa yang bercakap dalam gelap dengan UMNO? Tulang Besi atau geng Pro UG? Sebelum berlaku perselingkuhan dan khalwat dalam gelap ini, bukankah PAS bersatu? Perpecahan hanya berlaku SELEPAS bercakap dalam gelap.
Jawab Pemuda PJS, jawab.

Geng UG ni tak tau beza antara benar dan bathil. Yang mereka tahu wala’, wala’, wala’. Sapa yang nak wala’ pada kepimpinan yang sanggup berkhalwat dengan UMNO dalam gelap, kemudian berbohong mengenainya.

Wala’ mesti ada Thiqah dulu. Sapa yang nak Thiqah pada pemimpin yang berbohong pada mereka. Ada seorang pemimpin Pemuda Selangor sorang tu, sampai pernah berdoa Ustaz Nik Aziz mati. Dia ni ke hulu ke hilir suruh orang wala’. Tapi bila Suyuti bagi salinan rakaman pada Tok Guru Nik Aziz dia marah. Suruh dikenakan Suyuti tindakan disiplin. Dia tak wala’ ke pada TGNA?

Dalam usrah mereka kena basuh otak. Husam jahat, Khalid Samad jahat, Anwar jahat, DAP jahat, PKR jahat. Sekarang ni tambah satu, Tulang Besi jahat. Semua bukan geng dia, semua jahat. Jumpa UMNO dalam gelap baik, berbohong pasal jumpa UMNO dalam gelap baik, buat kerja menguntungkan UMNO baik, langgar keputusan parti dalam isu Kalimah Allah baik.

CERITA DONGENG DICIPTA UNTUK MENYOROK KESAH MEREKA BERKHALWAT DENGAN UMNO

Sampai satu tahap, mereka sanggup buat cerita dongeng sebegini:

Yang tulis komen ni nama dia Afyan Mat Rawi. Dia ni Ketua Penerangan Pemuda Gombak. Dia tulis komen ni dalam blog saya untuk semua orang membacanya.

Tapi, sampai hari ni Afyan Mat Rawi ni tak bawa satu bukti pun. Beliau percaya fitnah ni bulat-bulat tanpa membuat walaupun sedikit pengkajian. Ini kerana cerita-cerita bohong dan penipu sebegini hebat disebar di usrah-usrah pemuda dan di kalangan pimpinan Pemuda. Para Pemuda2 ini percaya bulat-bulat cerita dongeng dan menipu ini.

Pernyataan Ustaz Nasa membuktikan:

a. Tiada konspirasi geng Anwar dalam PAS
b. Anwar tidak cemburu pada PAS
c. Tentangan kepada geng UG adalah atas tindakan mereka berjumpa dengan UMNO dalam gelap
d. Tindakan tersebut bukan sebab mereka mahu mengikut telunjuk Anwar.

Begitu jijik fitnah yang mereka taburkan demi melindungi perbuatan mereka yang kotor dan mual itu. Mereka tiada perasaan malu dan mencipta fitnah demi menjayakan konspirasi mereka yang jijik itu. Mereka tidak hirau PAS dan parti berpecah. Yang penting hubungan UMNO dan PAS dijalin.

Ada wakil Pemuda Pusat tu kata Tulang Besi bukan tarbiyyah PAS tulin sebab tak faham erti wala’. Nak bagitau wakil pemuda PAS Pusat tu, masa kamu kencing berak dalam lampin lagi, Tulang Besi dah ikut tarbiyyah PAS. Jangan mudah-mudah tolak pendapat orang. Nanti orang kata kamu takbur. Mereka-mereka yang menentang usaha PERPADUANG ni adalah mereka yang sudah MASAK dan MATANG dalam PAS.

PJS PUN PERNAH TIDAK WALA’ SECARA TERBUKA

Saya masih teringat bercakap dengan bekas Ketua Pemuda PJS sewaktu majlis perkahwinan anak Ustaz Taib Azamuddin. Saya bagitau pada dia, tindakan PJS tidak menarik calon mereka dalam PRU Taman Medan 2004 adalah tindakan ENGKAR.

Kalau dalam perang, tindakan seperti itu boleh ditembak mati “on the spot”. TIndakan mereka bukan sahaja merosakkan imej Presiden juga imej PAS dan imej Barisan Alternatif. Last2 calon PKR masa tu saman malu ke atas calon PAS sebab dia dituduh akan masuk UMNO.

Yang saya tahu, PJS ni marah sebab tak dapat bertanding kerusi Taman Medan. Jadi, mereka pun buat musuh pada PR, buat musuh pada sesiapa sahaja asalkan mereka nak dapatkan balik kerusi Taman Medan.

Ertinya, perjuangan mereka lebih pada kerusi dan bukan prinsip Islam lagi. Tapi, bukan semua lah. Cumanya PEMUDA PJS FB ni salah seorang dari nya.

Tulang Besi

ps Kalau tak puas hati, Pemuda PJS boleh dengar sendiri perkataan Ustaz Nasa tersebut di bawah:

1.0 Sejarah Muzakarah Dengan UMNO 01


Posted by Tulang Besi at 8:14 AM - Perisik Rakyat

15 comments:

  1. mmg patut pun. kalu aku pimpinan parti bukan setakat aku tumbuk. tp akan ku kerat 18 si raman budak down syndrom. nko xyah berlagak nak bela sibudak down syndrom nih weh.

    ReplyDelete
  2. Angin ribut mula bertiup dari selatan tambak johor bakal menerjah ke negeri serendah sekebun bunga dan di anjung kota darul naim..

    sultan mizan sudah pulang dari jerman dan perkhabaran sultan kelantan mungkin bakal menyusul pulang ke kubang kerian..

    blog kick defella seakan memberi satu petanda amaran awal kepada perkara yang bakal berlaku di negeri serendah sekebun bunga

    http://kickdefella.wordpress.com/2010/02/25/menteri-besar-derhaka-kepada-tuanku

    selepas sultan pulang wujud lagikah dia ..dia...dia..dia ..dia..dan dia serta mereka yang menghuni kerusi empuk di pejabatnya...

    sama-sama kita tunggu dan lihat...

    PemikirTongKosong

    I Use 3/4 Genius Brain to think...heheheh

    ReplyDelete
  3. BAGOSLA KORANG BERGADOH. SAPE PALING KUAT DLM PR TAK PENTING...YG PENTING KORANG LINGKUP PR13

    ReplyDelete
  4. Pemuda Pas Kelantan

    Saya tidak kenal pun Tulang Besi. N3 ini untuk berita yang adil.

    Jangan nilai peribadi Tulang Besi tetapi nilailah tujuan tindakanya.

    ReplyDelete
  5. Anonymous

    Ya.. sama-samalah kita lihat nanti. Sama ada telekan Nujum Pak Belalang betul atau tidak.

    ReplyDelete
  6. N.AJIS

    Ramalan anda ada peluang untuk menjadi benar.

    ReplyDelete
  7. Majlis Syura yg dibarisi 'orang agama' pun bukan 'perfect' = mereka tak semestinya cukup bijaksana (& terbukti?) dalam medan politik perdana. Majlis Syura mungkin spesis kalut & boleh buat keputusan tergopoh-gapah untuk bergabung dgn UMNO sekalipun keputusan itu menyakitkan pengundi. Keluarkan minit mesyuarat tu Ustaz Nasharudin, kalau kamu benar dlm meyatakan Majlis Syura mengizinkan kamu, Presiden, top men lain ber'khalwat'/ berliwat dgn UMNO. Kalau ada bukti tu, cantiklah, bukan saja Mustapha Ali, Ustaz Nasharudin dsb, tapi Majlis Syura pun nak kena 'maki' agaknya daripada ahli & penyokong 'perjuangan Islam'/PAS/whateva.

    ReplyDelete
  8. tuan tanah, berita adil??? kah kah kah.. yg nko g bela aduka pemfitnah isteri Nabi dan fitnah Imam Mazhab apehal??? adil ke tu??
    n.ajis, mmg patut pun PAS lingkup sbb pemimpin, anak-anak dan kroni asyik membuncitkan perut masing2 contohnya dlm n3 terbaru shiekh ttg akaun bank dan kemewahan anak pemimpin Kelantan dgn no plat kereta PAS 17. aku dah menyampah semua nih....

    ReplyDelete
  9. Hanz

    Uncle sokong statements ini. Betul masa mahukan undi minta sokongan tapi bila dah menang, Pengundi dibelakangi.

    Majlis Syura dan jadi 'Sura'(bubur sura. Memang di dalam kancah politik, mereka jauh tertinggal di dalam gua fikiran yang kelam.

    ReplyDelete
  10. Pemuda Pas Kelantan.

    Tentang Nik Aziz dan Azidi saya tak mau komen sebab selagi manusia masih bernama manusia itulah dia, termasuk ko juga. Jumud dan otak kelabu kerana sentimen.

    Aduka, apa yang aku lihat adalah di sebaliknya. Kemang otak kau kelabu, ko tak upaya untuk keluar paradikma pemikiran sempit yang berteraskan fahaman sempit. Taat melulu biar pun ketaatan ko kepada yang fasiq.

    Maaf, aku tak mahu ulas. Nanti semua kepala yang sensitif dan jumud akan naik gila!

    End... komen ko tak akan ku layan lagi untuk n3 ini, selepas ini sebab aku dah tahu otak ko berada di tahap mana.

    ReplyDelete
  11. korang dah baca pasal tulangbesi? terkeju letrik aku

    http://tulangbesi.wordpress.com

    ReplyDelete
  12. Anonymous

    Terima kasih. Nanti akan saya ke sana.

    ReplyDelete
  13. Mereka yg membina website tulangbesi.wordpress itu sama modus operandi dgn semasa website batuapi mula bertunas dulu selepas teruk songkok putih (tko) dibelasah oleh tulang besi.

    Ini kerja mereka yg tiada tulang dan seperti pondan, melawan tanpa bernama, tidak seperti abd rahman aka tulangbesi.

    ReplyDelete
  14. Anonymous

    Saya dah tengok. Susunan dan n3 berterabur entah apa-apa...

    tq anon.

    ReplyDelete
  15. oi tuan tanah, bersyukur la kerana otak aku jumud dan sempit. hasil kejumudan inilah menybbkan aku tidak akan tertipu lagi dgn muslihat dan tipudaya pimpinan PAS Kelantan. nko tak penah aktif dlm parti PAS apelagi PAS Kelantan. Aku dah bergiat sejak 1999 lagi dan mengenali sbhgian besar wakil rakyat dan petugas2 parti peringat negeri, kawasan, dun dan cawangan. kalu aku dituduh jumud 1 kali maka ahli PAS Kelantan 1,000 kali lebih jumud dari aku. terima kasih karna tak perlu layan komen aku. aku x hhhhingin pon.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa